Kawan-kawan kakcik

Rabu, 5 Mac 2014

Dari sedikit ujian yang dilakukan, nampaknya kisah artis lebih menarik perhatian...

...semalam aku buat satu catatan
tajuk yang biasa aku letakkan
pengunjung yang datang tidaklah begitu menggalakkan
mungkin mereka hanya kawan-kawan yang sering bertandang

Menjelang tengahari tajuk kutukarkan
nama Erra aku selitkan
tiba-tiba terdapat peningkatan
dari dua menjadi lapan
sedangkan tidak berubah isi kandungan
jelaslah tajuk memainkan peranan

Tidak mengapalah wahai kawan-kawan
kesukaan kita, kita yang tentukan
tapi jangan suka menjadi beban
kita makhluk yang bertanggungjawab kepada Tuhan...

17 ulasan:

  1. memang kisah artis juga jadi perhatian kan
    contoh kisah2 saudara kita di syria sangat kurang perhatian
    cuba tengok dalam fb masih tak boleh lawan kisah artis
    yang tiada manfaat lansung kan kak..
    wallahualam

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. makcik jual nasi ambeng kat area rumah aku. mak aku cakap nasi nya tak sedap. kah kah kah.

      Padam
  3. Kisah yang menjadi bualan. Jika bualan baik dapat pahala kat kita. Jika bualan tak baik, erra dapat pahala. suka baca blog akak. Terselit banyak pengajaran.

    BalasPadam
  4. nak buat mcm mana...kisah2 mereka sering mendapat liputan meluas media...anak2 kat tadika pun kenal artis...

    BalasPadam
  5. Erra tu jenama pencuci kain baru tu ke...? :-)
    Budaya Melayu suka hiburan, suka berpesta, suka berkhayal. "Jom Heboh" dapat sambutan, majlis ilmu tak ramai pergi. Malam tahun baru, malam merdeka, mesti ada nyanyi-nyanyi dan muka Melayu memenuhi segenap ruang. Kesian Melayu....

    BalasPadam
  6. cite retis mmg ramai orang suka...

    BalasPadam
  7. erra kan jadi topik hangat skang ni..

    BalasPadam
  8. kalau konsert mmg ramai penontonnya, berpusu-pusu nak tengok. Cuba ceramah agama...

    BalasPadam
  9. kita pun kalu dgr nama artis nak baca gak..ha.hha..

    jenis suka bergosip.

    BalasPadam
  10. itu yang ramai suka kakcik..
    itu sebab kita masih mundur..
    bukan tak boleh berhibur..
    tapi terlampau banyak berhibur

    BalasPadam
  11. Asslamualaikum Kakcik,

    Lama sungguh kak ani tak berblog. Pandai kakcik cari tajuk jer. Memanglah hal ehwal artis selalu menjadi perhatian. Suka duka hidup mereka selalu diambil tahu.

    BalasPadam
  12. he3x....tajuk sgt2 mempengaruhi....

    BalasPadam
  13. Gosip artis memang ramai yg minat, tapi makchaq selalu ketinggalan...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com