Kawan-kawan kakcik

Rabu, 14 Januari 2015

Kisah peluk memeluk...


Betullah tu.  Yang haram tetap haram...

Rasulullah SAW bersabda yang masudnya :

Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani)

Walaupun hadis itu nampak seperti memberi amaran kepada kaum lelaki sahaja, ia sebenarnya adalah ditujukan kepada wanita juga.

Tapikan...tapiiiiii...

Cuba buka siaran televisyen di rumah kita.  Cuba tonton drama-drama yang dilakonkan oleh orang-orang kita.

Cuba buka ruangan hiburan suratkhabar berbahasa Melayu.

Cuba layari internet dan tengok ruangan gossip atau sebagainya.

Nampak tak berapa ramai anak muda (malahan yang dah tahap senjakala pun) yang tidak segan silu berpelukan atau setidak-tidaknya berpegangan dengan yang bukan mahram.  Seolah-olah ianya bukanlah satu kesalahan.

Kalau ditanya kepada pelakon, jawapan mereka 'saya hanya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelakon.  Saya berlakon demi mencari rezeki yang HALAL'.   Aku tidak bermaksud untuk mengulas kata-kata itu dengan lebih lanjut kerana aku sendiri bukanlah orang yang berilmu.

Beberapa tahun lalu ada seorang wanita Muslim yang berstatus isteri dan ibu, dengan selambanya bersalaman dan berlaga pipi dengan seorang pelakon lelaki di atas pentas.  Namun mungkin kerana 'kedudukannya', tiada siapa yang berani hendak menegur. 'Orang-orang' dari Jabatan Agama pun mungkin TERPAKSA bersikap 'terlepas pandang' demi menjaga 'periuk nasi'.

Kenapa tiada yang melompat untuk mendapatkan keterangan dari beliau sebagaimana mereka melompat untuk memanggil anak-anak gadis dalam kes baru-baru ini?  Begitu juga, kenapa tiada pihak yang melompat untuk memanggil para pelakon yang terang-terang berpeluk-pelukkan tak kira suami/isteri orang, lelaki/wanita hingga ada yang sampai ke adegan di bilik tidur?

Bila kita meletakkan gambar suami isteri di laman sosial, ada yang menyindir kononnya 'tak payahlah nak tunjuk sangat kebahagiaan itu.  Nanti kalau ada orang lain terpikat dengan suami awak yang baik itu macamana?'

Tapi bila ada pasangan yang belum ada ikatan memuatnaik gambar mereka dengan aksi manja, boleh pulak kita kata 'alahai...comelnya, sweetnya...'

Hmmmm....jangan salahkan sipelaku semata-mata bilamana masyarakat sekeliling pun lebih suka melihat yang mungkar dari yang baik.  Iyalah, kalau yang mungkar tu, senang sikit nak buat bahan cerita dan senang nak tarik perhatian pembaca.

Yang kita lupa - kita turut sama menyemai benih dosa!

Jom peluk saya.  Masa saya masih kecil, siapapun
boleh peluk.  Bila saya dah besar, dah akil baligh,
jangan sebarangan peluk pulak...


30 ulasan:

  1. dah menjadi perkara biasa peluk memeluk di kalangan orang kita kan bonda..Harap mereka sedar kesilapan mereka.Kita nak peluk budak comel yang kat dlam gambar ni jelah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamu'alaikum Ferd. Apa khabar? Dah sihat ke?

      Bonda doakan segala yang baik buat Ferd dan keluarga. Aamiin...

      Padam
  2. Mula2 tengok kat youtube terkejut dan sedih sgt..mcm2 dlm fikiran..kenapalah mereka tak menolak bila dicium dan dipeluk..kesannya mereka dikutuk...menjadi bahan...semoga ini menjadi pengajaran buat mereka..byk sgt anasir luar yg boleh merosakkan akidah anak2..nauzubillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat tanpa mengambil sebarang perlindungan, mungkin sahaja membuatkan kita turut sakit...

      Padam
  3. Peluk baby...
    Aduhai.... Paling indah.
    Wanginya... Lembutnya......
    Kakcik... Pinjam cucu.... Nak peluk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok peluk bayi, rasa macam wangi je... :)

      Padam
  4. adaaaaa saja yg dia orang nak menarik perhatian masyarakat, dulu anjing ni skrg peluk K-pop pulak, subhanallah didikan agama yang semakin kurang dah skrg ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan tiada didikan agama, tapi godaan tentang perkara lain adalah lebih kuat mengatasi didikan itu...

