Apa pula perbezaan antara terlewat dan terlambat tu, ya?
Kalau bagi contoh ayat begini, boleh faham tak?
'Ali terlewat bangun tidur tapi belum terlambat untuk pergi kerja'
ada perbezaan tak kalau ayat itu diubah begini :
'Ali terlambat bangun tidur tapi belum terlewat untuk pergi kerja'?
Apa-apa sahajalah, kan?
Kisah sebenarnya adalah tentang diriku yang sengaja melewat-lewatkan datangnya kesedaran itu.
Dulu bila ditahan di wad, aku tidak begitu menitikberatkan soal aurat begitu juga dengan solat. Alasannya, aku kan sakit?
Walaupun mulut menyebut nama Allah tapi suruhanNya aku abaikan. Sedangkan Islam itu agama yang mudah. Kalau tak mampu solat mengikut aturan yang biasa, dalam keadaan baring mahupun sekadar isyarat pun boleh bersolat.
Namun manusia dan alasan berpisah tiada. Dengan kata-kata 'Allah Maha Mengetahui' kita pun meneruskan kejahilan kita.
Begitu juga dengan penjagaan aurat. Kita selalu bimbang kelihatan tidak cantik di mata sesama manusia, tapi kita tidak bimbang kelihatan hodoh bila mengingkari perintah Allah SWT. Alasan kita? Allah itu Maha Pengampun. Esok-esok boleh bertaubat.
Soalannya : adakah kita pasti esok akan sentiasa ada untuk kita?
Eh...apa pula yang aku melalut dari katil hospital ni?
salam
BalasPadamgood entry
kadang2 Allah bagi ujian utk kita sedar yek yg kita ni masih ada lagi kekurangan..
ashtagfirALLAHalazimm....
Peringatan untuk Mia juga.....
BalasPadamSemoga cepat sembuh kak :)
yg ini yg saya takut sgt mak...
BalasPadamSemoga cepat sembuh:-) InsyaAllah belum terlambat, sama2 kita usaha untuk ke arah yang lebih baik.
BalasPadamsemoga cepat sembuh
BalasPadamKakcik... kakak baru tahu kakcik warded.
BalasPadamTerlewat atau terlambat tak jadi soal - yg penting ada peluang utk bertaubat/memperbaiki diri
Kalau dah terlewat atau terlambat penyesalan tak berguna lagi.
Moga kakcik cepat sembuh.
As-salam Kakcik..
BalasPadamEntry yang memberikan kesedaran juga buat saya.. terima kasih kakcik.. semoga kakcik diberikan kesembuhan dan kesihatan yg baik.. insyaALLAH.. take care kakcik..
Bercakap pasal aurat memang susah untuk kita tidak menghiraukan apa pandangan dan pendapat orang lain. Tapi sekarang sedikit sebanyak saya ditazkirah untuk tidak hirau pandangan orang pada kita as long as kita pentingkan pandangan Dia pada kita kelak.
BalasPadamInsyaAllah kak, sedikit demi sedikit kita semua menuju ke arah itu.
Allah masih bagi peluang agar kita tidak terus terlambat..alhamdulilah
BalasPadamsemoga akak cepat sembuh..syukur diberi peringatan sebegini agar kita tidak tersasar jauh
BalasPadamSelagi masih bernyawa dan ada kesedaran selagi itu belum terlewat dan terlambat kakcik...
BalasPadamKesedaran menjelma menandakan Allah masih sayangkan kita.
BalasPadamsinggah sini kak... semoga sentiasa berada di bawah lindungan dan keredhaan Allah...
BalasPadamAllah sengaja membari sedikit ujian untuk menyedarkan kita jgn terus terlewat dan terlambat..
BalasPadamKadang2 kita ambil ringan walapun kita tahu benda tu salah kita buat jugak.
BalasPadammoga kite sama2 muhasabah diri ye kakcik...
BalasPadamBetul tu kak.
BalasPadamSaya paling tak selesa bila masuk wad perempuan, apa lagi wad kelas 3 hospital kerajaan kerana ramai sangat pesakit. Tapi yg saya tak selesa di wad 3 bukan kerana bilangan pesakit ramai tapi sebab selalu ternampak aurat wanita yang tak sepatutnya saya lihat. Malah pernah juga ternampak benda2 yg sangat2 sulit yg saya sebagai lelaki tak patut terlihatnya di tubuh pesakit wanita yg sedang tidur tanpa menyedari kita melalui berdekatan katilnya...
BalasPadamSemoga Kakcik cepat sembuh....
ramai orang main tibai kiblat dalam hotel bila holiday di negara kapir
BalasPadambab aurat lak. lebih hina bertudung bila dara dapat kat tupai