...sebenarnya kamu telah mengheret sama
nama ibubapamu
nama guru-gurumu
seolah-olah mereka
tak pernah memberi pelajaran
juga pengajaran
kepadamu
jadi...
yang nampak bukan salahmu
tapi salah orangtuamu
juga
salah guru-gurumu
segala penat lelah mereka
yang selama ini
membimbing dan mendidikmu
sirna bagai debu
dek sikap sadismu
yang tak pernah
kau cuba mengaku...
bahawa hakikat sebenarnya
adalah...
kau manusia yang tak dengar ajar!
bahawa hakikat sebenarnya
adalah...
kau manusia yang tak dengar ajar!
Assalamualaikum,
BalasPadamBetul kakcik. Bukan nama kita je nak kena jaga...terheret sama nama ibu bapa, cikgu, suami, wali, negeri...malah kerja kita sendiri.
Kalau terlalu jaga pun kena kecam jugak, kononnya kampungan, kolot bla bla bla
Perlu ada kekuatan nak tegakkan pendirian sendiri.
Kan mak :( last-last parent yang dipersalahkan
BalasPadamDah tak masuk di ajar kan kakcik..
BalasPadamKesian ibubapa dan guru2..
kesian keran kita yg degil abis semua terpalit sama sedangkan mereka semua dah mendidik kita secukupnya dah
BalasPadaminsyallah ada penyelesaiannya nanti tu....sabar dulu...
BalasPadamAssalamualaikum & Selamat Hari Raya kakciknurseroja,
BalasPadamBenar bagai dikata..
Pepatah ada kata "ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi",
"bagaimana acuan, begitulah kuihnya" dan
"bapa borek, anak rintik"..
Semua tu melambangkan tingkahlaku anak mengheret nama kedua orangtuanya..
nilai2 murni kat sekolah tu perlu dilebihkan sejak anak2 kecik. tp yg penting ajaran mak pak.
BalasPadamItulah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa, guru atau orang yang lebih tua untuk
BalasPadammendidik dan memperbetulkan mereka.
Jangan putus asa.
Kadangkala didikan awal amat perlu diambil kira
BalasPadamJika didikan awal kukuh dgn ugama dan tatasusila bila dah besar insya ALLAH
tiada yang menyalahkan sesiapa..
betul tu kakcik.... bila di cop begitu bkn hanya kita...
BalasPadamnama mak ayah cikgu2 segala yg mengajar membesarkan kita terpalit sama
Macam macam perangai manusia ni kan
BalasPadamItu yang kita selalu lepas pandang...sebelum bertindak ada baiknya kita fikir masak2 kerana orang yang menilai pasti akan mengaitkannya dengan didikan ibu bapa...
BalasPadamMemang sedari kecil, ibubapa yang kena pandai membentuk anak tapi kalau dah besar panjang masih lagi buat perangai, jangan disalahkan ibubapa mahu pun guru yang sudah bosan memberi tunjuk ajar.
BalasPadam