Kawan-kawan kakcik

Selasa, 27 Oktober 2015

Dalam pantun tersirat makna...

Mendaki tubir di Pantai Remis
bawa beban tersangkut di bahu
walau bibir tersenyum  manis
luka di hati siapa yang tahu

bawa beban tersangkut di bahu
rela berkorban demi saudara
luka di hati siapa yang tahu
pendam sendiri duka dan lara

rela berkorban demi saudara
saudara kandung mahupun tiri
pendam sendiri duka dan lara
menjadi racun memakan diri

saudara kandung mahupun tiri
tidak berbeza kasih dan sayang
menjadi racun memakan diri
asal tidak menyusahkan orang

15 ulasan:

  1. Buah nona masak kecik
    Hantar sebiji rumah nyonya
    Dalam maknanya pantun Kakcik
    Sapa makan cili rasalah pedasnya

    BalasPadam
  2. saya tak pandai berpantunmg .. jgn kata ber[pantun nk tulis pantun pun tak pandai nk buat ayat sama yg hujung tu

    BalasPadam
  3. Luka Dihati Siapa Yang Tahu
    Terpendam Jauh dilubuk Sengsara
    Walau Terluah Adakah Yang Mahu
    Seikhlas Budi Menyembuhkan Lara

    BalasPadam
  4. Kalau berburu ke padang datar,
    Dapat rusa berbelang kaki,
    Kalau berguru kepalang ajar,
    Bagai bunga kembang tak jadi.

    BalasPadam
  5. Anak lelaki tercekit halkum...
    Assalammualaikum...

    BalasPadam
  6. kakcik...sy tak reti nak menjual dan membeli pantun :)

    BalasPadam
  7. seronok kemain tgk gegar veganza
    Tak brp muda dok terkinja kinja
    Tiri pun saudara juga
    Kalau baik budi bahasa
    Lebih baik dari saudara sedarah seperut rasanya.

    BalasPadam
  8. Tak reti la kakcik nak berbalas-balas pantun...

    BalasPadam
  9. nk bls nk pantun tp mcm tak reti sgt je...

    anak cina anak melayu
    main2 di depan titi
    dlm hati sebak sayu
    pantun kakcik menyentuh hati

    BalasPadam
  10. Burung merbah burung nuri
    Terbang tidak sama tinggi
    Lebih mudah memujuk hati sendiri
    Bersabarlah wahai hati

    BalasPadam
  11. Mendalam semua maknanya. Saya suka dengan pantun melayu. menguatkan jati diri kita.

    BalasPadam
  12. Amboi KC zaman kegemilangan Melaka je apa ni....hihi....sawan pantun sebelum pergi makan angin eh...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com