Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 22 November 2013

Aku dan empat anak lelakiku...

Yang sulung sudah berumahtangga
kudoakan hidupnya sentiasa bahagia
takkan kujadikan diriku orang ketiga
takut nanti dia rasa serba tak kena

Yang kedua juga sudah bekerja
tapi belumlah stabil kedudukannya
secara terus terang kutanya bila hendak berumahtangga
lurus jarinya menunjuk dua

Anak ketiga di alam remaja
tahun depan di tingkatan lima
susah juga hendak kujaga perasaannya
sedang perasaanku jarang diambilkira

Sibongsu bermata sepet
dahulu denganku asyik berkepit
seiring usianya meningkat sedikit demi sedikit
Kian jarang dirinya dapat kuulit

WALAU BAGAIMANAPUN PERLAKUAN MEREKA
WALAU  APAPUN PERBUATAN MEREKA
TAKKAN KUSANGGUP MELIHAT MEREKA DERITA
KAN KUPERHATIKAN MEREKA SEHINGGA AKU MENUTUP MATA...

20 ulasan:

  1. Gitula gayanya seorng ibu ni kan...tugasnya akan habis smpi tutupnya mata....

    BalasPadam
  2. Assalam Kakcik,

    Ermmm kita sebagai ibu sudah tentu menyanyangi anak2, tak kiralah 1 atau 15 orang anak.

    Setiap kehidupan anak ada ketentuan dari NYA, jadi akak hanya menerima apa saja baik dan buruk setiap anak.
    Akak tak putus2 menasihati dan mencurahi ilmu untuk mereka dari apa yang akak dah lalui dalam kehidupan.
    Selebih dari itu, berserahlah pada NYA.

    BalasPadam
  3. mcm tu lah mak kan..once dah jadi mak selama nyer bergelar mak..

    BalasPadam
  4. As salam kakcik,

    Sweet sgt..! Semoga anak2 kakcik berjaya dunia akhirat... mmg sukar nk membesarkan & mendidik anak2... skrg baru dy tau apa perasaan seorang ibu... insha'Allah moga kita menjadi ibu yg berjaya juga...

    BalasPadam
  5. Salam kakcik..semua hero anak2 kakcik..masa diarang kecik2 dulu mesti gamat rumah..Semoga Kakcik dan keluarga bahagia selamanya..:)

    BalasPadam
  6. Boleh ku rasa perasaan kakcik tuh..bila anak2 dah mula membesarkan..

    BalasPadam
  7. bagi seorang ibu anak anak nya tak pernah dewasa, duk kecik macam tu lah sampai bila2

    BalasPadam
  8. saperlar x sayang anak, tapi ada kann makk., kannns ;-p

    BalasPadam
  9. hati ibu, mcm tu la kan kakcik, sentiasa mendoakan kebahagian anak2nya...
    saya ada 4 org anak perempuan...bila saya beritahu ada 4 org anak perempuan selalu org ckp pada saya, susah jaga anak perempuan ni,...dah allah nak beri saya terima dengan rasa syukur menpunyai zuriat walaupun perempuan semuanya...saya selalu berdoa, Inshaa allah agar harap2 tidak terjadi seperti yg org2 katakan itu...

    BalasPadam
  10. kasih ibu...walau terguris luka, tetap sayang sampai ke akhir usia

    BalasPadam
  11. kak chik, apa maksud bila dia tunjuk 2 jari lurus tu?

    BalasPadam
  12. anak pompuan mak neh tak masuk dalam senarai..
    tapi dia tetap sayang mak sampai bila2..

    sungguh~

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com