Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 13 November 2015

Khasmir - kusyukuri nikmat Ilahi dan segala yang tidak enak kutolak ke tepi...

Bermula dengan pelawaan dari blogger Azian Elias, dan direstui oleh suami serta rezeki yang didatangkan oleh Ilahi, akhirnya bumi Kashmir dapat kujejaki.

6 wanita tanpa ditemani suami atau mana-mana lelaki, kami memulakan perjalanan dengan dua penerbangan berlainan pada tarikh yang sama dan waktu penerbangan yang tidak jauh berbeza. Cerita-cerita sebelum perjalanan bermula, biarlah menjadi rahsia antara kami dan Allah sahaja. Dengan cerita kesakitan dan keperitan, perjalanan bagai tak mungkin dapat diteruskan namun kuasa Ilahi siapalah yang dapat melawan...

Kami sampai awal di KLIA2 untuk memudahkan urusan seterusnya.

Dari depan : Nadia, Aku, Azian dan Izura
Kami menaiki pesawat Malindo Air (Penerbangan OD205) ke Delhi. Lebar senyuman kami dan besar harapan kami,
agar perjalanan dirahmati Ilahi.

Kami tiba di Indira Ghandi International Airport jam 9.15 malam waktu tempatan (waktu Kuala Lumpur dan Delhi berbeza 2jam 30 minit - Maknanya di Kuala Lumpur sudah hampir tengahmalam). Melepak dulu di lapangan terbang sementara menanti ketibaan dua orang lagi anggota rombongan yang menaiki pesawat Malaysia Airlines.

Bersama pemandu buggy beragama Islam yang membawa kami.
Alhamdulillah, kurang sedikit beban kakiku...

Oleh kerana penerbangan ke Srinagar (Kashmir) hanya akan kami naiki jam 8.45 pagi esok, kami berenam menginap sementara di Indira Inn, Delhi.

Penerbangan dari Delhi ke Srinagar memakan masa 1 jam 15 minit.

Keluar dari hotel, hampir jam 6 pagi dan menghadapi kesesakan
menuju ke Terminal 1, Indira Gandhi International Airport


Wajah-wajah gembira...

...bersambung (tak tahu kenapa, tapi berat sangat rasanya hendakku nukilkan catatan perjalanan kali ini... Semoga semangat untuk bercerita akan segera datang semula.  Doakanlah, ya...)

10 ulasan:

  1. Tunggu kisah sambungan..moga semua dipermudah ye kak..

    BalasPadam
  2. asalamualaikum kak cik..moga perjalanan kak cik dn kawan2..dipermudahlan..dan kesihatan yang baik2..amin

    BalasPadam
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan kakcik..
    Tak sabar pulak menunggu entri seterusnya..

    BalasPadam
  4. seronoknya..sesekali dapat melancung dalam group perempuan saja. semuga kakcik di permudahkan untuk menyiarkan catatan seterusnya..

    BalasPadam
  5. teruskan kan.. ingin saya selami jiwa akak.. ingin saya teroka isi hati akak akan kunjungan kita ke sana..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kakcik... Berjalan dan melancung bersama-sama dalam kumpulan wanita sahaja sangat seronok...biasanya rioh rendah dengan gelak ketawa dan cerita ceriti. Semuga dipermudahkan lawatan dan perjalanan Kakcik dan sahabat semua..

    BalasPadam
  7. Tiap perjalanan pasti ada yang kurang menarik tapi perkara menariklah mampu menutup yang kurang baik itu.. ;)
    Alhamdulillah kakcik dan semua sihat dan selamat tiba..

    BalasPadam
  8. Syok dpt jln2 ngan geng all lady.. tumpang seronok kakcik... ;)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com