Kawan-kawan kakcik

Khamis, 21 Mei 2015

Delhi - inilah kenderaan yang membawa kami...

Coaster ini digunakan pada hari pertama
dan ketiga.  Bolehlah diibaratkan bagai
pesawat Air Asia.  Ruang kaki agak
sempit hinggakan aku mengalami sakit
lutut dan pinggang apatah lagi duduk
untuk tempoh yang agak lama ke
sesuatu destinasi.

Bas ini membawa kami pada hari kedua...

...siap ada tempat untuk mengecas telefon
bimbit di dindingnya.  Basnya juga lebih
selesa ibarat pesawat Malaysia Airlines.

Di kedua-dua bas ada pembantu
yang bertugas.  Tugasnya memberi
kami minuman sama ada air mineral
atau jus buah-buahan dalam kotak
atau coke dalam tin.  Beliau tidak
memberi dengan cara menghulurkan
botol atau tin, sebaliknya menggunakan
dulang seperti dalam pesawat.

Wefie pulak...

Sungai Yamuna.  Sewaktu kami di sana,
ianya adalah musim panas hingga sungai
ini hampir kering dan ada sungai yang
benar-benar kering-kontang...

...lihatlah airnya yang hampir sejat.

Namun kuasa Allah SWT, siapa
yang boleh menghalang...

...pada hari kedua kami di sana,
hujan turun dengan lebat.  Begitu
juga pada hari ketiga...

...sehingga menimbulkan kehairanan
kepada warga di sana.  Mereka yang
menyambut kami mengatakan 'ini
tidak pernah terjadi.  Rahmat Tuhan
datang bersama ketibaan kamu'.
Syukur Alhamdulillah.



11 ulasan:

  1. Semua ditaja bernas? Untung badan... idop beras national! :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. waktu komen ini ditaip pun sedang hujan galak kat luar rumah ni. Patutlah panas semacam pagi tadi.

    BalasPadam
  3. Btw, bagus juga cara perkhidmatan bas mereka. Taklah kaget kalau tiba2 telefon bateri kong.. =D

    BalasPadam
  4. alhamduillah kakcik, hujan rahmat tu nama nya kan

    BalasPadam
  5. sebab kakcik datang kot..tu yang hujan tu..ehhehe

    BalasPadam
  6. Kakcik
    Suwitt nyer kapel yg ada dlm gambar tu...
    :-)
    Semuga bahagia hingga ke Jannah.

    BalasPadam
  7. suka tengok kak cik dengan suami berwefie hihi, hujan juga ye kak cik walaupun sedang kemarau.

    BalasPadam
  8. Seronoknya KakCik jalan-jalan kenal tempat orang.

    BalasPadam
  9. Saya boleh bayangkan gembiranya penduduk di sana bila hujan turun. Daripada mandi air yang berlopak tu, mereka dah boleh mandi dan minum air bersih. Kalau sempat, kenalah mereka cepat2 tadah air tu untuk bekalan.

    BalasPadam
  10. Dahsyatkan penangan sampai sungai pun kering kontang. Kalau kita kat sini, baru air empangan tu susut sikit, dah banyaklah komplennya. Bertan-tan kalau boleh nak tadah air sendiri takut tak dapat mandi 3kali sehari :)

    Kira selesa jugalah pengangkutan walaupun sempit ruang kaki. Janji hati senang dapat jalan-jalan merata tempat di negara orang. Sakit kaki dah balik bilik hotel baru fikir macamana nak buat yerk tak Kakcik!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.