...rata-rata pesanan yang kudengar 'menulislah dengan ikhlas dan dari hati. Menulis dengan ilham sendiri dan jangan menjadi penulis 'copy paste'.
Selama ini pun rasanya aku memang menulis seperti yang disarankan itu. Selepas empat tahun, aku masih juga di takuk lama. Hendak menjana pendapatan melalui blog? Jauh pizza dari ketuhar gelombang mikro!
Jangankan hendak mendapat tajaan, Nuffnang sendiri telah lama menyingkirkan blog ini dari Glitterati kepada Non-Glitterati tanpa sebab.
Tak mengapalah, sekurang-kurangnya melalui bog ini aku mendapat ramai kawan dari pelbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya.
Jujurnya aku merasa sangat kecil bila menghadiri pertemuan blogger. Apatah lagi mereka yang 'ada nama' berpura-pura tidak mengenali kita walaupun sering bersapa di maya dan pernah beberapa kali bersua muka.
Opsss!!!
Sama la kak. Nuffnang pun x hingin melekat kat blog cikai saya ni. Tak hingin dia nak pandang.
BalasPadamYea betullah kakcik, saya pun takde la pendapatan tu tapi yang penting kawan kan..Dapat pendapatan tu kira bonus laaa...Takpe kakcik takmo kecik2 hati eh, nanti ada rezeki kalau kakcik ke johor bolehlah kita jumpa..
BalasPadamhahahahaha...pura2 tak kenal tu....dia malu kot ma =)
BalasPadamsama la kita kak... iklan singgah gitu2 jer...huhuuu
BalasPadamMesti best akakkan pergi sana. Saya tak join pun. Rasanya banyak ilmu yang Kakcik perolehi bila pergi sana. :-)
BalasPadamnanti kalau dok blogging sebab income, takut jadi tak ikhlas kakcik.
BalasPadambetul kakcik.. walaupun tak segah seglamour mana tapi sekurang-kurangnya saya dapat mengenali beberapa orang blogger yang ramah dan baik hati.. ;)
BalasPadamSaya pun tak pernah ambik kisah sangat tentang Nuffnang, walaupun ada juga 3-4 kali mereka beri cek bayaran iklan. Sebab kita tulis bukan untuk wang tapi untuk kepuasan diri sendiri dan persahabatan maya, Nuffnang nak bagi duit ambik, tak bagi pun tak per...
BalasPadamDah 5 thn berbloq kak saya ni...saya tak pernah pikirkan pun pasal duit Nuff tu...lagipun N3 saya ni..org lain satu hari 3 N3 saya 3 hari 1 N3..hahaha..jgn harap Nuff nak pandang...
BalasPadamsaya pun kalu nak ikut hati, mmg majuk ngan nanag tapi malas nak amek pusing.
BalasPadamopps..ada ke yang bila bertemu tak menyapa kakcik? adui...
BalasPadamSABAR KAK.. MAYBE BELUM REZEKI KITA LG.. :)
BalasPadamAda jugak yg kenal di alam maya tak bertegur sapa yer.. tak pe laa Kak Cik.. tak rugi pun kan.. :)
BalasPadamSiapa tu mak? Cer gosip sket...hehehe...
BalasPadamAlhamdulillah, 1st time join event tu dan 1st time dapat berlaga pipi ngan mak yg comel ni. Tapi frust sbb tak dapat bergambar...huhuhu...
teruskan usaha,banyakkan belajar dari otai2 blog...mereka ok.
BalasPadamtakpe, ada banyak lagi sebenarnya lubuk buat duit melalui blog. mungkin boleh cuba seperti affiliate, bukak ruang iklan pada penjual produk online atau jual produk. Saya sendiri pun jual supplemen dan blog adalah salah satu medium. Masih bertatih. Jemput ke www.heliantuse.com :)
BalasPadamalahai kakcik..para akhir tu 'makan dalam' betul.
BalasPadam