Kawan-kawan kakcik

Ahad, 7 Jun 2015

Kembara Bali - banyak lagi tempat hendak disinggahi...

...sebenarnya banyak gambar yang boleh dikongsi, tapi disebabkan aku tidak mahu 'ruang blogku menjadi sempit', aku cantumkan sahaja gambar-gambar sesuka hatiku...


Hari ini mari kita singgah dulu di mana-mana toko yang disarankan oleh pemandu pelancong kita.  Singgah sebentar di Krisna.  Berlegar-legar dua tiga pusingan, tidak banyak yang menarik  untuk dibeli.  Dari Krisna, kami ke Joger Pabrik Kata-Kata.  Di sini banyak kata-kata sinis yang dipaparkan.  Kualiti pakaian yang dijual juga lebih baik.  Namun, aku tetap tidak membeli apa-apa kerana aku merasa kedekut untuk berbelanja lebih.  Bagaimanapun ada satu kata-kata yang menarik perhatianku (sebenarnya merakam gambar dalam toko ini adalah dilarang) - BELI ATAU TIDAK, TETAP DIUCAPKAN TERIMA KASIH. :)


Seterusnya kami dibawa ke tempat Sukan Air Tanjung Benoa. Sesiapa yang ingin mencuba sukan air seperti bermain bot pisang, paragliding atau luncur air, boleh sahaja dengan bayaran-bayaran tertentu dikenakan.  Tiada di antara kami yang mahu 'bermain' di sini. Sebaliknya kami bersetuju untuk ke Deluang Sari Turtle Farm dengan menaiki bot yang kononnya bot kaca di mana kami boleh melihat ke dalam air dari atas bot.  Ia adalah seperti yang dikatakan indah khabar dari rupa.  Pasrah sahaja sebab bayaran sebanyak Rp100,000 seorang telah dibuat.  Hendak masuk ke Turtle Farm itu sekali lagi terpaksa mengeluarkan biaya sebanyak Rp20,000 seorang.  Berkelana ke tempat orang, cerita kena sembelih ini memang biasa kalau kita tidak biasa, kan?

Keluar dari Tanjung Benoa ini, kami dibawa untuk menunaikan solat di Pura Mandala, Nusa Dua.  Pura Mandala ini adalah tempat di mana bangunan-bangunan tempat ibadah (Masjid, Kuil Hindu, Kuil Buddha, Gereja Kristian Katholik dan Gereja Kristian Protestant) dibina bersebelahan antara satu sama lain.  Masjid yang terdapat di sini diberi nama Masjid Agung Ibnu Batutah.  Di sini aku menyalin pakaian kerana seluar yang aku pakai sebelum ini telah basah dan berpasir...


Selesai menunaikan kewajipan, kami menuju pula
ke Pantai Pandawa. Di pantai ini aku hanya menjadi
seorang tua yang tidak berupaya.  Dengan berpakaian
jubah hitam dan dalam keadaan cuaca panas, aku hanya
duduk di tepi pantai memerhati mereka yang lebih muda
berenang, menyelam, mandi manda dan ke tengah ke tepi
bermain kayak.  Biarkan sahaja selagi keselamatan terjaga.

Hari ini kami ingin menyaksikan matahari terbenam
di Pura Uluwatu.  Ke sanalah destinasi kami.
Menyaksikan keindahan alam ciptaan Ilahi.  Ombak
yang menghempas pantai dengan warna biru kehijauan
serta langit yang mula kelam bersama sinar merah amat
mengkagumkan.  Segala puji bagi Allah yang menjadikan
keindahan itu untuk tatapan dan merasakan betapa
kerdilnya diri.  Bagaimanapun, awan agak tebal pada
petang ini.  Jadi tidak dapatlah menyaksikan bagaimana
matahari 'menyentuh' kaki langit yang bersambung dengan
laut.  Maghrib juga kian menghampiri dan kelihatan di atas
bukit upacara 'pemujaan' akan bermula.  Maka eloklah kami
melangkahkan kaki keluar dari kawasan ini...

