Kawan-kawan kakcik

Selasa, 12 November 2013

Hari ini aku bawa bekal...

hanya nasi dingin
digoreng bersama sedikit cili, telur, garam dan bawang
ditambah sedikit kicap
juga beberapa keping nuget goreng
itu pun terjumpa kaku dalam peti dingin beku

Seorang anak tak akan faham
akan kesusahan seorang ibu
apa yang mereka tahu dan mahu
mestilah tersedia selalu...

27 ulasan:

  1. adoi la kakcik..saya lapar...ini pun sedap banget di mata saya...

    BalasPadam
  2. mak...kami tahu kesusahan seorg emak/ibu/umi/mami/mama dalam menyediakan semua utk anak-anak...

    semoga mak sentiasa sihat sihat selalu ye :)

    BalasPadam
  3. kita pun bawak bekal nasi goreng hari nie..

    BalasPadam
  4. alhamdulillah
    cheqna bawak bekal nasi lemak hari ini...baru pas makan bersama teman2 opis =)
    cheqna tahu ma...betapa susahnya menjadi seorang ibu..tapi semua tu akan menjadi kenangan terindah dan mama..bukan semua orang berpeluang menjadi ibu/mama/umi/emak

    BalasPadam
  5. Syukur Alhamdulillah. Sy pun bwk bekal Kakcik! Lebih lauk semlm. Balance ikan yg dibeli mgu lepas. Hahahaha~ At least boleh jimat tp terbang gak RM3 pagi ni utk sarap sbb tak sempat nak bikin pg tadi.

    BalasPadam
  6. sedih plak k.cik ckp camtu. pepepun kadang2 yg simple ni la membuka selera.

    BalasPadam
  7. sedapnyer & salam singgah pagi membaca!

    BalasPadam
  8. yum yum sedapnya.... rajin die bawak bekal ye...

    BalasPadam
  9. Syian mak depa yer...takpe la anak2 tak tau mak depa mkn apa kat tpt keje.

    BalasPadam
  10. Bekal sapa tu kakcik, utk anak or ibunya ... yummy ;)

    BalasPadam
  11. walaupun simple tapi nampak sedap dimata ini...

    BalasPadam
  12. kita pun selalu bawa bekal ke tempat kerja.

    BalasPadam
  13. Rezeki hari in ye kakcik dari terbazir membuang begitu sahaja lebih baik le jadikan masakkan dia. Anak2 memang macam tu tapi kita mak tak pernah kisah akan apa sahaja untuk mereka.

    BalasPadam
  14. Bila saya dah kawin ni terus teringat kat mak abah saya waktu saya sekolah dulu, tau mintak je tapi tak tau rasa susah diaorang...Sekarang sendiri rasa susah baru tau huhu

    BalasPadam
  15. akak buat saya sedih, arwah ayah saya dulu sentiasa cakap macam tu dekat anak2 dia membuatkan kami insaf akan kesusahan makpak mencari duit untuk besarkan anak2

    BalasPadam
  16. Alhamdullillah walaupun nampak simple tapi hasil tentu laa sedap kan.. :)

    BalasPadam
  17. samalah kita kak cik.. saya pun bawa bekal. tapau apa yg tak habis mlm td jer

    BalasPadam
  18. betul tu Kakcik. Bila dah ada anak baru seorang anak akan tahu nilai sebenar kasih sayang ibu bapa mereka.

    BalasPadam
  19. adakah tu tanda anak2 tak boleh jauh dengan mak ayah...??

    BalasPadam
  20. biarpun terkdg terasa sukarnya seorg anak memahami..tidak tertunai permintaan mereka mengundang rasa kesal dalam hati....kalau lah mereka tahu betapa kita sygkan mereka...

    BalasPadam
  21. makcik pun dalam seminggu mesti buat nasi goreng....hasil nasi2 yg di carry forward almost setiap hari..:))

    BalasPadam
  22. CiM boleh dikatakan hari2 bawa bekal, kalau tak masak sendiri, angatkan baki makanan semalam, takpun beli kat makcik tepi jalan.

    BalasPadam
  23. iyra faham mak..
    iyra fahammmm sgt..

    *pelukk*

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com