Kawan-kawan kakcik

Selasa, 10 Mac 2015

Rupa-rupanya drama Cinta Ibadah bukan setakat 130 episod...

...hmmmm... 

bila makin bertambah episodnya, maka makin bertambah bercelaru dan merapulah jalan ceritanya!

Anak kecil diberi watak mengalahkan orang dewasa, boleh berfikir dan mengeluarkan kata-kata tidak seperti yang sewajarnya.

Mesti ada yang kata, 'dah tahu merapu, kenapa hendak tengok juga?'

Sebenarnya aku taklah tengok beriya-iya, cuma nampak iklannya dan bila alat kawalan jauh di tangan, sesekali bila 'melintas pada waktu siarannya', nampaklah juga...

Dulu aku tulis di SINI, kali ini aku bagi iklan percuma lagi!

19 ulasan:

  1. saya layan juga kakcik.. sekadar peneman tika melipat kain

    BalasPadam
  2. best ke ceritanya kakcik? Saya tengok iklannya je heehhe

    BalasPadam
  3. tak pernah tengok pun cerita ni kakchik

    BalasPadam
  4. biasa lah tu kakcik..
    mereka dah meniru stail sinetron indon..

    jalan cerita meleret leret..merapu

    BalasPadam
  5. cara nak elakkannya, episod pertama terus tutup tv kat rumah. hahaha, berjaya.
    skang 1 family tak layan citer yang merapu mcam ni sebab dah tertinggal episod pertama dia.
    huhu...lama lak tu nak tunggu citer lain kuar.
    tapi best, leh wat xtvt lain bersama keluarga.
    #blogspot:rawatankanser2013

    BalasPadam
  6. bila dah banyak sangat episodenya..buat kita makin malas nak tengok..

    BalasPadam
  7. tgk tajuk mcm best rupenyer... ingat mcm cite cinta Illahi kt tv3 tu tiap jumaat, best jgk lah ada lah jgk pengajaran...

    yg nih makin lama makin merapu, ingat dh abis ada lg rupenyer

    BalasPadam
  8. ha.. ha.. kak cik sayapun tengok juga... sebab nak tengok kesudahannyer.. lastnyer tak sudah2.. memang dah merapu2 .. rasanya skripni bukan Malaysia punya cam jalan cerita orang seberangjer..

    BalasPadam
  9. Salam, Kakcik.. saya tak pernah buka cerita ni.. tapi pernah tengok di rumah orang (yang buka cerita ni masa sy datang). Memang langsung tak jelas jalan cerita tu.. kadang ada cerita yg bila tengok sekali kita tertarik.. tapi sy tak brp bleh layan pulak.

    BalasPadam
  10. Okje lama dah tak tgk KC ....mmg tak tahu hujung pangkal langsung. Bila dah lama tak layan, nak tengok pun dah malas

    BalasPadam
  11. Cinta ibadah ni ala2 tenovela kakcik..memang episod nya panjang2 dan ada pertambahan watak setiap masa..itu yang saya dengar masa tengopk Hlive dulu..eheheh

    BalasPadam
  12. Lebih suka tonton berita, dokumentari atau diskusi/forum.

    BalasPadam
  13. 130 episod tu pun dah rasa macam banyak sangat. Kalau lebih lagi, argghhh...tak laratlah nak tekun menonton. Awat cerita ni panjang sangat? Kalah sinetron dari seberang. Ingat dulu masa bersalinkan si Abang, tengok sinetron dari Seberang masa dalam pantang dari episod 1 sampai habis pantang pun sinetron tak habis-habis lagi. Berbulan lepas tu juga barulah sampai episod terakhir. Letih sungguh. Lepas tu give up tak mahu tengok lagi dah!

    BalasPadam
  14. Saya layan cerita ni masa cuti sekolah.

    Tapi bila dah masuk kerja balik, kena tunggu hari Sabtu untuk maraton, itupun kalau takde program hujung minggu.

    Saya pun nyampah dengan jalan ceritanya, tapi masih juga tengok, sebab dah mula dari awal. Huhuhu...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com