Kawan-kawan kakcik

Ahad, 15 November 2015

Kashmir - kusentuh bumimu buat pertama kali...

Sewaktu masih bekerja dulu, aku pernah berangan-angan untuk bercuti hanya bersama kawan-kawan perempuan.  Tidak jauh pun tempat percutian dalam angan-anganku.  Sekadar bercuti di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur untuk sehari dua.  Kiranya Allah SWT menjadikan angan-anganku satu kenyataan dan jauh pula tempat percutian yang diizinkanNya... AllahhuAkbar.  SubhanAllah...

Namanya Zubair.
Dialah pemandu pelancong kami
sepanjang berada di Kashmir. Berusia
28 tahun (sebaya anak sulungku) dan
bagiku masih banyak yang perlu dia
belajar untuk menjadi pemandu
pelancong yang 'baik dan berjaya'.

Di atas itu adalah Bilal. Pemandu kami
yang masih muda (24 tahun) tapi punya
ramai kenalan di sana.

Pertama kali merasai keenakan
walnut fudge Khasmir...

Persinggahan pertama kami adalah
di rumah keluarga Allahyarham Fahad
yang ditakdirkan tidak sempat menjadi
pemandu pelancong kami apabila
dijemput kembali oleh Ilahi, 3 minggu
sebelum kedatangan kami. Di atas
ribaanku adalah Esa, satu-satunya
zuriat Allahyarham Fahad Ali

Baba (bapa) Allahyarham Fahad
yang sangat tenang dan lembut tutur katanya.

Asma (balu Allahyarham Fahad)

Hidangan ringkas buat kami

Perjalanan seterusnya akan dimulakan...
Meninjau Dal Lake...

Berhenti sekejap untuk menurunkan beg-beg besar kami.

Kemudian singgah di restoran
untuk mengisi perut.  Bermulalah
episod untuk membiasakan tekak
dan perut dengan makanan di sini.



...bersambung lagi nanti, InsyaAllah...

11 ulasan:

  1. Menu yang sumple tapi nampak macam sedap sahaja.... Tak sabar nak tunggu cerita lanjut tentang Kashmir akak...mesti banyak pokok ru...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah rezeki akak..niat cuma di KL..Allah izin ke tempat lebih jauh..pasti bersebab..lebih bermanfaat..kak comel Esa..lembut wajah dan air muka dia..moga jadi anak yang soleh..

    BalasPadam
  3. Saya pun kalau bercuti suka pergi dengan saudara perempuan je...syoknya bercuti ke Kashmir...pemandangan disana mesti indah2 ya..

    BalasPadam
  4. Seronok tengok negeri orang dan rasai sendiri pengalaman.

    BalasPadam
  5. Kashmir..saya tgk dalam filem2 Hindi..ppemandanagn yg sangat memukau.

    BalasPadam
  6. jauh kakcik mengembara...rezeki Alalh siapa yang tahu kan..

    BalasPadam
  7. bermula segalanya.. indah, sedih gembira.. bercampur baur ye kak..

    BalasPadam
  8. kalu ingat kashmir msti ingat cite bollywood yg berlatar belakangkan bunga2 cantik....

    seronok kakcik dh smpai sana.... tak sbr nk tunggu sambungan nya...

    sedih tgk muka isteri arwah...

    BalasPadam
  9. sugul nampak wajah balunya kak cik, alhamdulillah kak cik selamat berpijak di bumi kashmir :)

    BalasPadam
  10. Niat sudah tertunai ye Kakcik..
    Jauh pula perjalanannya tu..
    Dinegara yg cantik dengan alam semulajadinya tu..

    BalasPadam
  11. bila di tempat orang..menu yang simple tu dah cukup mengenyangkan...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com