Malam ini kami dibawa makan di restoran Ayam Kalasan Kremes Mbok Limbok.  Waduhhhhh... sambal yang disajikan bersama ulaman itu pedasnya ya ampunnnn... Aku makan laju-laju nasi yang masih panas untuk menghilangkan rasa pedas.  Habis segala air mata, air hidung, peluh jantan dan betina memercik keluar dari wajahku!  Berdesit-desit aku kepedasan...

Balik ke hotel, aku menempah tukang urut untuk datang ke bilik.  Ada yang keluar untuk berurut di spa berdekatan.  Tapi aku sudah tidak larat hendak berjalan.  Upah yang perlu aku bayar adalah Rp200,000 untuk sejam khidmat mengurut itu.  Sejujurnya, berurut di Manjakaki Tesco Ampang adalah lebih memuaskan hatiku...

...eh! ada sambungan lagi...

7 ulasan:

  1. Bestnya kalau dapat main paragliding..;)

    BalasPadam
  2. haduii... seronoknyer kakcik... bila agaknya sy leh sampai sana... :)

    BalasPadam
  3. asalamualaikum kakcik :-)) ...permandangan dekat gunung tu cantik...

    yan pernah berkawan dengan gadis bali...agamanya sedikit keliru kerana semua jenis perayaan disambut :-))

    BalasPadam
  4. 25 pelancong cedera
    AFP
    Senggigi (Indonesia): Puluhan pelancong cedera apabila beberapa letupan kecil berlaku di atas feri yang sedang dalam pelayaran ke Bali dari pulau Senggigi di Lombok, semalam.

    Letupan dipercayai berpunca daripada tangki minyak feri berkenaan yang membawa 129 penumpang, kebanyakannya pelancong, lewat kelmarin.

    Antara yang cedera ialah pelancong dari Australia, Perancis, Itali, Amerika Syarikat, United Kingdom serta New Zealand.

    Pegawai Hospital Nusa Tenggara Barat Oxy Cahyo Wahyuni berkata: “Tiada mangsa yang parah. Kebanyakan 25 pelancong hanya cedera ringan.”

    Pegawai polis Khoirul Anwar berkata, dua letupan berlaku di atas kapal itu 30 minit selepas belayar dari Senggigi. Letupan kedua mengakibatkan tingkap pecah menyebabkan beberapa penumpang cedera.

    “Kami mengesyaki letupan berpunca daripada tangki minyak dan kini menyiasat kejadian itu,” katanya.

    Pegawai syarikat Wahana Gili Ocean yang mengendalikan feri itu dikenali sebagai Ismail berkata: “Kawasan penumpang berselerak dengan tempat duduk terbalik serta serpihan kaca merata-rata.”

    - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56231?m=1#sthash.qanTHVWW.dpuf

    BalasPadam
  5. Rupanya abg Mus x ikut... ingatkan pi honeymoon kat Bali.... makchaq tak pernah lagi pi bercuti sendiri...ada anak kecik lagi...

    Makchaq pun sama macam kakcik... klu pi jalan, jarang beli apa2 kecuali yg orang kirim..beberapa kali pi langkawi beli sudu 2 ikat ngan senduk nasik sebatang ja untuk diri sendiri...

    Makan indon kena jugak ngan selera makchaq, tapi sambal dia pedas sikit la..

    BalasPadam
  6. alahai brstnya..
    cntik nya view di pantai dan sunset tu
    kepedasan ye kakchik

    ooo.. hrp lps ni dpt la ketemu kakchik di tesco ampang.hihi.sy kekadang ada juga ke sana.

    BalasPadam
  7. Uniknya segala kata-kata. Pemandangan di atas puncak berhampiran pantai pun sangat menarik. Banyak juga tempat yang Kakcik pergi sampai sakit-sakit kaki ya!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com