Kawan-kawan kakcik

Isnin, 23 Februari 2015

Percutian ke Beijing, tanpa rancangan awal ia menjadi satu kenyataan...

...Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk aku menjejaki negara orang.  Terima kasih kepada Suami yang memberikan keizinan.  Januari ke Ho Chi Minh City, Vietnam dan Februari ke Beijing, China.

Ianya bermula dengan ajakan seorang kawan di facebook. Ajakan itu aku sampaikan kepada suami. Tanpa banyak soal jawab, dia kata 'pergilah, saya tak boleh nak pergi sama sebab banyak kerja'. Dalam tempoh lebihkurang 10 hari sebelum pergi (antara percaya dengan tidak), persiapan dibuat. Membeli pakaian untuk musim dingin di kedai pakaian terpakai (akhirnya tidak dibawa, sebaliknya bawa sehelai winter coat yang dipinjamkan oleh blogger Anyss Je dan windbreaker milik suami juga sehelai lagi milik adik).  Beli juga sepasang kasut sukan yang ringan, beberapa pasang stokin dan menukar beberapa ratus Ringgit Malaysia ke Chinese Renminbi.

Kapalterbang dijadualkan berlepas pada jam 7.10 malam dari KLIA2.  Jam 3 petang aku dah sampai ke lapangan terbang (Suami memang tak suka berlambat-lambat walaupun pertemuan dengan wakil Syarikat Pelancongan dijadualkan pada jam 4 petang).

Dipendekkan kisah, di dalam kapalterbang Air Asia X yang penuh dengan ratusan orang penumpang itu, hanya kumpulan kami seramai 5 orang sahaja merupakan penumpang Melayu. Anak kapal pun hanya dua orang sahaja Melayu.  Tawakkal sahajalah.  Allah ada bersama kami.

Kami berlima.  Dah kenapa macam
itu pula gayaku?

Berpusu-pusu memasuki perut pesawat.

Sila duduk di tempat mengikut nombor yang
tertera pada tiket masing-masing, ya...

Penerbangan selama lebihkurang enam jam.  Pihak syarikat pelancongan telah menempahkan set nasi lemak Pak Nasser buat kami...


Tiba di Lapangan Terbang Beijing (Beijing Capital International Airport) lebihkurang jam 1.00 dinihari.  Kami mencari pemandu pelancong yang sepatutnya memegang kertas bertulis KEMBARA SUFI (Syarikat Pelancongan yang kami pergi melaluinya).  Tiada satu pun kertas tertera nama tersebut.  Sebalik ada seorang wanita China memegang kertas bertulis MUSLIM TOUR - Cuti-Cuti Beijing.  Setelah hampir ke pintu, kami meminta dua orang gadis yang ada bersama kami (kedua-dua gadis ini pergi bersama ibu masing-masing, hanya aku yang bersendirian) pergi semula ke arah wanita China tadi.  Syukurlah jangkaan kami tepat.

Kami terus dibawa ke van yang sedia menunggu untuk terus ke hotel penginapan...

Jam 1.00 pagi di Beijing
Dikenali juga sebagai Beijing Taishun
Business Hotel

Leganya bila sudah masuk ke bilik...
Jom kita rehatkan diri dulu.

...bersambung...

20 ulasan:

  1. Memang dah tiba masa kakcik utk makan angin selalu
    Dulu kerja tak ada peluang terbuka luas macam ini

    Kakak tumpang seronok.

    BalasPadam
  2. Seronoknya kakcik.....
    Bulan march kemana pula?
    :-)

    BalasPadam
  3. Orang tua- tua kata, jauh dan banyak perjalanan maka banyak pengelaman dalam hidup.

    BalasPadam
  4. kak chik dah masuk cerita kita baru part 1 bakal menyusul part 2 entah bila kak chik

    BalasPadam
  5. Bersara masa yang paling sesuai untuk bercuti dan berehat2. Dulu kita sibuk kerja sibuk dengan anak2.

    BalasPadam
  6. Seronokmya!
    Saya pun nak bersara jugak la kalau mcm ni...

    BalasPadam
  7. seronok tengok orang pencen yg boleh ke sana sini...

    BalasPadam
  8. Isteri saya juga suka melancong. Bulan lepas ke Jakarta dan Bandung, tahun lepas ke Medan dan Bangkok, sebelum itu ke Bali dan Ho Chi Minh City. Bulan Mei ini dia nak ke Padang (Sumatra Tengah) pula, Disember ke Beijing.... Saya pula dah tua-tua macam ni malas pula nak jalan-jalan ke luar negara, mungkin kerana masa muda-muda dulu dah banyak berjalan atas urusan rasmi...

    BalasPadam
  9. tak sabar nak tunggu next episode.. ;)

    BalasPadam
  10. Menanti sambungan kisah Beijing dari Kak Cik.

    BalasPadam
  11. tak sabar nak tahu kisah kakcik ke Beijing

    BalasPadam
  12. Best nya kakcik..
    Puas la berjalan jalan lepas ni lagi kan...
    Ke mana pulak March nanti?

    Kakcik ada nak coretkan pasal tandas kat China tak? hahaha

    BalasPadam
  13. Bila dah melalui pejalanan yang jauh, nampak katil terus rasa lega :)

    BalasPadam
  14. seronok nya..tak sabar nak tengok gambar nih..hhahha

    BalasPadam
  15. tak dirancang tp menjadi, oklah tu

    BalasPadam
  16. Best betul dapat suami yg sporting cenggitukan KC....Best jugak apa kalau pergi in hurry gitu, tak delah plan nak bawak macam macam...Sesekali pergi dengan geng pompuan best jugak tu

    BalasPadam
  17. Last minutelah ni kiranya, Kakcik ya! Alhamdulillah, dapat juga izin ke Beijing. Makanya, nak tanya... bulan March ni nak pergi mana pulak? Dah rancang ke atau main adhoc lagi sekali?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com