Kawan-kawan kakcik

Ahad, 8 Mac 2015

#MH370 - setahun kehilanganmu...

mungkin ketika ini
langit dan bumi sedang ketawa
melihat betapa lemahnya manusia
yang cakapnya seolah-olah tahu semua
namun tidak terungkap satu rahsia
yang tahu hanya Dia Yang Maha Berkuasa

entah apakah yang sebenarnya terjadi
kami hanya mampu terpinga-pinga menanti
entah bagaimana nasib kesemua mangsa
mudah-mudahan berbahagia di samping Maha Pencipta

kesedihan tidak begitu mudah terhakis
harapan tidak begitu mudah untuk sirna
bersama harapan dalam kesedihan
masih meninjau-ninjau agar ada petunjuk dari Tuhan


di hari ini
kesedihan dan harapan bersatu kembali
namun bagai tidak akan ada jawapan pasti
maka tangisan bergema lagi

Allahhu Rabbi
hanya padaMu harapan kami
berilah petunjuk walau pahit untuk ditelan
asal sahaja penantian ini tidak berlanjutan...

13 ulasan:

  1. Salam kak cik..hanya doa buat mereka yg mampu kita kirimkn.... :(

    BalasPadam
  2. innalillahi wainna ilaihi rojiun.. al-fatihah untuk semua mangsa

    zinziemeewah

    BalasPadam
  3. :-(( semoga mereka aman disana..al fatihah..

    BalasPadam
  4. Terlalu banyak teori tentang kehilangannya: ditembak, disembunyi, malah ada yang kaitkan dengan UFO. Jika mereka masih hidup semoga Allah mengembalikan mereka kepada keluarga tercinta. Jika mereka telah pergi, semoga mereka aman di sana...

    BalasPadam
  5. apalah yg berlaku sebenarnya. tanda tanya yang tiada jawapannya. semuga Allah membongkar rahsianya suatu hari nanti..

    BalasPadam
  6. Biarlah masa menjawap semuanya....

    BalasPadam
  7. misteri yang tidak terungkap. Hanya Dia yang mengetahuinya...

    BalasPadam
  8. sedih mengenangkan...salah seorg mangsa MH370 tu saudara Z kakcik...co pilot tu....Moga Allah permudahkan segala-galanya...ada hikmah yg tersembunyi.

    BalasPadam
  9. saya nak sangat tahu apa sebenarnya yang berlaku di sebalik kehilangannya..
    Moga famili mereka tabah teruskan hidup ni

    BalasPadam
  10. Saya sangat sangat teringin nak tahu, apa jadi pada MH370 ni

    BalasPadam
  11. tak sabar nk tau apa terjadi, moga suatu hari nnti akan terbongkar juga segala misteri... sesungguhnya cuma Dia yang Maha mengetahui

    BalasPadam
  12. Hanya doa yg boleh kita titipkan agar yg hilang akan dijumpai, yg pergi akan kembali walau hanya sekadar tanda..... Disebaliknya seribu rahsia yg hanya Dia saja mengetahui

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com