Kawan-kawan kakcik

Rabu, 26 Mac 2014

Mudahnya berurusan dengan Zalora...

Pertama kali berurusan dengan Zalora aku mendapat pengalaman yang sangat mengujakan.

Aku membuat tempahan sebuah beg tangan setelah mendapat kupon dan dengan sedikit tambahan tunai.   Tempahan dibuat pada petang Khamis dan pada hari Isnin tempahan itu sampai dengan khidmat syarikat kurier.  Malangnya tiada sesiapa di rumahku untuk menerima barang yang dihantar.

Sewaktu balik ke rumah, aku melihat ada slip penghantaran dari syarikat kurier tersebut yang tercatat pesanan bahawa mereka akan datang kembali.  Tepat sebagaimana yang dijanjikan,  kiriman selamat sampai ke tanganku pada hari Selasa.

Aku suka dengan cara Zalora berniaga.   Bersama barang yang dipesan, mereka menitipkan juga sampul poslaju lengkap dengan borang poslaju dan borang aduan sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan apa yang diterima.  Mungkin strategi berniaga begini elok dijadikan contoh oleh para peniaga dalam talian yang lain.  Cara begini membuatkan pelanggan rasa di hargai dan tidak tertipu.   Cara begini juga boleh memikat dan mengikat hati pelanggan untuk terus berurusniaga di masa akan datang.

Gedung fesyen Zalora bukan sahaja menawarkan pelbagai fesyen keperluan lelaki dan wanita,  malahan harganya yang ditawarkan juga sangat berpatutan mengikut kemampuan pelanggan.

Kepada yang belum ada ppengalaman membeli-belah di Zalora,  mungkin anda patut mencubanya sekarang.  :)

19 ulasan:

  1. saya pun selalu shopping dekat zalora ni :)

    Taufiq singgah sini ye :) Jemput singgah blog Taufiq awksweetgitu.blogspot.com :) Support each other =)

    BalasPadam
  2. Tahniah kakcik. Barangan Aina baru sampai hari ini 26hb Mac setelah oder seminggu lebih pada 18hb Mac mungkin sebab luar kawasan jadi lambat sikit sampai.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,
    Tak pernah beli online kecuali utk barang yg sangat2 perlu je...tu pun dgn orang yang kenal. Amik masa sikit kot...nanti2 bolehlah cuba kat sini pulak

    BalasPadam
  4. Loved Zalora so much....perkhidmatan mereka cepat dan tepat...

    BalasPadam
  5. saya baru 2kali membeli dari Zalora...senang..cepat...

    kata anak bongsu saya pada ayahnya.."ayah...zalora ni free shipping.."

    BalasPadam
  6. Ramai yang nak guna zalora jika perkhidmatan bagus macam ni.

    BalasPadam
  7. betul kak cik. Saya pun baru pertama kali beli dgn Zalora. Cepat. Pastu dapat bungkusan dalam kotak lagi. Tapi ada jugak yg tak bernasib baik dgn zalora. So tak tau le

    BalasPadam
  8. assalamualaikum kakcik..wah best juga ni,..:)

    BalasPadam
  9. wahhh cantik hbeg kakcik beli tuh, tgk kt fb...
    bgs jgk yek cara zalora berniaga, dana bt masa nih belum kesempatan beli kt zalora

    BalasPadam
  10. wah ada pengalaman berzalora dah yer kakcik.... rezeki tu !

    BalasPadam
  11. Semakin mudah kehidupan masa kini kan...? Semuanya pakai order saja, sesuatu yang tak boleh dibayangkan oleh datuk nenek kita zaman dulu....

    BalasPadam
  12. iols tak penah lagi beli barangan kat zalora....
    sokmonya beli kat lazada jer.... tu pun beli novel/buku aje...

    BalasPadam
  13. Lain kali boleh la beli kat zalora lagi :)
    Mcm tu la kalau shopping online kat UK ni… tiap kali barang sampai, dah ada borang utk return semula kalau kita tak berkenan… Jadi kita pun tak risau kena tipu… mmg startegi pemasaran yg baik punya :)

    BalasPadam
  14. sy tak penah beli kat zalora lg sbb asik dgr citer yang tak elok je

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com