Kawan-kawan kakcik

Selasa, 27 Ogos 2013

Percutian 2 hari 1 malam + 1 hari (Bhg. 3)...

Cutinya sekejap saja pun, tapi catatan bukan main bersiri-siri lagi... Keluar dari Taiping, kami singgah pula di Kuala Kangsar. Singgah makan laksa dan minum cendol saja. Malangnya, ia sangat tidak sedap! :( (Cari gambar tak jumpa pula, dah terpadam agaknya).
Kemudian kami meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Sampai di rumah, siap-siap pula untuk keluar ke Shah Alam. Kami terpaksa pergi dengan dua kereta kerana selepasnya, kami ada rancangan masing-masing. CPL dan SRM keluar dulu, tapi ayah, mak dan bangcik yang sampai dulu ke rumah blogger Azian Elias (Yan's Journal...)
(Susah nak buat pautan sekarang kerana tak tahu apa yang tak kena dengan komputer ini. Catatan buat di komputer dan kemudian masukkan gambar melalui telefon bimbit...)
Di rumah Yan, kakcik berjumpa dengan blogger-blogger yang dikenali dan tak dikenali. Malu rasanya bila orang kenal kita, sedangkan kita macam sombong sangat tak kenal orang! :( Walaubagaimanapun, makanan yang dihidangkan di meja Yan adalah sangat-sangat sedap. Terima kasih kepada Chef Ciju dan yang lain-lainnya. Tunggu punya tunggu, anak bertuah yang dua orang itu tak sampai-sampai juga. Ajak En. Suami beredar (sebab nak pergi ke rumah adik di Shah Alam juga), dia pula asyik kata 'tunggu Iyra dan Suzi sampai dulu'. Oh! rupa-rupanya ada kejutan... Iyra dan Suzi datang dengan sebiji kek SR yang enak untuk hari lahir kakcik. Terharu lagi! Apatah lagi bila mereka yang ada beramai-ramai menyanyikan lagu selamat hari lahir...

18 ulasan:

  1. sakan betul kak cik ek..kakcik rasanya ramai yang kenal..bagus jgk bila blog ni jadi medium ikatan silaturahimkan?

    BalasPadam
  2. bestnya.. happy belated birthday kakcik..

    BalasPadam
  3. hepy besday kakcik...
    nanti kalau ke shah alam lagi..jemput la singgah rumah saya yee..

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Lahir Kakcik. Semoga kebahagian sentiasa berdamping dengan Kakcik. Seronok sungguh makan Chef CiJu masak yer...aduhaiii jelesnya saya.

    BalasPadam
  5. selamat hari lahir kak cik!semoga diberkati Allah..(^_^)

    BalasPadam
  6. UNTUNG LA SIAP SAMBUT HARIJADI..:)

    BalasPadam
  7. Hu hu hu... kakcik dah keluar story beraya di rumah Kak Yan. Saya dah draf tapi belum publish, masih kiv lagi... heheheh....

    BalasPadam
  8. Senyum2 sampai ke malam kakcik, abg mus tu pandaikan simpan rahsia romantik gitu buat suprised kat isteri.

    BalasPadam
  9. bagus ayah bob tak bocor kan rahsia ek...

    BalasPadam
  10. takde rezeki kita nak bertemu lah kakcik...Saya & wife sampai awal kat rumah Kak Yan hari tu...kul 2.30pm saya dah balik...:)

    BalasPadam
  11. hahahaha.. rasanya dah lebih 10 kali ayah asyik call tanya kitorg kat mana.. huwaaaaaaaa... sampaikan dak jujie da transform jadi donut la dlm kete gara2 jem x sampai2 lagi.. hahaha..
    Alhamdulilah.. indahnya perasaan bila membahagiakan org lain..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.