Salam Ramadhan Kareem para pembaca budiman yang sudi singgah ke blog ini. Sekejap sahaja hari ini sudah masuk Ramadhan ke 4, 1437H. Masih bermasalah sebenarnya blog ini, yang tak kuketahui apa puncanya...
Kerana bulan puasa ini adalah bulan untuk mendidik jiwa, untuk bersederhana, untuk menginsafi nasib mereka yang lebih susah dari kita, untuk merasakan bagaimana susahnya bila diri serba tak punya, maka elok juga kita tidak hanya menayangkan hidangan yang mewah untuk bersahur dan berbuka. Tidak juga menunjukkan bagaimana hebatnya berbuka di hotel-hotel mewah semata, maka marilah kutunjukkan satu hidangan yang sangat ringkas dan agak 'sihat' juga...
Sup yang ringkas tanpa perlu menumis dan menggunakan minyak... |
Bahan-bahannya :
Sepeket kecil (anggaran 10-15 biji) bebola ikan
Setengah batang lobak putih (jika besar) atau sebatang jika kecil (kikis kulitnya dan hiris nipis)
Sebiji tomato (dibelah 4 atau 6)
Sebiji bawang besar di hiris
Sebiji cili merah (nak letak lebih pun tak apa) dihiris
Satu kiub pati ikan bilis (ikut sukalah jenama apa pun)
Sedikit garam (sekiranya tidak cukup masin, sebab bebola ikan dan kiub ikan bilis akan mendatangkan rasa masin)
Air sejuk secukupnya.
Bawang goreng dan daun bawang/daun sup untuk hiasan dan menambah rasa.
Caranya :
Semua bahan dimasukkan ke dalam periuk dan dimasak atas api (kecuali garam, bawang goreng dan daun sup/daun bawang)
Setelah menggelegak, rasa dahulu. Jika tak cukup masin baru tambah garam. Bila dah cukup rasa, padamkan api dan masukkan bawang goreng serta daun sup/daun bawang.
Itu sahaja.
#ininamanyacatatanorangkekuranganilham
Kakak kalau sahur sup tanpa tumis macam inilah biasanya kakcik
BalasPadamTak kiralah kadang tak ada bebola ikan pun cuma sup sayur aje.
Inilah yang biasanya pembuka selera..lobak putih tu banyak khasiatnya kan kak..kalau sup-sup ni..biasnya PC suka sangat kuahnya...nikmat dapat hirup kuah..
BalasPadamsy pun mood menulis tiada 2-3 hatri ni ... entah kenapa ...
BalasPadamkalau anak2 saya tgk menu ni siap la kak... memang feveret anak saya sup bebola ikan... hehe
BalasPadamTERIMA KASIH BANYAK mak ! Menu terpaling senang saya nak buatkan utk Sufiya dan Syakirah
BalasPadamAs sallam Kakcik,
BalasPadamSup yang tidak mengandungi lemak atau minyak memang makanan sihat. Memang soh makan sup. Senang nak masak, cepat dan sedap.
teringin nak buat sendiri ni, kakcik tapi malasnya nak ke pasar dan ke dapur...
BalasPadamSenang betul ni. Kenapa tak terfikir nak buat. Saya ni nak masak mudah aje untuk berbuka. Agak-agak start masak pukul 5 petang, pukul 6 dah siap tu okeylah.
BalasPadamBetullah, kak. Dari sidebar blog saya pun, banyak blog saya tak nampak berupdate tapi sebenarny dah diupdate! Kenapa ek?
itu yang bagusnya kakcik, saya pun setiap hari hanya satu juadah je. kalau singgah bazar pun cukuplah hanya beli kuih seketul 2 buat pemanis mulut
BalasPadamSenang dan sedap kan :)
BalasPadamadoi...silap terbaca waktu tengahari ni....sabar...sabar...
BalasPadamMak kalo soup fishball ni qebal budak tak makan nasi tu makan tp makan dgn bihun la.. sayur2 dlm tu kena asingkan.. heheheh..
BalasPadamkalau makan dengan ikan masin pun dah sdap ni bonda
BalasPadam