Kawan-kawan kakcik

Selasa, 7 Jun 2016

Cadar kalis air yang cantik dan sangat berguna...

...untuk mereka yang sedang 'mengajar' anak-anak kecil berhenti memakai lampin atau untuk orang dewasa yang bermasalah kecing malam atau untuk pesakit yang selalu buang air atau muntah di pembaringan. Pastinya menjadi masalah yang besar untuk membasuh tilam yang berat bila basah dan sukar untuk dikeringkan.  Cadar kalis air yang didatangkan oleh LITTLEMUNAS mungkin boleh membantu masalah anda.

Cadar kalis air bukan bermakna kain yang digunakan jenis yang tidak serap air, sebaliknya ia diperbuat dari kain kapas yang lembut, sejuk dan 'sangat sedap' disentuh.  Yang kalis air, adalah lapisan bawah cadar itu. Lapisan itu yang menghalang air dari terkena tilam.

Corak yang menarik dan jenis kain yang 'cantik'

Bahagian atas yang dibasahkan - serap air...

,,,bagaimanapun di sebelah bawahnya ada lapisan plastik
yang 'menahan' air dari terkena tilam.  Jadi tilam kekal kering...

Di hari raya nanti pastinya ramai ibubapa membawa anak-anak pulang ke kampung.  Mungkin ada yang menghadapi masalah anak kencing malam dan akan membasahkan tilam di rumah kampung mahu pun rumah inap desa (homestay) yang dihuni.  Menjadi masalah pula setiap pagi kena angkat tilam untuk dijemur dan dikeringkan.  Bagaimana jika cuaca hujan atau lembab dan matahari tidak muncul?  Tilam akan jadi berbau dan bertompok-tompok.  

Untuk mengatasi masalah tersebut, apa kata beli dan bawa balik cadar kalis air dari littlemunas ini? Jika masalah 'kebasahan' tiba, yang perlu  dibasuh hanyalah cadarnya sahaja.  Tak perlu mengangkat tilam lagi.  Cadar ini ringan dan mudah dikeringkan. Boleh baca sedikit tips dan testimoni berkaitan cadar kalis air ini di SINI.

Bagaimana hendak mendapatkan cadar kalis air yang berharga RM55.00 (saiz bujang) atau RM65.00 (saiz ratu @ queen size dan saiz raja @ king size)) ini?  Boleh hubungi secara atas talian :



...atau ke butik mereka di :

ABOUT UMI & BABY
17-1, JALAN MUSYTARI AM U5/AM
SEKSYEN U5
40150 SHAH ALAM.

14 ulasan:

  1. wah bagus ni mak...festaim tahu ada cadar mcm ni...
    nnt nak ajar junior free diaper boleh la beli cadar ni...
    tq info ni mak!

    BalasPadam
  2. Menarik ni..sng utk org yg ada nak kecil :)

    BalasPadam
  3. kaknoor pun 1st time tau ada cadar kalis air ni kakcik
    best jugak utk yg ada anak kecik

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Kakcik Nur,

    Cadar kalis air memang keperluan saya bila setakat ini.. Psstt anak bujang masih kencing atas tilam, hurrmmmm.. Cantik cadar tu dan harga pun berpatutan..

    Selamat berpuasa Kakcik Nur.. :-)

    BalasPadam
  5. bagus juga produk macam ni kak cik..

    BalasPadam
  6. bagus betul nih kakcik
    tq sbb share... mmg sgt berguna utk dana nih...
    mmg tgh try ajar aiyan utk bebas pampes... jd sesuai sgt cadar nih utk guna kt umah... nk bwk pi mana2 pun mudah

    BalasPadam
  7. wahh bagus ni lagi lagi utk anak yg tgh potty training.

    BalasPadam
  8. Harganya pun dah menarik minat ramai ni Kakcik
    Nak tengoklah...

    Selamat beribadah di bulan ramadhan ini kakcik.

    BalasPadam
  9. wahhh... sgt bagus cadar kalis air ni... sesuai kepada ibubapa yg ada nak2 kecik... kalau susu tumpah atas katil tak bocor kebawah...kan?

    BalasPadam
  10. Wah, sudah bagus macam ni! Harga pun murah aje. Buat lapik tilam supaya tak kotor pun bagus juga ni.

    BalasPadam
  11. baguih sangat.. orang tua pun sekarangni pakai pamperskan.. so elok sangat pakai yang ni.. nipis...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com