Kawan-kawan kakcik

Isnin, 24 Jun 2013

Hari ini anak-anak bercuti...

seronoklah mereka dapat menyambung tidur lagi
tidak terfikir pun sebenarnya mereka yang rugi
berlalu satu hari tanpa ilmu dapat digali
peperiksaan akan menjelma tak lama lagi
lainlah kalau mereka bijak bistari
tak ke sekolah boleh ulangkaji sendiri



notataksiapatanya : Aku juga yang sibuk entah apa-apa.  Hujung minggu ke sini sana.  Hari kerja kononnya sibuk dengan kerja.  Kini terasa semakin jauh dari kawan-kawan maya... :(

32 ulasan:

  1. anak bujang saya pun sambung tido lagi..semalam sampai rumah jam 1 pagi..cuti sem 3 bulan...letih bergilir drive dari Gambang ke Kulim kut..

    BalasPadam
  2. Heheheheh....Hrpnya bgn t, mrk dpt bt sesuatu yg bermanfaat.

    BalasPadam
  3. tak pe, bukan cuti betul pun, cuti berganti tu, sekolah saya pun macam tu, tapi yang lawaknya tak tau pun sekolah cuti, sampai2 sekolah tak ada kereta cikgu! Akak guard pulak ketawakan sebab cikgu terkena!....

    BalasPadam
  4. kenapa mak terasa jauh dari alam maya..dee masih di sini..btw..anak dee merungut tak sekolah..katanya bukan cuti pun..nanti kena ganti..dia tak suka sekolah on saturday..hehehe..

    BalasPadam
  5. kakcik,
    hanya orang pencen saja yang tak sibuk...haha.

    BalasPadam
  6. tp yg kena keje...kena jg wat keje ;-)

    BalasPadam
  7. akak semakin sibuk sekarang, takpe kak kerja sungguh2 :)

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Kak Cik

    jalan lengang pagi tadi

    BalasPadam
  9. anak2 sy...klau cuti pun bngun awal gak kak,...da biasa gaknya....

    BalasPadam
  10. Bukan main suka lagi si kecik saya, Yana, tak kesekolah....

    BalasPadam
  11. dapat sambung rehat sehari..(^_^)..bagila peluang kepada mereka..janji kerja sekolah cikgu bagi siap kesemuanya..hehe

    BalasPadam
  12. salam bonda..seronok kan dapat cuti...

    BalasPadam
  13. Iyra pon dlm umah je.. gara2 g outdoor dgn tich.. kitorg da sakit tekak.. huhu.. mak take care.. jgn risau.. kawan2 maya mak sentiasa ada disini..

    BalasPadam
  14. Takpe.... Ilmu tu boleh di cari walaupun dok dlm rumah. Tapi kesihatan lagi penting.

    BalasPadam
  15. kak bestnyer uti-cutikan...anak saya masih lagi sekolah hari ni mungkin kat perak ni ok agi kot jerebunyer...

    BalasPadam
  16. takpe kakcik, nnti boleh di ganti di hari cuti yg lain, ni terpaksa demi utk kesihatan mereka jugak

    BalasPadam
  17. demi kesihatan semua.. eloklah sekolah ditutup..

    BalasPadam
  18. Duduk rumah....study dalam rumah..:)

    BalasPadam
  19. itu lah..syok le depa..tapi syok2 pun kena dok dalam umah je...tetap kena belajo..heheh

    BalasPadam
  20. bestnya dorang dapat cuti...
    kita di pejabat ni bila lagi...

    BalasPadam
  21. tu la. kalu budak2 cuti memang la derang suka...

    tp tak tau hazab mak pak kene bercuti sama. terkorban cuti sekali... pastu ta lama lagi sure ada kelas ganti..

    ha time tu jenuh la nak susun jadual. x bertindih dgn hari bersama keluarga,....

    Sumijelly.com

    BalasPadam
  22. hehe betul tu kak dah dekat sangat kita haitu.. tapi belum jodoh... akak kesini pun tak berkesempatan jugak nak berjumpa.

    BalasPadam
  23. Bila dapat cuti macam tu kena betul2 berdisiplin & buat ulangkaji di rumah, kan. Hari ni nampak suasana di tempat saya dah mula diserang jerebu. Harapnya hujan akan turun..

    BalasPadam
  24. kakakku kakcik..
    kakcik sentiasa dekat di hati..

    BalasPadam
  25. Kalau depa kena pi sekolah pun risau jugak, kita yg keluaq sat2 pun tekak, mata, hidung pedih perit.. macam nak sesak nafas pun ada...

    BalasPadam
  26. Bersorak anak jiran sebelah, esok Selangor cuti lg.. kat tv td ada story. Walaupun cuti tetap kena ulangkaji :)

    BalasPadam
  27. kalau zi jadi bebudak memang hooray la dapat cuti hehehe buku kompom tak pandang dah

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com