Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 2 Oktober 2015

Walaupun aku bukan peniaga, aku memahami keresahan mereka...

...berikutan nilai Ringgit Malaysia yang kian jatuh, harga barangan menjadi semakin tinggi.

Pembeli/pengguna mahukan harga yang rendah sedangkan peniaga juga merupakan pembeli. Sebelum menjual semula mereka juga membayar harga yang sudah tinggi untuk mendapatkan bekalan.  Berniaga mestilah mahukan keuntungan.  Jadi harga harus dinaikkan lagi.  Cuma janganlah melampau-lampau batasan pula, kan?

Eh...pak menteri tahu ke tidak masalah para pembeli? 

Atau pak menteri suka nilai ringgit terus jatuh lagi?  Boleh menarik orang dari luar negeri.   Datang ke mari untuk sama-sama membeli.  Anak negeri pandai-pandailah hendak menjana hidup sendiri...

Dalam masa lima bulan, nilai ringgit menyusut dengan ketara sekali...

9 ulasan:

  1. Betul tu Kakcik.. hendaknya peniaga Melayu yg meniaga secara kecil-kecilan..
    Susah mereka..
    Pelanggan semestinya mencari harga yg murah..
    Kekadang saya kalau beli kat peniaga melayu..
    Tak ada nak minta kurang.. kesian mereka..

    BalasPadam
  2. huhuhuhu.... kita dh semakin sakit harapnya jgn la tenat

    BalasPadam
  3. Susahnya pembeli yang kena tanggung juga. Siapa pembeli...kita semua..

    BalasPadam
  4. alahaiiii...SA nak ke lombok ni mak...kurang la tukaran duit macam tu...erm...

    BalasPadam
  5. Susah nak kata la kakcik..
    Kalau Gabenor Bank Negara bagi komen pun di pandang sepi komennya, siapalah kita ni rakyat marhein

    BalasPadam
  6. semakin hari semakin meresahkan semua kan kak cik :(

    BalasPadam
  7. semakin hari tengok berita semakin sakit hati..huhu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com