Kawan-kawan kakcik

Khamis, 6 Mac 2014

Dulu aku sangat susah...

...kehidupan dalam keadaan yang serba payah
Orang mandi di paip aku mandi jauh di lembah
Orang bersuluh cahaya letrik aku berpelita minyak tanah
Orang berlauk serba mewah aku tertunduk memandang tanah
Orang berpakaian cantik dan baru aku bergaya dengan pakaian sedekah

Dan kini...

Walaupun mampu menikmati hidangan yang mewah dirasakan
Sering kuterkenang kicap dan minyak lebihan goreng ikan
Satu ketika dulu ia padanan nasi yang sangat menyelerakan

Sekarang...

Bila sesekali berlauk sardin tumis dan telur mata
Bagiku ia sudah cukup membuka selera
Tapi anak-anakku boleh memalingkan muka
Andai dihidangkan lauk yang itu berkali berkala...

14 ulasan:

  1. >_< kecik hati ikan sardin tu..huhuh..beruntung pernah bersusah payah, Baru menghargai nikmatnya hidup ada2..

    BalasPadam
  2. Teringat masa kerja dulu kakcik. Ada sorang lelaki tu ckp. Wow lauk ikan sardin. Lauk evergreen ni.. sedap :) suka telur mata.. tp kena pantang. Sedih..

    BalasPadam
  3. Kak, sardin pun dah mahal laa ni kak. Tapi sardin memang sedap la.

    BalasPadam
  4. Kak cik,

    tang minyak lebihan goreng ikan tu saya biasa makan dulu, gaul dengan nasi. sedap kan. Bila kita sudah terbiasa dengan hidup susah kita akan lebih menghargai kesenangan hidup sekarang..

    BalasPadam
  5. Kenapa acapkali membaca coretan kakchik sebegini....hanya terbayangkan diri sendir..ikan kembung pecah perut emak beli..dibasuh bersih berulang kali..lawankan kicap nasik panas dan pucuk ubi...sedappp sekali...la ni lauk sardin anak2 pdg sepi...siap tanya tak der ker lauk lain lagi...

    BalasPadam
  6. minyak lebih goreng ikan + kicap dan ikan goreng/telur
    adalah tersedap di tekak saya dulu kini dan selamanya
    sbb kami pun asalnya bukan keluarga kaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..myk ikan goreng + kicap..nasik putih & telur/ikanbilis goreng..skang pun masih makan camtu kalau dh malas sgt nak kluar beli makanan @ tapau

      Padam
  7. Kakak pernah merasa itu semua kakcik
    Anak-anak kita memang tak pernah rasa
    Celik mata semua ada...

    BalasPadam
  8. tekak anak sekarang mak... ikut aliran teknologi le jugak. hehehe

    BalasPadam
  9. teman juge gemor minyak lebihan ikan goren jugeeeeewwwww
    kicap masin, bukan yg manis cam sekrg ni ;)

    BalasPadam
  10. Syukurlah anak saya dan suami saya, walaupun tak pernah merasa susah tapi mereka menghargai apa saja yang ada. Telur goreng dan sardin tetap feveret kami tak kira masa. Minyak lebihan goreng ikan atau ayam biasanya saya campur dengan cili api dan bawang kecil yang ditumbuk kasar dengan sedikit garam. Gaul sebati dan makan dengan nasi. Nasi sejuk pun jadi sedap makan sambal minyak ni.

    BalasPadam
  11. ermm..peringatan yang baik mak utk izwa..supaya izwa boleh didik anak-anak bersyukur dgn apa yang ada..

    BalasPadam
  12. saya pun rasa begitu. segalanya untuk anak-anak.. buat apa yg termampu je.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com