Kawan-kawan kakcik

Isnin, 3 Ogos 2015

Duhai Bank Islam, RM50 itu besar nilainya bagi kami yang miskin ini...

janganlah sekat simpanan kami yang tidak seberapa
untuk saat-saat sukar ianya sangat berharga
lainlah kalau simpanan kami bernilai puluhan juta
RM50 itu tidak dipandang walau sebelah mata

kalau bank lain boleh sahaja simpanan dikeluarkan 'selagi ada'
tapi dengan Bank Islam ia sangat berbeza
tak tahulah RM50 itu disekat untuk apa
kasihan melihat mereka yang tak faham tertanya-tanya

di hadapan mesin mengeluarkan wang tergaru-garu kepala
hilang lenyap apa yang telah direncana
hendak membeli barangan sejenis dua
nampaknya terpaksa ditangguh tak tahu hingga bila

#itusajanakkata
#ilhamturunbersamahujan


Terma dan Syarat

printer friendly Cetak   EmailLink Emel


1. Membuka Akaun
1.1 Saya/kami dikehendaki membuat permohonan untuk membuka Akaun Simpanan-i atau/dan Akaun Pelaburan-i Al-Awfar itu sendiri dan saya/ kami akan terikat dengan Terma dan Syarat yang Mengawal Operasi Akaun Simpanan dan Pelaburan-i Al-Awfar yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
1.2. Saya/kami dikehendaki menurunkan contoh tandatangan saya/ kami atau cap ibu jari kanan, alamat terkini dan butiran peribadi lain kepada Bank.


2. Transaksi Simpanan 
2.1 Akaun Simpanan-i Al-Awfar Simpanan permulaan minimum sebanyak RM100 diperlukan untuk membuka akaun. Amaun minimum yang perlu disimpan pada bila-bila masa ialah RM1. Saya/Kami perlu mengekalkan baki minimum sebanyak RM50 di dalam akaun pada setiap masa.
2.2. Akaun Pelaburan-i Al-Awfar Simpanan permulaan minimum sebanyak RM1,000 diperlukan bagi tempoh 1 bulan. Bagi pelaburan bertempoh 3 bulan dan lebih, simpanan permulaan minimum ialah RM500. Simpanan minimum sebanyak RM1,000 perlu dikekalkan pada setiap masa dalam tempoh 1 bulan dan RM500 untuk tempoh 3 bulan dan lebih.


3. Transaksi Pengeluaran
3.1 Akaun Simpanan-i Al-Awfar Pengeluaran perlu dibuat di Mesin Teler Automatik (ATM). Sebagai alternatif, saya/kami perlu menyerahkan slip pengeluaran yang telah lengkap dan menandatanganinya untuk membuat sebarang pengeluaran melalui kaunter. Jika baki di dalam akaun saya/kami berjumlah RM50, saya/kami tidak boleh mengeluarkan sejumlah wang yang lebih kecil daripada RM50 melainkan akaun itu hendak ditutup.
3.2. Akaun Pelaburan-i Al-Awfar Terma pengeluaran dinyatakan di sebelah belakang Sijil Akaun Pelaburan-i. Pengeluaran pramatang Jika berlaku pengeluaran pramatang sebelum cukup tempoh 1 bulan, saya/ kami tidak akan layak memperoleh pulangan (jika ada).
3.3. Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang entri ke dalam akaun tanpa kebenaran . Oleh itu, saya/kami akan memeriksa dengan teliti setiap entri ke dalam akaun dan memaklumkan kepada Bank jika terdapat sebarang entri tanpa kebenaran sebelum meninggalkan premis Bank.

33 ulasan:

  1. SELALUNYA MINIMUN WANG BAKI RM10 JEW KAK.. BALANCE BOLEH KUARKAN.. PELIK GAK NIH... HUHU

    BalasPadam
  2. oooooo maknannya mesti ada balance rm50 dalam akaun bank islam....

    BalasPadam
  3. tu dia sampai 50...bank lain minum 10.... klu maybank 1 je kot ....
    time nk tgu hjg bulan ni mmg rasa sshnye

    BalasPadam
  4. Saya dah tak guna akaun Bank Islam dah lama.

    Lebih senang hati guna Bank Rakyat dan Agro Bank...

    BalasPadam
  5. Minimum bank Islam rm50 tp bank lain rm10 je....

    BalasPadam
  6. kena fikir banyak kali nie...macam tak jadi je nak buka akaun kat bank islam..

    BalasPadam
  7. Kalau gitu "this and that" oleh bank yang tidak mementingkan pelanggan tetapi kepentingan mereka saja, masa yang paling baik untuk cari bank yang lebih memberi kemudahan pada pelanggan.

    BalasPadam
  8. Oooooo g2 ye, klu mcm ni susahle, lagi2 klu gaji 41 hari baru dapat.... 9 julai till 25 ogos!

