Kawan-kawan kakcik

Isnin, 12 Ogos 2013

Bila kita diberi ruang dan peluang...

janganlah kita berlagak bagai belalang
yang menyangka dirinya helang
sesuka hati terbang melayang
tanpa sedar ada mata yang memandang

bila kita diberi ruang
hati-hatilah membawa diri
takut tersasar ke daerah orang
sayang bercambah menjadi benci

bila kita diberi peluang
jangan sesuka menunjuk belang
merebut segala yang terbentang dan terhidang
mengundang sakit di hati orang

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Selamat raya maaf zahir batin kak cik...insha allah ada peluang kita borak2 sembang kosong

    BalasPadam
  2. selamat hari raya kak cik
    maaf zahir batin

    BalasPadam
  3. Selamat hari raya kakcik ampun dan maaf dipinta sekira ada tersasar bahasa....

    BalasPadam
  4. betul...masuk kandang kambing mengembek....masuk kandang harimau mengaum...jgn tunjuk lagak seolah diri serba tahu..

    BalasPadam
  5. bak kata peribahasa: tidak hilang bisa ular menyusur akar. jadilah seperti padi; semakin berisi semakin tunduk.

    BalasPadam
  6. selamat hari raya, kakcik..maaf zahir batin. ikut resam setempat..kata orang. :-)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.