...dan lagu bangau oh bangau pun berulang...
kenapa harus dipersalahkan kepada pendatang
mereka masuk kerana 'diundang'
cuba semak siapa yang membuka peluang
tak mungkin pendatang meneroka dengan sewenang-wenang
bila sudah ada yang menjadi mangsa
bila bencana terpapar di hadapan mata
baharulah sibuk 'dia kata dia'
sedangkan selama ini mata dipejam kerana laba
tunggulah untuk beberapa ketika
bila suasana senyap semula
kegiatan yang sama akan berleluasa
dan pihak berkuasa boleh tidur dengan lena
sekarang semuanya terkejar-kejar
hendak duduk pun terasa pijar
bila yang di atas meninjau dari atas pagar
yang di bawah tidak bertangguh terus menggelepar
semua orang menunjukkan pandai walaupun jahil
semua pihak mengeluarkan fakta dan dalil
hakikatnya tanah di sana telus mengalir
bersama air yang kuning dan hanyir
syhhhhhh...
jangan cakap banyak-banyak
jangan tulis sekadar hendak menghenyak
biarkan yang arif berperut senak
dalam berita tv9 semalam..70% hutan di Malaysia diceroboh...
BalasPadamsayangnya di ceroboh
BalasPadambiasa la kak...kalau dh berlaku apa2..masing2 menuding jari..haha..sikit lagi senyap la tu...Oh Malaysiaku..:(
BalasPadamsbb ramai yg jd mangsa tu warga asing ,itu yg konon2 nk kejar pati sampai ke lubang cacing... naper dr kejadian thn lps tak di cari pati yg melambak2 seluruh malaysia... kite ni bile dh terhantuk baru terngadah...
BalasPadamHairan kan..
BalasPadamSelama ni mereka BUTA ke tak nampak tanah kat CH kena ceroboh?
Bila dah jadi 2-3 kali banjir kat CH, yg berkuasa semua nak tuding jari, cari kambing hitam..last last kambing hitam yang tak boleh nak bersuara di salahkan = PATI
kesian sgt².. teroka tanah haram, yg jd mangsa pendatang haram..kita smpi gerun bila nk ke sn.. skang dh xtau tmpt tinggi mana nk pegi.. GH hri tu tanah runtuh lak.. hurmm..
BalasPadamsekarang peladang kat cameron pulak dalam dilema sbb pekerja2 suma dah lari takut pihak berkuasa. Tiada pekerja nak menuai hasil tanaman,,,
BalasPadamKesian dekat org asli yg bergantung pd sungai utk dptkan sumber air. Tahun lepas pun dah tunjuk air yg mereka guna berkarat keruh.. Belum lg bab banjir dan tanah runtuh
BalasPadamBila pihak berkenaan 'disergah' barulah ada tindakan apa yang dibuat.. kalau tak.. eeemm.. pejam mata buat tak nampak.. ni.. jangan hangat-hangat tahi ayam sudah.
BalasPadambetula kalau cerita macam bangau ni tiada kesudahan yang jadi mangsa penduduk Cameron la.
BalasPadambetul cakap akak......emmmmmlah.....
BalasPadamOrang kata bila dah terhantuk....
BalasPadamKalau tak berlaku bencana, memang masing-masing sambil lewa je. Semua boleh. Sekarang ni memang panas punggunglah menuding jari sana-sini. Tak sedar satu jari tuding kat orang lain, 4 lagi tuding ke diri sendiri!