...itulah kata-kata seorang selebriti
yang takdirnya menjadi isteri kedua seorang menteri
saat bernikah usianya masih muda
ditelannya segala nista dan cela
bertahanlah mahligai yang dibina
hingga suaminya dijemput Pencipta
bersama dua anak yang meningkat remaja
hidupnya diatur sekuat waja
tak dipedulinya apa sahaja yang melanda
kerana hidup tak ke mana dengan meratap hiba
kini dia semakin tenang
namun sesekali dia terkenang-kenang
hingga airmata kelihatan bergenang
mengingatkan diri dipinggirkan orang
katanya :
dulu bila giliran saya
ramai kenalan suami menunjukkan muka
masing-masing datang tak kira masa
maklumlah suami punya nama dan kuasa
tapi bila suami sudah tiada
jangankan hendak datang bertandang
pertanyaan khabar tak lagi diterima
susah-senang pikullah seorang
begitu rupanya ragam manusia
datang ketika boleh menumpang
tapi bila tiada apa-apa
dari jauh sudah menyimpang...
kini dia semakin tenang
namun sesekali dia terkenang-kenang
hingga airmata kelihatan bergenang
mengingatkan diri dipinggirkan orang
katanya :
dulu bila giliran saya
ramai kenalan suami menunjukkan muka
masing-masing datang tak kira masa
maklumlah suami punya nama dan kuasa
tapi bila suami sudah tiada
jangankan hendak datang bertandang
pertanyaan khabar tak lagi diterima
susah-senang pikullah seorang
begitu rupanya ragam manusia
datang ketika boleh menumpang
tapi bila tiada apa-apa
dari jauh sudah menyimpang...
Catatan ini aku karang selepas menonton sebuah 'kisah benar' di kaca televisyen beberapa hari lepas. Kerana keinginan menulis di sini kian kabur dan hampir terkubur, catatan ini beberapa kali tertangguh untuk kuteruskan...
begitulah manusia....
BalasPadamZiela jalil....)
BalasPadamlumrah manusia
BalasPadamWahh...hebat....endingnya sangat rhyme (bukan merujuk kepada orang yang dibicarakan)....saya baru saja masukkan cerita pasal kawan saya yang suka karang pantun....hahahahahaha...
BalasPadamkan..manusia memandang harta dan pangkat aje.
BalasPadamlumrah manusia kakcik...
BalasPadamsuke menumpang utk mengambil kesempatan...
bila dh tiada... bt apa nk bertanya khabar pd keluarga yg ditinggalkan
tidak semua begitu. mesti ada satu dua yang ikhlas bersama kita...
BalasPadamPC juga menonton rancangan ini kak...berkat jesabarannya anaknya bakal bergelar doktor...anak angkatnya juga bijak...alhamdulillah...moga berbalas setiap keringat yang menitis...subhanAllah.
BalasPadambila berkuasa semua org sanjung ....
BalasPadamsedihnye hai bc coretan kak cik
Normal laa tuh Kak Chik.. bila hidup ada kuasa org sanjung..tapi bila dah tiada kuasa..tak de org pandang..melainkan segala amal yang telah dilakukan.. org akan kenang..
BalasPadammmg lumrah hidup..ada nama dn pangkat akan disanjung...sedihnya bila baca
BalasPadamlumrah manusia :-(
BalasPadam