Kawan-kawan kakcik

Selasa, 15 September 2015

Allah memberiku peringatan, tapi aku masih leka dengan hal dunia...

Bagi yang mengikuti blogku ini, pastinya 'tahu' bahawa aku dan penyakit bagaikan kembar siam yang sukar dipisahkan.  Keluar masuk hospital adalah perkara biasa bagiku.  Namun aku tidak mahu menyalahkan takdir hidupku.  Allah mahu aku sentiasa ingat kepadaNya (walaupun aku sering berpura-pura lupa hanya atas alasan degil untuk mengaku aku adalah cuma seorang hamba). Setidak-tidaknya bila diuji, aku rasa sudah sangat hampir dengan saat untuk kembali dan hanya namaNya yang bermain di minda dan hati...

Entahkan aku masih punya waktu atau
tidak bila tiba saatnya Qaid boleh
memandu nanti...

5 ulasan:

  1. Allahu..moga setiap ujian yang Allah beri di dunia..kita sabar menghadapinya sedikit sebanyak meringankan kita di sana kelak..amin..

    BalasPadam
  2. Putaran Kehidupan Kak...bersyukur kita masih ada waktu ALlah beri meski pun kita tidak ketahui bila...dan yg sebaik baiknya tidak kita persiakan saat yg berbaki brgkali sesaat ini...

    BalasPadam
  3. Sebenarnya kakcik org yg selalu ingat mati akan lebih rasa sedia selalu dan lebih dekat diri padaNya. Ujian diberi pun biasa dilalui dgn redha dan golongan begitu adalah mereka yg kuat dan termasuk golongan mereka yg beriman.Moga kita termasuk golongan yg ini.

    Qaid ada doa yg tak kita tahu buat nenek dan atoknya..

    BalasPadam
  4. Sabar la kakcik..Setuju dengan komen kak Zakie tu..

    BalasPadam
  5. Semoga kakcik sihat,apatah lg. musim jerebu nie...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com