Penat sangat rasanya badan ini.
Semalam dapat khabar tentang satu-satunya bapa saudara yang aku masih ada telah kembali ke rahmatullah. Khabar diterima hampir jam 10.00 pagi sedangkan beliau meninggal lebihkurang jam 5.00 pagi. Berpakat dengan suami dan adik-adik, akhirnya kami berlima bergerak dengan menaiki kereta En Suami ke Sungai Siput, Perak. Tiba hampir jam 2.00 petang saat jenazah sudah pun selamat disemadikan.
Bertemu seketika dengan waris yang masih ada dan kemudian kami terus ke Kuala Kangsar menziarahi pusara bonda serta singgah sebentar di rumah sepupu.
Perjalanan balik ke Kuala Lumpur diiringi hujan lebat di hampir sepanjang perjalanan. Tiba di rumah (selepas menghantar adik-adik ke destinasi mereka) lebihkurang jam 9.00 malam.
Kemudian aku dan BS mengikut Along ke rumahnya di Seri Kembangan untuk mengambil barang-barang (pakaian dan sebagainya) untuk di hantar ke Hospital Ampang di mana cucuku Muhammad Qaid Darwish dan ibunya 'menginap'. Balik semula ke rumah waktu jam telah melewati angka 12.00 tengahmalam.
Kepada yang sudi membaca catatan ini, tolong doakan agar kesihatan Muhammad Qaid Darwish berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang penyakit yang membimbangkan hinggap di tubuh kecil yang comel itu, ya. Terima kasih atas doa kalian...
takziah ye kakcik, juga alfatihah utk arwah pakcik kakcik, moga rohnya dicucuri rahmat.... mmg pnt betul lah kakcik dr pagi sampai ke tgh mlm...
BalasPadamutk cucu kakcik Qaid, moga cpt sihat ye syg.... sian dia kecik2 dh kene cucuk sana sini
Moga roh yg pergi dicucuri rahmat Allah.
BalasPadamBuat cucunda Muhmmad Qaid nenek di JB ni doakan juga moga Qaid segera sembuh.
ps: Kalau tengok comel & mata cantik macam sihat cucu Kakcik tu. Kesiannya..
salam takziah sis
BalasPadamutk cucu kakcik anum iringi doa ya
Innalillah...Salam takziah Kakcik...semoga baby cepat sembuh dan ibunya tabah menghadapi segala ujian drNya..
BalasPadamsalam takziah...
BalasPadamsemoga cucu kakcik yang sangat comel ni dilindungi dr sebarang penyakit....aminn
semoga Qaid Darwish cepat sembuh.. kesian tengok anak kecik sakit..
BalasPadamTakziah kak!
BalasPadamComelnya Qaid, moga cepat sembuh ya.
Budak comel ni, sy dah tatap puas dlm fb. Hehehehe! Inshaa Allah, moga kembali sihat dan jdk tmbh cerdik ya syg?
BalasPadamsalam takziah kak chik.... darwish semoga cepat sembuh ...
BalasPadamTakziah ye kak.. mmm baby masih menyusu badan tak? kalau baby dah boleh makan.. boleh bagi baby makan kurma lenyek dengan nasi.. atau kalau baby menyusu badan, ibu sila lah makan kurma banyak.. kurma dapat bantu naikkan Hb. Moga2 makanan sunnah ini dapat membantu kerana ia dapat membantu saya yang sememangnya anemic ini untuk bertahan.. alhamdulillah
BalasPadamsabarlah kak dengan semua dugaan ni
BalasPadamAlah ciannya. Moga cepat sembuh ye darwish
BalasPadamalfatihah dan salam takziah kakcik.. untuk adik muhamad Qaid Darwish, ya allah ya tuhanku sembuhkanlah penyakit anak ini ,
BalasPadamComel sungguh adik darwish ni...semoga tiada apa2, insyaAllah
BalasPadamSalam takziah..semoga Muhamad Qaid Darwish akan sihat dan sembuh dari penyakitnya.
BalasPadamsalams kak,
BalasPadamtakziah utk akak dan famili.
didoakan juga utk muhamad qaid semoga cepat sihat, cepat sembuh alfatihah buatnya....amin amin......
semoga kakcik tanah dan reda dgn pemergian arwah bapa sedara...
BalasPadamutk adik comel...semoga cepat sembuh...semoga tiada penyakit yg menghingapi diri...
assalamualaikum kakcik...kesian nyer die semoga cepat sembuh yer sayang...
BalasPadamTerima kasih kawan2 semua atas ucapan takziah dan yang paling penting atas doa yang diberikan untuk Muhammad Qaid Darwish. Kami sekeluarga amat menghargainya.
BalasPadamSalam takziah kak...semoga si comel akan cepat sembuh dan dapat pulang ke rumah..
BalasPadamsemoga cepat sembuh syg..
BalasPadamSemuga cucu kakcik segera sembuh.
BalasPadamSemuga dapat rawatan yg terbaik.
Takziah. Comelnya cucu. Sebaya Aqlan ni. Semoga cepat sembuh ya.
BalasPadaminalilahiwainailaihirajiuun. ..atas pemergiaan bapa saudara tercinta
BalasPadaminsyaallah semuga cucunda Qaid segera sembuh dan ceria segera..aamiin
Assalamualaikum
BalasPadamMoga cepat sembuh ... Tabahlah. Insya allah sembuh.
semoga kakcik dan ibunya Muhammad Qaid Darwish sabar menghadapi ujian ini.
BalasPadamsaya doakan Muhammad Qaid Darwish sembuh dan baik2 saja ye..
inshaAllah :')
Alfatihah buat bapa saudara Kakcik. Semoga ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
BalasPadamAlahai, comelnya cucu Kakcik ni. Kesian kalau tengok budak-budak kecil macam ni kena tinggal di ward. Semoga cepat sembuh hendaknya.