Kawan-kawan kakcik

Khamis, 28 Mei 2015

Sebuah basikal di simpang jalan...

Kenapa dia dirantai di situ?
Mungkin kerana 'sayang'
Tapi andai ia boleh berkata-kata,
pasti terdengar keluhannya :
'sayang yang bagaimanakah ini?
dirantai dan dikunci.  Dibiarkan
panas dalam sinar matahari.
Diabaikan dalam kedinginan hujan.'


Pemiliknya pasti ada alasan tersendiri,
yang hanya dia yang mengerti. Kalau
ditanya kepada 'juri', pelbagai ulasan
boleh didengari tapi masalah enggan
mereka selami...
Ini pula satu pemandangan yang biasa di
negaraku yang tercinta.  Bangga mendapat
tempat, hingga segala benda hendak diletak
sama. Pedulikan kepada mereka yang lebih
memerlukan. Bukan mereka sahaja yang
ada masalah.  Ada orang yang lebih berat
masalah mereka. Pandai-pandailah selesaikan
sendiri.  Jangan cemburu dengan keselesaan kami!

17 ulasan:

  1. Mesti ada sebab tuan dia letak tampat panas tu. Mungkin tempat lain tak ada port untuk rantai macam tu agaknya. Kasihan tak dberikan kerusi untuk duduk.

    BalasPadam
  2. penyelesaian masaalah ...
    ikut hati mati
    ikut orang perang
    ikutlah undang undang kalau tak mau ringgit melayang.

    BalasPadam
  3. menyampah kadang2 naik LRT, nampak geng2 ni bawak barang banyak & letak atas kerusi.. pastu buat muka tak reti pula. eh entahlah orang zaman skrg ni. huhu

    BalasPadam
  4. Senario biasa di negaraku tercinta kakcik:)

    BalasPadam
  5. pemandangan bwh tu biase sgt dah tu..

    BalasPadam
  6. assalamualaikum,
    plastik tu lebih berharga dari orang ;)

    BalasPadam
  7. Baktinya diperlukan..kebajikannya diabaikan..sedih..hihi..

    BalasPadam
  8. assalamualaikum kakcik...basikal ditinggal oleh tuannya...mesti ada destinasi yg x boleh menggunakan basikal tu kak...:)

    BalasPadam
  9. mungkin pekerja majlis bandaran punya basikal kot kakcik?

    BalasPadam
  10. tu sayang punya pasal..
    sayang basikal dirantai.. sayang barang di......???

    BalasPadam
  11. rantai basikal tepi tiang kt area opis ni pn ada..mat salleh..pelik jugak..tkde ke yg curi

    BalasPadam
  12. Ramai yg pentingkan diri sendiri. Mereka lebih rela tengok barang mereka duduk atas bangku dari membiarkan orang lain duduk atas bangku itu. Mungkin barang mereka bernyawa kot...

    BalasPadam
  13. kak kalau kat area Rawang ni, yang selalu ikat basikal macam ni warga asing kakcik, depa tinggalkan kat tiang pastu naik bas pi KL haha :)

    BalasPadam
  14. Kasihan alahai nasib si basikal. Nasib baiklah tak pandai berfikir dan merintih!

    Scenario macam tu memang selalu terjumpa, Kakcik. Kadang-kadang tu dah nampak kita berdiri di sebelah dengan anak kecil pun, tetap juga nak dahulukan barang mereka juga! Seingat saya kerusi untuk meletak punggung manusia yang dah kepenatan berdiri, tak tahulah juga barang-barang pun tau penat sampai penuh kerusi!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.