      Padam
  5. Kak.. setuju sesangat.. ada yg upload dalm FB pakai tudung.. tp tang buah mangga ngan buah epal terang2 nmpk.. yg lelaki komen ckp 'cun' tuh xper la.. dah rezeki dia.. yg perem nih pun sama naik.. komen 'cantik la.. cun la.. kurusnya akak..' aduhai.. segan sy kak.. nak tegur rasa tak kena.. karang kita lak kena maki.. hhhmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu satu hal lagi... seolah2, menutup aurat itu cukuo sekadar pakai tudung...

      Padam
  6. hmmm...sebab tu saya tak tgk drama melayu..malu sendiri kat anak-anak T__T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak kalau tengok dengan anak2, terpaksa kawal alat kawalan jauh tu....tukat siaran cepat2 sekiranya perlu...

      Padam
  7. Komen kakak pada semua yg buat isu ini sama aje kakcik.
    Negara kita ni kalau 'org besar' atau org 'ada nama' silap besar jadi kecik
    Rakyat marhaen pula jika buat silap sendiri kena tahulah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmmmm... kerana itulah masalah tak pernah selesai.

      Hukum agama pun dibuat 'terpilih-pilih'...

      Padam
  8. Tu la kak cik. Semalam pun ada diskas kat Fb, kalo yg berlakon dlm drama tu mufti ke ustaz2 tak cakap apa plak. Padahal yg berlakon tu lagi terus sebab dah plan nak buat mcm tu. Bukan la nak membela anak2 remaja tu, tapi mereka pun akal belum cukup sempurna lagipun mereka sendiri tak sangka benda tu berlaku wp masing2 nampak hepi terlompat2 bila kena peluk dgn artis pujaan mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila kita bercakap lebih sikit tentang hukum-hakam, nanti kita digelar 'pelampau, atau 'kalau tak tahu jangan bercakap'. Tapi bila orang yang tahu pun buat-buat buta, pekak dan bisu - macamana pula... :(

      Padam
  9. KC.... romantik nampak header atas tu haha......
    Setuju ngan KC.....dlm drama rasanya berlambak jugak adegan bersentuhan ni tp mcm tak jadi issu pulak ek....Apa pun yg salah tetap salah....tetap haram....moga aka ada improvement selepas ni ...

    Sapa lak yg berlaga pipi tu KC? Nak tau jugak hihi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu...

      apa2pun, kita doakan beliau akan berubah juga dan menjadi muslimah yang betul2 boleh dijadikan idola...

      Padam
  10. para pemimpin negara dan isteri masing-masing patut menunjukkan tauldan yang baik kepada orang awam. ni dorg pun sama-sama jugak bebas berpegang tangan dan berpeluk dengan orang lain atas nama diplomasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manusia lebih hormatkan status dan pangkat berbanding takut kepada dosa...

      Padam
  11. assalamualaikum kakcik...mmg haram kalau bersentuhan kalau bukan muhrimkan...drama skg ni dah byk sgt buat benda yg mcm tu...x ada segan silunya...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam...

      bukan kita tak tahu hulum tapi kita ketepikan atas alasan2 yang sengaja dicipta...

      Padam
  12. Orang 'urban'lah kononnya, Kakcik. Kalau ditegurnya, katanya bukan buat maksiat pun setakat pegang tangan je. Yalah, definisi maksiat mereka berbeza. Entah belajar kat mana pun tak tahulah. Saya tengok juga youtube pasal peminat dengan artis Korea tu. HD tanya apasal yang naik semua perempuan Melayu bertudung? Melayu memang minat benda-benda hiburan macam ni berbanding India dengan Cina ke? Arghhhh....malaslah nak berdebat dengan HD nih!

    Saya rasa budak-budak tu pun kalau ya pun teruja dapat berjumpa artis kesayangan, tak patut 'redha' aje dipeluk begitu. Kalau saya dah tentu malu walaupun dipeluk penuh paksaan. Dah tentu balik rumah je kena 'belasah' dengan bapak walaupun dah besar panjang!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saban hari mereka terdedah dengan perlakuan yang tidak sepatutnya sehingga mereka merasakan apa yang dilakukan itu tidak salah.

      Kalau zaman muda kakcik dulu (walaupun pegangan agama tidaklah kuat), bergambar dengan lelaki pun takut sangat. Takut kena tibai dengan makbapak!

      Padam
  13. kak saya pon seram zaman skrh ni....risau anak2 akan dtg..moga dijauhakn dan ditetapkan iman anak2 zaman cyber ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di rumah mereka kita beri ingatan dan panduan, tapi kadangkala godaan di luar lebih kuat hingga mereka hilang imbangan... Na'uzubillah...

      Padam
  14. sedih kan kakcik bila hal agama diambil mudah...haram tetap haram..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.