Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 28 November 2015

Delhi - 18 hingga 21 November 2015...

Seminggu selepas balik dari Kashmir dan Delhi (tiba di KLIA2 pada subuh 12/11/2015), aku terbang semula ke Delhi (juga menggunakan pesawat Malindo Air) pada petang 18/11/2015.  Aku tidak merakamkan banyak gambar pada perjalanan kali ini.  Hanya sedikit rakaman untuk ingatan dan kenangan...


Seperti biasa, aku tidak akan melepaskan peluang menikmati keindahan awan dari tingkap pesawat...

Maha Suci Allah... segalanya kelihatan indah...

Pelbagai coraknya...

Ufuk merah menandakan siang akan melabuhkan tirainya...

SubhanAllah!

19/11/2015 - menyusuri Yamuna Expressway menuju ke Agra.  Perjalanan ini mengambil masa lebihkurang 4 jam...

Cuaca waktu ini dingin dengan suhu lebihkurang 13C...

Walaupun tidak banyak kenderaan di lebuhraya, kereta tetap dipandu  mengikut kelajuan yang ditetapkan.  Amaran dan kamera ada di mana-mana.  Bertabahlah melayan mata sahaja.  Jika di Malaysia 'kirim salam' rasanya pemandu hendak mematuhi hadlaju bila jalan lengang...

Pondok tol yang sangat 'ringkas'...


Ada beberapa hentian di sepanjang lebuhraya ini.  Tempat begini sentiasa dijaga dan tandasnya pun agak bersih.

Menghampiri Taj Mahal...

Oleh kerana aku sudah pun masuk ke Taj Mahal pada bulan Mei lalu, kali ini aku mengambil keputusan untuk hanya memerhati dari luar.  Kaki kananku masih sakit, tambahan baru sahaja seminggu balik dari 'melasakkan kaki' di Kashmir...

Tambah lagi aku tak sanggup hendak bersesak-sesak dengan umat yang terlalu ramai.  Kebetulan pada hari ini tiada bayaran masuk dikenakan sempena World Heritage Week.  Tiket masuk untuk warga asing pada hari biasa ialah sebanyak Inr750.

'Aku perhatikan sahaja perangai mereka'...

...dan ralit juga aku memerhatikan tupai-tupai cantik yang bermain-main di sekitar tempat aku berehat.

Balik dari Taj Mahal, singgah di tempat perusahaan membuat perhiasan dari marmar...

...sangat teliti kerja mereka.  Aku tak beli pun.  Tak mampu woooo...
Tapi di sini aku beli dua helai 'pashmina' yang kemudiannya seperti biasa aku akan menyesal sebab aku rasa harganya mahal!

20/11/2015 - menuju ke Karnal yang juga mengambil masa lebihkurang 4 jam perjalanan.
Hebat mereka kan?  Ini namanya lori 3 tingkat kot!

Bayangkanlah kalau perjalanan mereka jauh dan mengambil masa berjam-jam.  Tidakkah sakit tubuh badan mereka?

'Teksi' yang disumbat selagi boleh dengan penumpang adalah pandangan biasa di sini.  hinggakan tempat pemandu yang sepatutnya hanya seorang pun boleh diasak dengan penumpang di kiri dan kanan...

Singgah makan di sebuah restoran.  Kerana sukar mencari restoran halal di Karnal ini, makanan yang dipesan hanya berasaskan ikan dan sayuran.  Bawang dan jeruk buah (seperti acar buah) ini kononnya adalah pembuka selera. Tak sanggup nak makan weiiii...

Pencuci mulut - aiskrim dan sejenis manisan yang panasnya boleh meleburkan lidah jika terus dimakan.

Akhirnya bila semua sudah selesai, dihidangkan jintan dan gula batu untuk 'mewangikan mulut'...

21/11/2015 - menyusuri jalanraya dan melalui pondok tol yang jadi bahan ketawa kerana dikatakan seperti tandas di tempat kita!.  

Sebelum berangkat pulang pada sebelah malam, sempat juga ke Ambience Mall (aku rasa macam masuk ke Lot 10) untuk melihat-lihat. Aku memang bukan orang yang mampu hendak berbelanja berlebih-lebihan.  Keluar dari Ambience Mall ini, singgah pula di Sarojini Nagar Market.  Adalah sehelai dua saree dan pashmina yang diperbuat dari serat batang pisang yang kubeli di sini.  Aku tidak merakam sebarang gambar di kedua-dua tempat ini entah atas sebab apa...

Sarojini Nagar Market - gambar dari : www.indianholiday.com 
Aku masih belum 'serik' untuk ke India.  Sudah memasang angan-angan untuk ke Kashmir lagi pada musim panasnya bersama Yan. Jom siapa nak ikut...

13 ulasan:

  1. Salam Kakcik.
    Saya pon tak pernah sampai. Pernah mendapat tawaran untuk ke Goa tetapi saya tolak kerana masih di saudi arabia. Semoga percutian ini mampu membuka mata dan minda kita..sila jaga kesihatan!

    BalasPadam
  2. Akak bawang merah tu makan macam tu saja ye...ngeri la pulak..

    BalasPadam
  3. KAKCIK SEROJA: Delhi - 18 hingga 21 November 2015...
    http://kakciknurseroja.blogspot.my/2015/11/delhi-18-hingga-21-november-2015.html?m=1#comment-form
    Macam bazir lak Delhi - Agra tok kali kedua. Better amritsar - lahore, calcutta - dhaka ATAU delhi - Kathmandu. Minggu nih saya fly ke Maldives, Tahun depan amerika DAN marikh sebelum barzah, mudah2an :)

    BalasPadam
  4. Aik, melancong ke India 2 kali ke kakcik? Atau ni trip ikut abang Bob?

    Sebiji bawang utk makan macam tu? hahahaha...
    pondok tol kuning tu mmg sebijik macam jamban dalam cerita P. Ramlee :P

    BalasPadam
  5. Amboi KC seronoknya.....turun naik kapal terbanglah yek.....
    Pergi dengan abang pulak ke KC? Kiranya memang bizi berjalanlah KC yek bulan November hari tu....
    Ha ......jangan lupa masuk photobook jugak ye KC gambo ni

    BalasPadam
  6. Wah, bestnya Kakcik! Pergi India macam pergi Langkawi. Baru balik, pergi lagi. Memang murah rezeki. Tahun depan ke sanalah lagi ya, Kakcik?

    Kawan suami saya baru balik dari India atas urusan kerja tapi katanya tak tahan tekak nak menyuap makanan dek kerana kebersihannya yang alahai ...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com