Kawan-kawan kakcik

Ahad, 27 April 2014

Bila orang hendak datang...

...takkanlah aku nak halang
tambahan orang itu bukan calang-calang
silap haribulan boleh jadi perang

selalu kulaungkan pintu rumahku sentiasa terbuka
siapa yang datang kuterima
dalam hati orang bukan tahu apa yang kurasa
wajah tersenyum jiwa terluka

bila kuletak Tuhanku di tempat kedua
pasti tiada damai setiap detik dan masa
bila terlalu kuagungkan sesama manusia
bersedialah aku untuk diperkotak-katik semahunya...

3 ulasan:

  1. penuh maksud tersirat,
    namun tak dapat nak ku ungkap kak

    BalasPadam
  2. ya..'tetamu' wajib dihormati...dan 'tetamu' jugak mesti faham adat dan etika bila berada dirumah org...:)

    BalasPadam
  3. salam...
    macam tu lah kehidupan kak chik yek
    ada masam ada manis ada pahit ada tawar
    huhuhuh

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com