Kawan-kawan kakcik

Rabu, 20 Mei 2015

Delhi - tentang makanan HALAL...

Sebenarnya sepanjang lawatan kami ke Delhi, segala jadual perjalanan - termasuk waktu dan tempat makan telah pun diatur oleh mereka yang menyambut kedatangan kami.  Setiap kali, kami dijanjikan bahawa makanan yang dihidangkan adalah HALAL FOR MUSLIM.  Setelah menghadapinya dan memikirkannya, aku rasa apa yang dimaksudkan HALAL itu adalah bersamaan dengan restoran-restoran di Malaysia yang ada tanda PORK FREE (jangan pula ada yang buat lawak kata dapat hidangan khinzir percuma, ya).  Ada yang tanpa segan silu (mungkin bagi mereka, yang haram untuk orang Islam hanya khinzir sahaja) menawarkan beer or wine kepada kami.  Alaaa... macam dalam penerbangan MAS juga lah.  Selepas menghidangan teh atau kopi, pramugari menatang dulang dan menyebut kepada semua penumpang 'wine, anybody please'...

Nampak tak apa yang bergelimpangan
di belakang En Suami itu? Hadoiiiii...
Sewaktu di restoran ini, aku memesan
Chicken Biryani dan En Suami memesan
Mutton Biryani.  Selepas menelan sesuap
dua, aku tiba-tiba terfikir 'eh...ayam ni
disembelih ke tak?' dan selera terus
terbantut.  Yang lebih peka di antara kami
hanya memilih menu biryani with fish curry.
Di dalam rombongan kami terdapat tiga
orang Non Muslim.  Jadinya, arak
dihidangkan 'berlaga gelas'...
Kepada yang lebih peka, mereka membawa kami ke restoran Vegetarian sahaja. Ianya mungkin lebih 'selamat'...

Naan

Biryani with vegetables

Rice with vegetables

Vegetable sandwich

Amrik Sukhdev ini adalah
restoran untuk 'pemakan sayur'


Menu di Bukhara New Delhi

Sedap tau...

Alhamdulillah.  Walaupun En Suami
teruja meminum teh masala berkali-kali,
perutnya tidak meragam.

Teh O yang terasa rempahnya.

Siapa lebih kacak? Hehehe...
Sewaktu balik dari Taj Mahal ke Delhi (selepas TERsesat kerana TERsalah masuk jalan.  Pemandu India mendengar arahan dari Mr Waze yang digunakan oleh penumpang Malaysia - eh! bukan aku atau En Suami, ya.  Walaupun pemandu itu berkata 'I never believe in GPS', namun dia terpaksa akur bila didesak oleh penumpang Malaysia itu), kami singgah di McD.  Kononnya untuk 'selamat', masing-masing memesan McEgg dan McVege sahaja.  Walaupun cuak, perut yang lapar perlu diisi.

Esok paginya, salah seorang anggota rombongan memberitahu En Suami, 'aku tak jadi makan burger McD semalam.  Masa aku duduk kat luar untuk merokok, aku nampak banyak khinzir gemuk kat belakang restoran itu'...  Allah Ya Allah.  Nak termuntah pun dah takde apa nak dimuntahkan!



15 ulasan:

  1. Huhu bahayanya.....ngeri plak kak....adui....
    Fuhhh sshnye berjln ke negera bkn islamnya tp boleh take note utk cr restoren vege ...dan cook without use wine/alcohol ....

    BalasPadam
  2. Mc D masih ok sbb babi x de dlm menu mrk

    Di UK ramai tertipu. Mkn vegi konon. Walhal msk sama dgn kuali / pemanas khnzr

    BalasPadam
  3. ada teh masala...slalu dgr chicken masala or lamb shank masala hehe

    BalasPadam
  4. antara masalah yang perlu difikirkan , apabila kita nak berjalan di negara yang ramai orang bukan islam

    BalasPadam
  5. assalamualaikum
    singgah pagi.. sory hr nie bz skit baru masuk keja
    hehe

    BalasPadam
  6. Sedapnya nmpak makanan tu...
    Mmg mcabar kan klu kenegara luar ni...
    InshaAllah moga kita dlindungi dr mkanan tak halalni..

    BalasPadam
  7. huhuhuhu..... ssh jgk nk dpt makanan halal kt situ yek kak...
    yg psl mcd tuh... alahai nape lah dia tak bgtau kt kakcik n suami awal2 kui3

    BalasPadam
  8. Itulah yg kena diambil berat bila kita mahu melancung ke negara bukan Islam. Apa lagi bila ada rasa syak, dzan dan waham pada makanannya maka adalah haram jadinya kakcik..

    BalasPadam
  9. itulah masalahnya kalau pi negara orang..makanan dan kebersihan tak terjamin....

    BalasPadam
  10. Adoila,,,memang kene berhati-hati kalau nak ke negara orang ni kakcik..lepasni bole tapau megi & serunding banyak2 masuk dalam beg!hihihi


    Nak free vitamin tak?
    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/free-vitalea-untuk-ahli-baru-shaklee.html

    BalasPadam
  11. mainan dorang je cik bab2 ni kan..kita nampak sekor pun dah geli geleman..kalau bergelimpangan..haih...

    BalasPadam
  12. dah terlanjur makan, nak buat macam mana kak cik.. huhu
    redaaaah ajelah..
    dia pun awat baru habaq, saja ja kan.. huhu

    BalasPadam
  13. Even kat sini pun kami sgt berhati hati bila makan kat luar...
    Tu yg sanggup masak maggi dari makan kat luar bila keluar jalan2..
    Memang ada kawan pernahh kena, masa nak order kata halal... tapi bila tgk kat menu ada bercampur dgnn pork... Tak semua yg faham istilah halal tu...
    Kena hati2 sangat sebab makanan ni jadi darah daging....

    BalasPadam
  14. Memang hilang seleralah macam ni. Kalau saya lagilah susah Kakcik. Dahlah bukan 'pensayur' orangnya, memang kurus melidilah lepas balik melancong. Hahaha!

    BalasPadam
  15. masa d india, most of the meat , disembelih, itu yg saya dapat infor dari malaysia yg duuduk sana

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.