Kawan-kawan kakcik

Selasa, 4 Ogos 2015

Akademi Fantasia - teruslah leka dibuai angan-angan...

...menonton promo di kaca televisyen, khabarnya kebanyakan peserta adalah datang dari keluarga 'susah' (atau kata lainnya miskin).  Anak-anak muda itu masuk ke Akademi Fantasia (selepas proses pemilihan) dengan cita-cita dan harapan untuk 'pasti berjaya dan menuju puncak' serta kemudiannya dapat 'mengubah nasib keluarga'.

Sehingga kini, berapa ramaikah 'produk' keluaran AF ini yang sudah berjaya dan dapat berada di puncak?  Atau akhirnya nanti hanya popular sekejap dengan cerita-cerita kontroversi yang sengaja diada-adakan dan kemudiannya hilang lenyap tanpa kesan?

Sudah-sudahlah melekakan anak-anak itu dan para penonton/penyokong juga.  Yang untung sebenarnya siapa?  Undian yang dibuat bukan percuma.  Siap dengan pakej GST bila membeli tambah nilai lagi.

Agaknya selepas ada menteri berkata adegan pegang-pegang dan peluk-peluk antara bukan mahram tidak mengundang  maksiat, maka di hujung setiap rancangan nanti akan ada pula adegan 'sedih-sedih sebab tersingkir' dan berpeluklah lelaki perempuan tanda perpisahan?

Sebenarnya bagi aku, rancangan AF ini sudah tidak menarik lagi berbanding awal-awal kemunculannya dulu.  Bukan sebab aku sudah tua.  Dulu pun aku tidaklah begitu melayan rancangan itu walaupun sesekali TERtengok juga.  Lagi sedih bila diperhatikan, yang memenuhi ruang penonton racangan ini adalah mereka yang sebangsa dan seagama denganku. Mereka yang sering melatah bila dibangkitkan isu ketuanan Melayu tapi rancangan yang mereka sokong setengah mati itu agaknya milik ketuanan mana, ya?

Suka hati kamulah labuuuuuu...

Gambar dari carian Google


12 ulasan:

  1. dh lama tak penah lyn sejak dr season yg keberapa ntah... rasa mcm apa ntah... dr dok melalak pastu drama2 baik lah pi belajar ke pi keja dpt jgk masa dpn yg cerah dpt jgk tlg mak pak dpt duit...

    takde benda senang dlm dunia nih... kalu asik nk berangan jd retis je

    BalasPadam
  2. Sejak dulu, kini dan selamanya tak tengok AF.

    BalasPadam
  3. awal2 dulu pun saya tak tengok kakcik..yang sekarang lagi la tak tengok..lagi pun malam2 suka layan drama korea..ekekek,,,..siang2 anak tengok katun..mana ada masa nak layan AF ni..takat baca berita2 kat portal online je la..

    BalasPadam
  4. Bila time santai ada masa nak tgk Tv masa tu ada AF saya tgk jugak kak..tp mcm mmg nak tunggu tu idak ler...lg2 mcm saya ni perempuan/mak yg bekerja..balik umah tu ada jer nak buat kak..rancangan lain pun dah lama tak tgk...

    BalasPadam
  5. dulu tengok af1, af2 & af3 je.. tu pon sebab dok kat umah abang yang ade astro..

    BalasPadam
  6. Laa..ada lagi ke AF tu? Sejujurnya saya tak pernah tengok AF, cuma dengar berita aje. Siapa pemenangnya pun tak pernah ambik pot kerana semua mereka tiada kaitan dengan keluarga saya...

    BalasPadam
  7. Salam Ukhuwah dan salam Kenal dari saya KakCIk Nur...

    Saya pun sudah lama tak layan AF ni..tak ingat bila last..pada mulanya mungkin atas faktor kesibukan dengan kerjaya dan anak-anak kecil, lama kelamaan timbul rasa insaf nak tengok rancangan-rancangan macam ni..esp dah ada anak-anak kan. Lagi best layan ceta macam adik-adikku TV1, Qari Junior TV3..hhehee

    Sorry la kak, memula singgah dah pot pet pot pet..jangan lupa singgah blog saya juga nanti yer..

    BalasPadam
  8. sekali pon x pernah tgk
    tp tahu gitu je la pemenangnya
    smmgnya betul apa yg kak cik perkatakan tu..
    sangat melekakan. ayat ayat sebeegitu hanya utk menrik perhatian penonton..

    ppst: ye kakcik. rosdet di chow kit. itu la pasai. dlu pergi ke sana naik moto je.sng parkir.itu yg skrg mcm mcm dipikir. semuanya utk keselesaan bersama.

    BalasPadam
  9. Ada lagi AF ni? Kalau saya dah lama saya tamatkan aje rancangan ni. Entah apa-apa. Yang berjaya dalam AF ni pun berapa keratlah agaknya. Ada di antara 'graduan' AF ni kenal pun tidak, apatah lagi nak jadi popular.

    Rancangan macam ni memang melalaikan semua yang terbabit. Yang tepuk jari seronok dah tentu-tentulah syarikat telekomunikasi yang terlibat :)

    BalasPadam
  10. Selain Af ada siri baru stail ubah penampilan gitu, siri asal dari luar negara. Cer tgok, dasyat jugak.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.