Kawan-kawan kakcik

Isnin, 17 Mac 2014

Apakah 'Agama Rasmi Negara' melambangkan anutan penduduk negara itu sepenuhnya? ...

...pastinya tidak kan?  Kerana dalam negara yang penduduknya berbilang bangsa pasti agama yang dianuti juga berbeza.

Walaubagaimanapun, bila 'agama rasmi negara' telah diisytiharkan,  mungkin bermaksud majoriti pemimpin dan penduduk negara berkenaan menganut 'agama negara' tersebut.

Sepatutnya bila agama rasmi diisytiharkan,  pegangan terhadapnya adalah sepenuhnya tanpa tolak ansur.  Tidak perlu ada tunjuk perasaan atau jerit pekik serta fitnah dan adu domba bila pegangan agama dipegang dengan kukuh.

Lihat sekeliling kita sekarang.  Benarkah kita sangat sayang dan berpegang teguh kepada ajaran agama?

Ingat - Islam adalah agama dan bukan bangsa.  Melayu adalah bangsa dan bukan agama.   Singkirkan fikiran ortodok bahawa Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam walaupun di kad pengenalan,  bila Melayu automatik agamanya Islam.

Lihatlah anak-anak Melayu yang sangat kucar-kacir kehidupan mereka sekarang.  Yang sangat-sangat membuatkan hati seorang ibu seperti aku rasa takut untuk melepaskan anak keluar rumah! Benar, pendidikan bermula dari rumah.  Ibubapa yang mencorakkan anak-anak mereka.  Namun sekarang,  dunia luar lebih terbuka.  Lebih menarik untuk anak-anak meneroka.

Tanpa menyebut nama, kalau ada yang masih ingat tentang seorang gadis (sekadar satu contoh) yang lancar membaca Al Quran dan memahami tafsirnya boleh terpesong akidah dek kuatnya tarikan 'dunia luar', bagaimana pula anak-anak yang hanya ada asas mengucap Syahadah dan hafal surah Al Fatihah?

Tak payahlah kita menuding kepada para pemimpin yang sangat sibuk memikirkan hal negara dan dunia hingga mereka pun tak sempat hendak  meminta isteri mereka mencapai tudung kepala apalagi untuk memakainya.

'Agama rasmi negara' nampaknya tak mampu hendak mencegah kemungkaran yang berleluasa kerana agama itu tidak dipakai dan disayangi oleh penganutnya.

Baru-baru ini aku melalui Bintang Walk di Kuala Lumpur pada jam 2.00 pagi.   Bintang Walk ini khabarnya dibina untuk 'orang asing'.  Ada sesiapa yang dapat memastikan bahawa tiada orang tempatan yang bangsanya Melayu dan agamanya Islam tidak berpeleseran di situ?

Wanita jadi-jadian dengan pakaian yang menjolok mata bersidai di tepi jalan mencari apa?

Apakah tempat begitu tidak memerlukan pemantauan Jabatan Agama? 
Apakah sehingga terjadinya bencana baru mata hendak dibuka?

Wallahuaklam.

15 ulasan:

  1. begitulah bila ISLAM hanya pada Mykad saja...tidak diamalkan..tidak dihayati..

    BalasPadam
  2. Bilamana HUKUMNYA ditolak...DIA mahu kita merintih memohon keampunan...

    BalasPadam
  3. seram biler memikirkan masa akan dtg nanti pulak..

    BalasPadam
  4. Islam juga adalah cara hidup kita, dan betullah orang kata, keimanan dan ketaqwaan tak boleh diwarisi, dan once kita perolehi, nak maintain memang payah!

    BalasPadam
  5. sesungguhnya dunia ini semakin menakutkanku...

    BalasPadam
  6. 'Yang sangat-sangat membuatkan hati seorang ibu seperti aku rasa takut untuk melepaskan anak keluar rumah!'
    Beberapa insiden peribadi kebelakangan ni buat teman nk peghonyok balik anak dok dlm peghut :'(

    BalasPadam
  7. nama je negara islam.tapi tak ubah macam negara amerika nun..nak buat cemana kakcik..tak de semua tu tak di labelnya kita negara maju..

    BalasPadam
  8. islam VERSI yahudi :-(

    bila berak dudok lebih mulia VS cangkong sunnah

    nikah pun kini disukarkan

    meme patut mh370 hilang sebagai tanda protes

    BalasPadam
  9. makin menyedihkan perangai anak muda skrg

    BalasPadam
  10. Jauhkanlah perkara yang tak elok dari keluarga kita semua hendakNYA.

    BalasPadam
  11. Macam-macam cerita tantang Islam. Semoga kita semua jadi insan yang berguna untuk agama kita.

    BalasPadam
  12. Yang paling lawak ada yg mati-matian mempertahankan kalimah Allah, tapi hukum Allah mereka tak peduli sangat. Misalnya kalau cakap hudud pelbagai alasan untuk mengelak sedang ia hukum Allah. Berpakaian tak melambangkan Islam, pergaulan tak melambangkan Islam, bercakap tak berlandaskan hukum Islam. Kononnya sayang kepada nama Allah tapi mengapa tak sayang dan mempertahankan hukumNya?

    BalasPadam
  13. org tgh berdoa pasal MH370...pasal jerebu...dorang sibuk terkinja2...smg diberi petunjuk buat mereka

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.