Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 22 Januari 2016

Ayam KFC masak padprik ikut suka hati aku...

Sebelum cerita tentang ayam kfc masak padprik itu, mari kita tengok gambar awan dulu.  Beberapa hari kebelakangan ini, dalam cuaca panas membahang, awan di dada langit pula kelihatan sangat cantik untuk dipandang...


Baiklah... jom cerita tentang ayam KFC masak padprik ikut suka hati aku ini :

Kisahnya, semalam aku pesan set KFC atas talian kerana Adik (Budak Sepet) nak makan.  Ada 6 ketul ayam - 3 ketul hot and spicy dan 3 ketul original recipe. (Eh...setakat dua kali menempah KFC atas talian ini, aku puji kepantasan perkhidmatan mereka.  Tak sampai setengah jam selepas memesan, pesanan sampai ke depan pintu pagar).

Dari 6 ketul ayam itu, 2 ketul OR tidak habis dimakan.  Hendak dibuang pastinya sayang.  Ada orang sampai luka usus sebab tak makan, kita pula suka-suka hendak buang rezeki di hadapan mata...

Bila sel-sel otak berhubung, aku masak semula ayam itu ala-ala padprik kononnya...

Inilah rupanya masakanku itu.
Sedap?
Sedaplah di tekakku.  Tekak orang lain aku tak tahu.
Tapi...dah licin licau dah lauk ni tadi...

Bahan-bahannya :

2 ketul ayam goreng KFC (kebetulan yang ada tu bahagian dada)
- di potong kecil-kecil

Bahan tumis :

3 sudu minyak masak
beberapa biji cili padi - hiris
sebiji cili merah - hiris
5 ulas bawang putih - ketuk/hiris
5 biji bawang merah - hiris

Bahan sos :

1 sudu sos plum
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu kicap masin
1 sudu kicap lemak manis
(semua bahan sebenarnya adalah anggaran sahaja sebab aku masak mana ada main sukat-sukat)

Sayur (aku guna apa yang ada, boleh tambah bunga kubis atau apa yang sesuai)

6 tangkai kacang panjang - potong anggaran seinci
sebatang lobak merah saiz sederhana - potong macam bentuk kacang panjang
sebiji bawang besar - dipotong bulat

Bahan lain :

3 helai daun limau purut
(boleh letak serai yang dititik juga)

Caranya :

Panaskan minyak di dalam kuali dan bila panas tumiskan bahan2 tumis. 
Setelah layu, masukkan bahan sos.  
Bila sudah menggelegak masukkan sayur.
Kacau-kacau sehingga sayur masak.
Masukkan ayam dan daun limau purut.
Jika terlalu pekat / kering, boleh masukkan secawan air.
Masak lagi sehingga air mendidih.
Siap.

Tak perlu tambah garam gula kerana rasa masin manis telah datang bersama kicap, sos dan ayam. Tapi kalau nak tambah juga, rasalah dulu...

Sekian, terima kasih.  (*_^)

12 ulasan:

  1. yummy....btul tu kak chik...makanan yang ada jgn di buang...

    PS terima kasih atas doa, mudahan dipermudahkan semua anak pelajar menjawap soalan mggu depan...

    BalasPadam
  2. kakchik.saya tergelak sorang bila baca sel sel otak berhubung. hehehe. mcm iklan susu pulak

    BalasPadam
  3. kreatif kakcik, nampak pun sedap dah tuu makan dengan nasi putih panas-panas.. terima kasih kak cik kongsi idea, mana tahu lain kali ada lebih kepci ana masakkan camni :)

    BalasPadam
  4. Betul kakcik... makchaq pun tak sampai hati kalau nak buang makanan... teringat masa dulu.. susah nak dapat makanan & kat orang2 yang masih kebuluran sekaran..

    Cantik la gambar2 kakcik kat atas tu... suka tengok... dah banyak tempat kakcik pi/lawat..
    makchaq jenih pi mana2 x ambik gambaq sangat.... jadi x dak sangat gambaq kenangan

    BalasPadam
  5. selalu mmg bahagian dada akan jd mangsa utk last di habiskn hehehe...

    sedap tuh kakcik di msk apa pun, kalau dana suke msk dlm mee grg atau nsi goreng, almaklum dada kan dagingnya banyak...

    BalasPadam
  6. Biru langit tu ye KC... Awan putih tu mcm kapas pulak ....subhanallah, cantiknya. Betullah KC, sayang makanan kalau tak habis, nasiblah otak cepat berhubung hihi...mesti KC selalu minum susu ni...

    BalasPadam
  7. Wah..bila sel2 otak org dewasa berhubong lain macam kreatifnya.maka terciptalah resepi baru. Harus di cuba resepinya. Pastnya sedap..:)

    BalasPadam
  8. Nasib baiklah Kakcik sel-sel otak masih berhubung katanya, terhasil juga ayam KFC masak padprik ikut suka hati!Nampak macam sedap, tapi kalau nak suruh komen sungguh-sungguh, kenalah jemput makan kat rumah. Takkan nak beli ayam KFC masak padprik kat restoran KFCkan, Kakcik! Pening kepala budak yang terima pesanan tu nanti!

    BalasPadam
  9. Sedapnyerr...Masakan ni adalah seni kreativiti. Macam-macam boleh cipta :)

    BalasPadam
  10. Kalau saya pun, memang saya guna sebagai bahan asas untuk dicampurkan dengan bahan yang lain untuk dijadikan lauk.. ;)
    Memang takkan membazir..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.