    BalasPadam
  9. Huhu.. Payah juga tu. Biasa 10rgt je

    BalasPadam
  10. Betul..sebab family PC kebanyakkannya guna bank Islam..rm50 tu macam baki wajib mesti ada dalam akaun..bank lain rm10 sudah mencukupi..kesian bagi yang betul2 memerlukan wang..

    BalasPadam
  11. Hanya mampu kata, dunia semakin kejam... itu dan ini serba tak kena... nama berlandaskan ISLAM semata.... hmmm

    BalasPadam
  12. kakcik...sy kurang suka berurusan dgn bank islam.
    ada bad experience masa buat loan kereta dulu.
    sy lebih suka maybank dan bank rakyat.

    BalasPadam
  13. betul tu kak cik, RM50 tu besar dah bagi kita2 ni kan .

    BalasPadam
  14. Eh, minimum RM50 kena ada dalam akaun? Setahu saya kebanyakan bank cuma perlu RM10 atau RM20 aje baki minimum. Kalau dah terdesak, RM50 pun duit juga. Lepaslah belanja seminggu katanya...

    BalasPadam
  15. Undang2 yahudi itu puncanya Islam hanya pada nama

    BalasPadam
  16. Eh...biar tol kak bru jek nk bkak akaun bank islam

    BalasPadam
  17. Betul tu sangat membebankan. Nak transfer RM312.00 Ada dalam akaun RM380.00 taklepas taklepas. Rupernye balance takcukup. HM. Besar sangat nilai dia untuk saya.

    BalasPadam
  18. Bismillah. Akaun al-awfar memang minimum simpanan rm50, sebab al-awfar ni more to pelaburan (ada "dividen" etc), dan eligible untuk cabutan hadiah. kalau nak akaun dengan simpanan minimum yang lebih kecil, boleh bukak akaun asas atau pun akaun wadiah (tak ingat berapa minimum tapi lebih kecil berbanding al-awfar, boleh selongkar website bank islam).


    p.s. ingat tak nak mention part ni, anyway - ringkas jer. berkenaan comments di sini tentang mempersoalkan term "ISLAM" tu, rasanya tak perlu kot nak condemn bagai. Assalam alaik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini yg sebenarnya. Islam itu indah.. Kita je yg mudah lupa. Pegawai bank akan tanya kita dlu nk akaun yg mcmana.. Sebelum nk buka akaun tu diorg akan terangkan details semua skali kita je mls nk lyn.. Janji buka akaun btl x? Lg 1, mulut tu klu mls bertanya jgn lancang berkata2 lbh baik diam je

      Padam
  19. Nama ja islam... tp bersifat menindas. Mungkin akan menutup terus akaun di bank islam sikit masa lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn begitu cpt menilai Islam. Tepuk dada sendiri tanya... Okay.

      Padam
  20. Klu nk baki minima rm10 masa bukak akauan mnta simpanan asas.. Akaun pelaburan mmg kna ada baki minima rm50..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan Zack.. kalau nak buka akaun simpanan asas kena bayar deposit tak ? Kalau ya, kena deposit berapa ye ? Terima kasih :)

      Padam
  21. salam..kalau nak close account bank islam ni..baki dalam akaun tu boleh dapat balik ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila tutup akaun, biasanya kita akan dapat balik baki duit kita yang ada...

      Padam
  22. Boleh x kalau kita nk.tukar akaun al awfar ke akaun biasa cm wadiah melalui online, kalau boleh,macamna caranya,,

    BalasPadam
  23. tetiba saya teringatkan kak chik...

    BalasPadam
  24. Cimb kene mainten RM20.. maybank rm 1, rhb pun rm1.. bank2 sekrg kene fleksiblekan limit kene tinggal dlm akaun. Di musim ekonomi merudum dan perbelanjaan semakin besar, rasa perlu bank2 buat minimum Rm1. Masa sesak rm1-2 sgt bermakna kak.. kekdg minta kenhkawan transfer rm1 utk cukupkan pengeluaran RM30... sadis tauuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..bank lain pn ada jgk pelaburan apa smua..tp xde la smpai mnimum balance smpai RM50..dh mula² nk bkk account kna RM130,msa buat account tu,xde plk jurubank tya utk pilihan account,

      Padam
  25. itu utk akaun pelaburan. sy 0n mengalami yg sama. turut merasai yg sama. tpi korang blh tukar kpd akaun simpanan biasa bg mumudahkan korang dn hanya perlu tinggalkan baki rm10 min shj dlm bank. her

    BalasPadam
  26. Sampai kt sini juga saya..terkejut bila daftar bank online...tgk² hilang rm50...tp xdak pulak transaksi kluar...xtau pulak jd cmnie dgn tggi thap gaban kos sara idup...pegawai pn xtny pa²..just tny nk buka akaun utk apa..itu saja...tp dh niat nk bukak bank islam...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com