Kawan-kawan kakcik

Khamis, 29 Oktober 2015

Kita ini semakin tua...

...sudah-sudahlah berlagak muda
hentikanlah perbuatan yang sia-sia
ianya tidak membawa kita ke mana-mana
malah hanya menambahkan timbunan dosa

yang baik elok diteruskan 
yang 'buruk' sorok-sorokkan
jangan seronok tolong menghebahkan
bimbang dosa Allah tak ampunkan

aib orang jangan sebarkan
bayangkan jika keluarga kita begitu diperlakukan
apakah kita tak punya perasaan
lalu segala yang aib itu kita ketawa-ketawakan

teguran orang kita persetankan
konon seronok berhibur dengan kawan-kawan
mana tahu tiba-tiba datang takdir Tuhan
kita dijemput kembali saat bergelak sakan

jangan cerita tentang banyaknya amalan
jangan sebut tentang segala kebaikan yang dilakukan
andai maksiat walau sekadar pada penglihatan
kita buat bagai makanan harian


#takfahamtakapa
#ingatanuntukdirisendiri

23 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kakcik,

    Benarlah kata-kata Kakcik. Mendengar orang mengumpat pun boleh dapat dosa walaupun kita tidak mengumpat. Terima kasih Kakcik, peringatan yang sangat baik.

    BalasPadam
  2. ... walau sebenarnya mati tak mengenal usia
    jadi tak kira tua-muda hentikanlah membuat dosa
    saling ingat-mengingatkan tak kira pada siapa juga

    BalasPadam
  3. faham kakcik

    peringatan utk saya juga...manusia mmg selalu leka

    BalasPadam
  4. Peringatan yang selalu kita kena letak dalam kepala ni.....salam khamis kakcik

    BalasPadam
  5. peringatan yang baik mak..saya pun dah makin kurang semua nyer..

    BalasPadam
  6. terima kasih atas perkongsian..inshaaAllah peringatan tersebut sentiasa dlm ingatan..sedang mencuba sebaik mungkin kearah yg lebih baik..

    BalasPadam
  7. Peringatn unutk diri saya juga. Terima kasih kakcik.

    BalasPadam
  8. Tkasih Kak...saling meningati begini...terlalai terleka kita kerana syaitan tidak pernah putus asa...

    BalasPadam
  9. Mati itu pasti..syurga neraka itu sedang setia menanti,,neraca mizan ternanti nanti..ingat sentiasa Izrail yang sentiasa menghampiri..

    BalasPadam
  10. Mati juga tidak mengenal tua muda. Tq Kakcik atas ingatan...kadanga2 terbbas jugak

    BalasPadam
  11. Orang Penang Penang kata... kalau tak faham juga tu, buta perut namanya...hi...

    BalasPadam
  12. Walaupun diri sudah beranjak tua tetapi kadang-kadang hati terus berlagak muda...

    BalasPadam
  13. tak salah berhibur..mengisi masa terluang yg ada..tapi berpada2 lah berhibur dgn rakan sebaya. yang Tak menahan tu bergandingan dgn yg muda belia..

    BalasPadam
  14. Yelah kak..Wa ni makin tua..anak2 kecik-kecik lagi...kalaulah jadi apa2..sapalah nak jaga diorang..sob sob sob..

    BalasPadam
  15. #fahamKChihi....
    Itulah KC.....terima kasih kerana saling mengingatkan...Namanya pun manusia, ada masanya leka, lagho......dan ada masanya insaf....Moga sentiasa ada kesedaran utk terus berubah hendaknya

    BalasPadam
  16. kadangkala berwassup hingga lupa muhasabah diri sendiri...huhu..

    BalasPadam
  17. muhasabah diri.. bila tengok anak, rasa sebak jer dalam hati sebab kita tak tau berapa lama usia kita kat dunia ni..makin anak membesar, makin meningkat usia kita..makin dekat kita dengan ajal.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com