Kawan-kawan kakcik

Isnin, 2 Disember 2013

Antara Johan Asari, Shila Amzah dan Lana Nordin...

...sedang enak kita berbicara tentang mereka, sudahkah kita merenung kembali kepada diri kita dan keluarga kita?

Sudah sangat sempurnakah amal ibadat kita.  Sudah sangat lengkapkah cara pemakaian kita?  Sudah terdidik sepenuhnyakah anak-anak kita?
Jangan lupa, dengan kehendak Allah SWT,  yang buruk boleh jadi elok dan begitu juga sebaliknya.

Kita jijik melihat apatah lagi menyentuh anjing dan babi dan tapi kita seronok memakan daging saudara sendiri (mengumpat)...

Sekadar ingatan buat diri sendiri di pagi 1/12/2013 yang akan  juga berlalu pergi.

25 ulasan:

  1. Salam,
    Moga KS, saya dan mereka bahagia dunia akhirat. Amin.

    BalasPadam
  2. Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk mereka. ^_^

    BalasPadam
  3. Salam kakcik. Betul tu. Doa yg baik2 sahaja itu lebih baik.

    BalasPadam
  4. Hidayah milik ALLAH.. kepada siapa, untuk siapa...MILIK ALLAH..

    BalasPadam
  5. pantau keluarga sendiri..itu lbh bermanfaat...t.kasih AA memberi peringatan... selamat berhujung minggu.

    BalasPadam
  6. *alamak..kenapa duk ingat kat AA je...haha sori Kakcik :)

    BalasPadam
  7. Banyak kadangnya, IM suka duduk sendirian lepas sembahyang atas sejadah. Merenung diri sendiri, masa lalu dan masa hadapan...

    BalasPadam
  8. betul mak. terlalu kisahkan sangat, buat andaian itu, andaian ini..mengumpat la tuh. baik kita kisahkan diri sendiri dan keluarga kita kan.. ngeee

    BalasPadam
  9. mudah2an ada hikmahnya bila JA berkahwin dengan LN..

    BalasPadam
  10. saya langsung x tau apa2 pasal diorg ni hihihiihi.
    terlalu jauh dengan dunia artis kut

    BalasPadam
  11. Betul betul kena muhasabah diri sendiri dulu kan kakcik seroja sebelum melihat orang lain :)

    BalasPadam
  12. Betul tu Kak Cik..perancangan Allah kita tak tahu..ada hikmah setiap yg DIA tentukan dan yg pasti ianya yg terbaik utk hambaNya.

    BalasPadam
  13. Aina lebih banyak tengok dan diam...komen banyak2 pun tak guna tambah saham je kakcik.

    BalasPadam
  14. saya adalah katak dalam bekas kaca dalam kotak bawah kopak.


    saya tak tahu pun pasal kes mereka itu.

    BalasPadam
  15. Terbaik kakcik, yang penting keluarga kita dulu yea kakcik...

    BalasPadam
  16. X amek port pun Kakcik sbb asik pk kan 'kite2 je'. Heheheheh!

    BalasPadam
  17. Semoga kita tidak tergolong dlm kalangan manusia yg hanya pandai menilai org lain tapi TERLUPA melihat diri sendiri....

    BalasPadam
  18. hehehe..saya tak berapa nak tau hujung pangkal cerita..

    BalasPadam
  19. Saya smpai sekrg ni pun x tahu apa ke citer nya dia org ni.... artis2 mmg begitu, mcm2 cerita, malas nak ikut dan tak terikut

    BalasPadam
  20. saya macam t.a.t.a
    baru nak google huhu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com