Kawan-kawan kakcik

Selasa, 6 Januari 2015

Mimpi sampai ke Jepun...

...hahaha... gara-gara kononnya nak lelapkan mata seketika, sudahnya mimpi entah apa-apa.  

Sebelum tu baca blog JR  tentang filem 7500.  Dah baca, bukalah youtubenya...tengok filem tu sambil 'lajukan'...Malas nak tunggu lama-lama sebab sakit leher tengok kat komputer meja ni...tak boleh nak baring!



Lepas tu, konon hendak 'betulkan leher', itu yang baring sekejap. Tahu-tahu terus lelap.  Dalam terlelap itulah bermimpi kononnya pergi ke Jepun bersama suami dan adik perempuan.  Sampai kat hotel, sesat (seorang diri) tak tahu nak cari bilik.  Masuk dalam lif, tekan butang, alih-alih lif tu bawa 'memecut' entah ke mana.  Macam duduk dalam bekas kaca dan dapat melihat macam-macam peristiwa di hadapan mata.  Antaranya kejadian kemalangan dan entah apa lagi. Mengarut betul!

Lain kali, kalau sudah berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, jangan bertangguh.  Akhirnya apa yang dirancang tidak menjadi...

13 ulasan:

  1. Tidur siang pun boleh bermimpi? Saya tak pernah bermimpi waktu siang kerana saya tersangatlah jarang tidur siang. Tapi kalau tidur malam kerap juga bermimpi, cuma banyak mimpi yang jalan ceritanya sangat mengarut, bayangkan pernah bermimpi kucing pun boleh bercakap...

    Terima kasih KakCik kerana mengiklankan blog saya, hehehe..

    BalasPadam
  2. Dalam mimpi tu kakcik boleh cakap jepun tak? hahaha

    BalasPadam
  3. Kekadang mimpi tu menyeronokkan.. ;)

    kakcik.. tadi saya cuma makan kerabu pegaga dan kambing tanpa nasi.. ;)

    BalasPadam
  4. Kelebihan bermimpi, boleh sampai di sesuatu tempat tanpa perlu menghadirkan jasad :)

    BalasPadam
  5. takpe kakcik....seronok jugak sesekali mimpi yg mngarut ni....

    BalasPadam
  6. :-)) merasa juga kakcik p jepun..x payah bayar tambang kapal terbang mahal2..

    BalasPadam
  7. ok juga mimpi tu berbanding mimpi ibu_suri yang tak boleh lah saya cerita kat sini.

    bila dia tanya kenapa dia boleh mimpi macam tu dan adakah saya sebagai suami dia berasa marah... saya cuma kata:

    'tu la tidur siang hari... tak basuh kaki puak tu...'

    stop!

    BalasPadam
  8. Dapat gak mak sampai Jepun walau dalam mimpi je pun kan....jeles tauu...

    BalasPadam
  9. saya kalau penat sgt pun mudah sgt tertidur dan mimpi yang pelik2...
    Pernah jumpa penyelia sendiri dalam mimpi... hahaha, lepas tu cepat2 sambung buat keje...

    BalasPadam
  10. first time komen. hehhe

    sy kalau mimpi menagrut tgh malam esoknya mesti tak boleh nak fokus kerja sebab mengantuk teramat sgt. bila kita tidur dan mimpi mcm2 tidur jadi tak puas. sy setiap malam bermimpi sejak akhir2 ni. pergi kerja lesu je.

    BalasPadam
  11. Hahaha...mimpi mestilah nak mengarut sikit-sikit, kak. Kalau tidak, mesti terjaga. Dalam mimpi akak tak bercakap Jepun langsung eh? Ni mesti tak sempat mimpi belajar bahasa Jepun sebelum ke sana. Sayakan kak kalau mimpi yang mengarut punya gaya, mesti endingnya sama jerk - sibuk cari punca bunyi dalam gua! Aha... jam loceng berbunyilah tu :)

    BalasPadam
  12. Betul tu KC.....kadang kadang apa yg kita fikirkan mmg boleh terbawak dlm mimipi. Kalau mimpi yg happy happy, best jugakkan KC!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com