Kawan-kawan kakcik

Khamis, 4 Disember 2014

Bayar mahal untuk artis, tiada bayaran untuk ustaz/ustazah...

...sebenarnya ini bukanlah isu baru.  Dari dulu lagi, bila ia berkaitan dengan ilmu agama (tambahan kerana penceramah hanya ada 'gelaran ustaz/ustazah sahaja), ia MESTI percuma atau bayarannya 'seciput sahaja"...

Telah ditanam di minda :

* ilmu akhirat tidak boleh dijual beli
* penceramah kena ikhlas dan redho kerana akan diberi ganjaran pahala di sana nanti

Kita lupa dan sengaja buat-buat lupa :

* penceramah juga manusia yang ada keperluannya - perlu makan minum, perlu sara keluarga, perlu bayar setidak-tidaknya perkara asas dalam kehidupan seorang manusia biasa.  

* walaupun mereka kononnya bercakap bermodalkan airliur, tapi adakah ilmu mereka itu datang secara percuma di dalam mimpi mereka?

Tetapi kenapa bila tiba bab artis (terutama kalau yang di datangkan dari luar negara), tidak pula kita berkira untuk mengeluarkan belanja?  Tiket harga beratus-ratus ringgit pun kita kata murah. Apa pulangan yang mereka bagi kepada kita?  

Ibubapa pun ada yang tidak kisah untuk menghulurkan wang kepada anak membeli tiket konsert artis pujaan.  Siap dengan rasa bangga lagi.  Tapi sangat berkira kalau hendak mengeluarkan seratus atau dua ratus ringgit bagi Kem Solat atau Kem Membentuk Sahsiah Diri untuk 3 hari 2 malam (contohnya) yang siap disediakan makan minum 6 kali sehari semalam?

Kenapa jadi begini?  

Kenapa kita selalu rasa rugi bila diminta membayar untuk bekalan kemudian hari?  Kenapa kita lebih rela membayar mahal untuk hiburan seketika (mungkin dengan alasan sekali sekala atau bukan senang nak jumpa).  Terkinja-kinja dalam pesta hiburan sehingga menjadi lupa dan mungkin membawa bala, kita tetap kata 'tak mengapa'.

Kepimpinan melalui teladan :

Bila pemimpin sendiri sanggup melaburkan jutaan ringgit untuk membawa masuk artis luar negara dan menyekat penceramah agama semata-mata atas satu dua aduan yang diterima, maka kepimpinan yang macam manakah yang harus kita jadikan teladan?

Sudah sikap kita, perkara yang tidak baik sangat seronok untuk kita ikuti walaupun ianya ditegah oleh agama.  Atau kita masih juga ingin berpegang kepada 'ah...pedulikan.  Pemimpin yang buat, kita ikut sahaja.  Dosa kita mereka yang tanggung'.  Boleh begitu?  Bukankah bila kita ditegur tentang dosa pahala, kita akan menjawab 'kubur masing-masing'?  Jadi bagaimana kita hendak mengharap orang lain menanggung dosa kita walaupun mereka itu pemimpin kita?

Sebagai orang Islam, pemimpin kita adalah Muhammad SAW yang kononnya sangat kita sayangi dan kononnya Baginda adalah idola kita.  Jadi kenapa kita tak ikhlaskan sahaja kononnya  itu menjadi kasih sejati?  Bila sudah jadi kasih sejati, maka hanya teladan yang telah ditunjukkan oleh Baginda akan menjadi ikutan kita.  Apa yang dibuat atau ditinggalkan oleh Baginda adalah atas perintah Allah SWT semata-mata.  Jadi marilah kita ikut kepimpinan Baginda bersama-sama.

Jangan hairan bila penceramah agama sekarang bukan lagi sekadar bergelar Ustaz/Ustazah.  Telah ada yang bergelar Dato', Datin, Professor dan sebagainya.  Ramai juga yang bergelar 'penceramah selebriti'.  Masing-masing berlumba-lumba menyelitkan elemen hiburan dalam ceramah mereka - menyanyi dan melawak.  Tidak mengapa sekiranya tidak sampai terbabas dari nawaitu asalnya - membawa manusia mendekati agama dan mengelek dunia tanpa lupa menjunjung akhirat sama...

Hidup memang perlukan hiburan.  Tapi hiburan itu biarlah tidak melanggar batas yang ditetapkan.  Tidak bercampur lelaki perempuan.  Tidak sampai meleka dan melalaikan...

Wallahuaklam...



16 ulasan:

  1. Ulasan kakcik dlm N3 ini sangat kakak suka
    Itulah realitinya. Tapi sekarang kira dah bertambah ok sikit kakcik sebab dah ramai juga yg kian 'celik' kalau penganjur bagi sikit pada ustaz/ustazah ramai lagi yg sukarela memberi sebagai sedekah (tempat kakak macam tu sekarang).

    BalasPadam
  2. setuju kakcik, mereka pun perlu dibayar untuk ilmu yang diberikan

    BalasPadam
  3. satu lagi kakcik, ibu bapa sgt berkira nak bayar guru mengaji al-quran tapi sgt xberkira bila antar anak pergi tuisyen...sgt byr mahal2 demi melihat cemerlang di dunia...tapi cemerlang diakhirat seolah2 jadi no 2......

    BalasPadam
  4. Mmg macma tu Kak Cik. mmg betul2 terjadi kat tempat saya ni. Bila minta peruntukan nak bayar penceramah, ciput je. Tapi kalo nak bayar utk artis masa dinner, bukan main ribu riban,

    BalasPadam
  5. Orang macam ni tak nampak lagi 'indahnya' dunia yang satu lagi. Yalah bila tak nampak apa pulangannya, kurang sikitlah keterujaan tu. Hantar anak belajar tinggi-tinggi ilmu dunia tapi ilmu akhirat dilupai walaupun kos belajar tu tak tinggi mana pun!

    BalasPadam
  6. Iyaa kakcik..kira tulah sara hidup mereka...tapi selalunya Allah murahkan rezeki mereka yang ikhlas ini..kekadang kat sini mereka dapat seciput tapi kat lain Allah berikan rezeki yang lumayan pulak

    BalasPadam
  7. Salam kakcik ...Terbaik dan dihargai ...kita dicipta oleh Allah utk beribadat kepadaNya (Al Quran, Adz-Dzaariyaat 51:56) ... utk beribadat kepadaNya, kita perlukan ilmu .... ilmuan agama membimbing kita .. hornati dan hargailah ilmu mereka ... letakkan ilmu mereka ini ditempat yang sewajarnya ... wallahua'lam.

    BalasPadam
  8. Mudah aja Kakcik...
    Macam Ustaz Pahrol Joi kata..kita TAHU, tapi kita tak SEDAR.
    Kita TAHU balasan akhirat itu lebih baik, kekal..tapi tak SEDAR utk m,engejarnya

    BalasPadam
  9. tingat ada sorg ustazzah ni cerita, dia penah dpt 'byrn' hanya sebatang bunga telur!

    BalasPadam
  10. dunia di akhir zaman... penghibur di agung2kan dan ulama di pinggirkan...

    BalasPadam
  11. Betullah kan KC...minda kita ni dah terdidik sedari dulu agaknya kalau bab yg mengajar agama, diberi imbuhan sikit sebaliknya kalau artis berlipat ganda bayarannya.
    Sedangkan yg mengajar agama tulah yg akan membawa kita ke jalan yg diredhoi.... moga ada perubahan nanti....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com