Kawan-kawan kakcik

Khamis, 20 Mac 2014

Jubah Muslimah...

(sponsored post)

Kebelakangan ini, jubah merupakan pakaian sering dipakai oleh kaum wanita tidak kira di mana.  Jubah tidak lagi hanya dipakai untuk ke masjid atau majlis agama.  Bahkan jubah yang diubahsuai sebagai kaftan mendapat tempat dalam majlis-majlis mewah bila ia dipadankan dengan pelbagai aksesori.

Pemakaian jubah tidak lagi dimomokkan sebagai pakaian orang tua.  Remaja juga tidak segan silu untuk berjubah kerana potongannya dimodenkan seakan peplum, kurung moden dan sebagainya.   Begitu juga jubah bukan hanya menjadi pakaian wanita Muslim. Selain selesa dipakai,  jubah juga menyerlahkan kesopanan seorang wanita.
Pemakaian jubah bersama tudung yang sempurna,  memperlihatkan keanggunan yang tidak boleh dipertikaikan.  Tidak perlu tambahan renda, labuci atau manik yang berlebihan,  jubah 'kosong' juga manis disarungkan ke tubuh.

Dalam kehidupan yang serba pantas dan sibuk, memungkinkan kita tidak punya masa untuk keluar bersesak membeli-belah.  Selain terpaksa membuang masa untuk memilih, mengeluarkan belanja sama ada untuk tambang kenderaan awam mahupun mengisi minyak kereta sendiri, badan juga mungkin menjadi lesu.

Bagi memenuhi keinginan mereka yang sibuk, Zalora ada jawapannya untuk anda.  Dengan 'kuasa hujung jari', kita boleh membeli-belah hanya sambil duduk mahupun berbaring sahaja.  Pelbagai pilihan corak dan fesyen boleh didapati di JUBAH MUSLIMAH.  Dengan harga serendah di bawah RM60.00 untuk sehelai jubah, pastinya tiada lagi masalah untuk kita melaram dengan gaya yang kita suka.

Jadi bukan sahaja kepada kaum hawa, kaum adam juga jangan berlengah untuk berkunjung ke JUBAH MUSLIMAH.   Dapatkan sekurang-kurangnya sehelai jubah untuk yang tersayang.

19 ulasan:

  1. Jubah cantik dilihat kalau tidak melekat
    Nampak segala yang tak mahu kita lihat
    bukan sopan dah lagi tapi mcm nak galak maksiat

    ....jgnlah pakai jubah lycra..aduh sengsara mata melihatnya..hehe.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakcik...cantik2...:)

    BalasPadam
  3. kompem takdok size saya kan mak.....ermmmmm (tongkat dagu)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha..wehhhh, mak mak arab lagi besarrrrr dari ko pun ada saiz la nok :P

      Padam
  4. Cantik2. Tapi utk org petite mcm saya ni agak susah nak cari saiz.

    BalasPadam
  5. merah-hitam...pic no 2 tu cantik...tp saya ni renek mcm bonsai hehe...

    BalasPadam
  6. zalora yer kakcik... KA dah sambar pun satu utk angah & satu utk KA... mmg sesaui sgt & cantik

    BalasPadam
  7. Saya suka pakai jubah, ringkas dan selesa.

    BalasPadam
  8. saya ada jubah yang macam no 2 tu.. tapi saya punya warna hijau.. ;)

    BalasPadam
  9. memang cantik2 yerk.. tapi bukan juga saiz saya...

    BalasPadam
  10. saya teringin nak ada jubah yang bila saya beli kena2 dengan saiz saya yang rendah dan metot ni.hahah,..setakat ni semua pi hantar kedai bagi kecik dan potong sikit supaya tak meleret ..heheh

    BalasPadam
  11. tp kalu jubah yg melekat tuh, malu pulak nk pakai... dh tak menutup aurat jd nyer

    BalasPadam
  12. Jubah zaman sekarang ni pun, kena pilih betul2...ada yg tak patuh syariah

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum,
    Jubah tu sama tak dengan abaya? hu huhuh uhu
    Ada beberapa helai yang orang bagi...tapi boleh bilang dengan jari berapa kali pakai sebab kalernya itam huh u huhu

    kalau kaler pink kang pelik pulak huh uhuhuhu

    BalasPadam
  14. Saya juga ada jubah, tapi ia cuma dipakai ketika ke masjid, itu pun kadang2 saja pakai kerana lebih selesa pakai kain pelikat dan baju Melayu...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com