bila kamu berada dalam kumpulan
dan kamu mula melihat bibit-bibit perpecahan
lalu kau rasa kau tak boleh mengujudkan perdamaian
tariklah dirimu keluar perlahan-lahan
jangan pula kamu sibuk turut melaga-lagakan
kelak jahatmu jelas kelihatan
tiada lagi sekelumit baikmu jadi sebutan
Jagalah maruah keluargamu
senyum yang kau terima ikhlasnya belum tentu
mungkin hanya satu sindiran yang dalam diam memperlekehkanmu
serahkan sahaja pada Yang Satu
selagi kamu tidak menjadi api dalam sekam
pasti segala hiruk pikuk akhirnya akan diam
Assalamualaikum kakcik dan abg mus..selamat hari raya..maaf zahir batin dari ida atas apa saja kesilapan yg pernah dilakukan tanpa sengaja..halalkan makan minum dan apa saja pemberian untuk ida dn anak..mudah2an kakcik dan family diberkati Allah..
BalasPadamso true....salam syawal kakcik n keluarga. kalau mai penang, jgn lupa roger roger naass...
BalasPadamBetul tu kak setuju.
BalasPadamsalam Kak
BalasPadambetul apa yg dipesan tuh, seeloknya bercakap apa yg perlu aje. berdiam lagi baik. sebab tu ada kata pepatah, lidah lebih tajam dari mata pedang. selamat hari raya kakcik dan abg mus
Pesanan yang berguna ini akak kan. Terima kasih akak, boleh juga saya buat panduan.
BalasPadamassalamualaikum kakcik...selamat hari raya n maaf zahir batin dr mama...;)
BalasPadamBener.... jaga diri, jaga lidah. Selamat hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
BalasPadam