Kawan-kawan kakcik

Khamis, 25 Jun 2015

Memadailah bilis goreng dengan bawang...

mungkin beginilah yang dirasakan  oleh Almarhum Ayahandaku dulu :

 usah kau hidangkan ayam golek
tak mungkin seleraku akan tertarik

usah kau tayangkan lauk pauk bermacam rupa
tidak sedikit pun membangkitkan selera

duhai anak, jangan kata aku mengada-ngada
sebenarnya nafsuku sedikit demi sedikit ditarik olehNya

telah jauh perjalananku
kian singkat langkahku
telah banyak yang kutelan
kini masanya semua kutinggalkan

beruntunglah kamu yang masih punya selera
tapi suatu masa nanti mungkin kau rasa apa yang kurasa
jadi eloklah kamu berpada-pada
jamulah seleramu waktu berbuka
tapi Maghribmu jangan kau lupa

jangan sia-siakan puasamu sepanjang hari
bila solat kau tolak ke tepi
jangan seronok menayangkan itu ini
sedang apa yang kau dapat semata-mata atas izin Ilahi.


Kabur pula gambar ini - mungkin sekabur seleraku
yang kian hilang seiring usia yang kian singkat.

23 ulasan:

  1. Selamat Berpuasa kakcik..Sura kalau masak camni..tak yah lauk lain dah..boleh bertambah lagi..:)

    BalasPadam
  2. Makan ni dengan telur mata dan nasi panas, selera naik kak..Yang ringkas tu biasanya lagi membangkitkan selera kan..

    BalasPadam
  3. Betul tu...bila nikmat selera ditarik...saya pun dah rasa kakcik. Kadang ikan rebus goreng jer dah boleh buat selera terbuka...ayam dan lauk2 lain untuk anak-anak jerlah.

    BalasPadam
  4. Sebenarnya kakcik kita ni serupa.
    Kakak ni ada kala teringat lauk masa zaman kanak-kanak dan mencubanya
    ternyata membuka selera walau anak-anak tidaklah seberapa

    Baru dua hari lepas kakak buat macam kakcik ni tapi kakak letak cili padi dan curah kicap - sedap pulak kat tekak tua kakak ni:)

    BalasPadam
  5. salam kakcik..
    ni mmg menjadi selera arwah ayah saya dulu... sekarang dh jd selera saya.. letak cabai kering tu saya suka gigit gigit cabai tu hehehe...

    BalasPadam
  6. Samalah menu sahur kita yer kakcik. Saya pun campur cili padi macan kak zaki. Ayam tu saya dah kurang boleh terima.pula sekarang.

    BalasPadam
  7. Yer Kan Kak..terpana dgn tulisan kakcik ni...teringat kata arwah mak mertua...sudah tinggal sebanyak ini rezeki selera yg Allah berikan...tetap kena redha dan bersyukur....tp lauk ni mmg feberet saya kak...bwg lebih..cili padi lebih..kicap sikit...mmg selera..

    BalasPadam
  8. Selamat berpuasa kak..sy ni klu bulan puasa mmg xde selera sgt nk mkn sbb tu x penah terpk nk pi try bufet je hape ke

    BalasPadam
  9. salams kak sedapnya dgn nasi panas2....letak kicap sket....

    BalasPadam
  10. Klau nekcik..ikan nilis tumbuk ngan cilis hijau..bawang besar....tumis lama sikit...mskan ngan nasi panas.....nikmatnya x pandang lauk lain dah

    BalasPadam
  11. Fav saya klu makan nasi panas, teluq masin dgn sambal goreng..klu ade kangkung lg best.tu je dah memadai.. rasa pun sedap x terkata!

    Jom terjah : Bukti GST Naikkan harga barang!"

    BalasPadam
  12. Ni memang selera orang2 lama kot kakcik..
    makchaq la ni memang ayam dah tak boleh makan..

    tapi kan...anak2 makchaq semua pun suka lauk macam ni... ikut selera mak depa..

    BalasPadam
  13. sdp nih kakcik ngn nasi pns...

    kadnag yg muda pun lama2 hilang selera nk mkn nyer kak

    BalasPadam
  14. assalamualaikum,
    Saya pernah pergi bazar ramadhan tetapi balik tangan kosong. tak beli apa-apa.
    tengah lapar pun tak memborong sakan pun huhuhuhu

    mmmmm selera saya masih ada tetapi orang yang jual di bazar tu kot tak mampu tarik selera ni
    tak pe lah...cekodok pun bolehhh

    BalasPadam
  15. kakcik, sy pun alami mslh serupa. Kadang berbuka pun sekadar mee goreng. Nk masak mcm2 lg jenuh takde siapa nak mngabiskan. Cuba jenguk2 bazar ,.. pandang sepi je semua juadah..
    Nikmat yg ditarik balik olehNya..

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum Kakcik,

    Kakcik tidak berapa sihat ker? Ikan bilis ada banyak hasiatnya. Mak Long menyambut puasa di hospital menjaga Emak. Semuga Kakcik sihat untuk menjalani ibadat puasa..in-sha-Allah

    BalasPadam
  17. sedap ni kak cik kalau ada bubur nasi..take care kakcik

    BalasPadam
  18. Faktor usia kakcik..saya pun macam dah kurang selera bab2 makan ni..tapi selera membeli belah tu tinggi lagi..

    BalasPadam
  19. Lauk ni pon dah cukup berselera mak. Mkn nasi panas², letak kicap sket...perghhh...nak buat lah balik nih ☺

    BalasPadam
  20. Bilis goreng pun sedap, Kakcik. Makan dengan nasi panas, perghhhhh... berpeluh juga!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.