Kawan-kawan kakcik

Khamis, 23 Jun 2016

Tugasan Sejarah PT3 - kajilah...

...lain kali kaji dulu baru buat, bukan dah buat baru kaji.  Macam dah berak baru cari jamban pulak...

Dari SINI :

KUALA NERANG - Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula arahan yang mewajibkan pelajar di sekitar ibu negara yang melaksanakan Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi subjek Sejarah untuk mendapatkan tandatangan di Jabatan Warisan Negara.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihak kementerian akan berbincang dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi melihat kewajaran perlunya mendapatkan tandatangan itu.

"Saya kena lihat balik semua hal berkaitan yang dibangkitkan oleh PIBGN (Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional) dan juga akan berbincang dengan LPM mengenai perkara itu.

"Ia termasuk juga panduan, termasuk juga jadual kajian Sejarah dibuat pada hujung minggu pertama selepas cuti sekolah. Itupun saya nak tengok baliklah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Bersama Warga Kementerian Pendidikan Daerah Padang Terap di sini, malam ini.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan Presiden PIBGN Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan mendakwa arahan sedemikian tidak praktikal dan mungkin menyusahkan segelintir ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke jabatan itu.

Mohamad Ali berkata kaedah mendapatkan tandatangan itu bukan satu keperluan utama untuk kerja kursus memandangkan banyak lagi kaedah lain yang lebih sesuai untuk membantu mereka.

Mahdzir berkata, jika kementerian berpuas hati arahan mendapatkan tandatangan itu tidak perlu dilaksanakan, kaedah yang lebih sesuai mungkin akan diperkenalkan bagi kebaikan semua pihak.

Sementara itu, beliau berkata kementerian akan bertindak lebih tegas bagi memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Ini kerana ada kantin sekolah yang tidak mematuhi peraturan dengan menjual makanan yang memberikan kesan sampingan tidak baik terhadap kesihatan pelajar.

"Jika melanggar arahan, amaran dan tindakan akan diambil," katanya. - Bernama

Sebelum arahan tugasan ini dibuat dulu, adakah 'pihak-pihak berkenaan' telah memikirkan sedalam-dalamnya tentang buruk baik arahan itu?

Murid-murid PT3 ini rata-ratanya baru berusia 15 tahun.  Mereka bukan pelajar institusi pengajian tinggi pun.  Mungkin anak-anak itu seronok 'dapat keluar' bersama kawan-kawan untuk melakukan tugasan, tapi ramai juga yang akan terpinga-pinga. Kena jumpa pegawai, kena temuramah orang, kena ambil gambar dan kena juga ibubapa keluarkan belanja pelbagai...

Memang ada anak-anak yang berusia 15 tahun tapi sudah sangat matang.  Sudah pandai terfikir hendak kahwin pun!  Tapi membiarkan mereka membuat tugasan (terutama bagi anak gadis) adalah agak membahayakan dan mendedahkan mereka kepada pelbagai kemungkinan.

Jom baca antara reaksi ibubapa dan orang ramai terhadap perkara ini :





2 ulasan:

  1. Saya pun rasa tak praktikal....ngarutlah. Assignment cukuplah. Sign sign pegawai tu tak payahlah.Kesian kat pelajar yg duduk pedalaman...mcm mana?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com