Kawan-kawan kakcik

Khamis, 20 Jun 2013

Aturan hidup kita memang tak sama...

Kalaulah kita boleh menentukan aturan itu, pastinya kita mahu yang baik-baik sahaja - maksudnya segala kesenangan dan kemewahan adalah milik kita.

Penjenayah melakukan jenayah pun kerana mahukan kesenangan dan kemewahan hidup.

Masalahnya, bukan kita yang menentukan aturan hidup ini walaupun kita dituntut untuk berusaha.  Andai ditentukan sesuatu itu bukan rezeki kita, maka ianya tidak akan kita miliki walau sekeras mana kita berusaha untuk mendapatkannya.  Tapi, adakah kita boleh berputus asa?  Tidak.  Sama sekali kita tidak boleh mengalah.  Jika rezeki kita tidak di sini, ianya mungkin ada di sana...

Jadi, janganlah kita berhenti untuk terus berusaha disamping berdoa agar Dia memberikan rahmatNya...

25 ulasan:

  1. setuju mak.
    hanya berdoa dan memohon kepada Allah..
    pasti ada hikmah untuk semua yang terjadi.. :)

    BalasPadam
  2. Betul..

    Jangan putus asa.. yang penting usaha, jangan usaha cari rezeki tak halal sudahla..

    BalasPadam
  3. betul tu mak..jgn pernah berhenti berusaha..

    BalasPadam
  4. sangat betul =)
    Allah pasti akan memakbulkan doa hambaNYA yang tak pernah putus

    BalasPadam
  5. Betul Kakcik. Rezeki di tangan Tuhan. Tapi manusia kenalah berusaha. Tapi klu berusaha tetap mahal rezekinya, jgnlah putus asa. st ada hikmah, kan?

    BalasPadam
  6. Org yg cepat putus asa hatinya 'kecik'.
    Jadi biar ada 'hati besar' agar ada usaha dilakukan.

    BalasPadam
  7. Lama x jenguk blog kak cik bukan apa kengkadang x boleh bukak...
    Rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari betoi x ???hihihi

    BalasPadam
  8. aturan yg telah DIA tetapkan adalah yg terbaik utk hambaNYA..

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum,
    Jom kita usaha & kerja keras dulu, kemudian doa...akhirnya redha. andai bukan rezeki kita, lepaskanlah.

    BalasPadam
  10. assalam,

    jodoh, rezqi dan maut ditangan Allah..

    BalasPadam
  11. berhenti berusaha = berhentilah rezeki

    BalasPadam
  12. Teruskan perjuangan kerana lepas satu, satu kita akan diuji.. berhenti berusaha apabila mati menjemput..

    BalasPadam
  13. betul kak.. dah kalau Allah tetapkan itu bukan hak kita, tetap bukan kita punya tapi tak semestinya kita berhenti berusaha dan berdoa kepadaNYA..

    BalasPadam
  14. betul tu kak, tp kadang2 utk terima kenyataan n redha tu pyh kak...

    BalasPadam
  15. betul la..apa yang kita buat selama ni hanya untuk kesenangan di masa depan..kena la berusaha kan walaupun hasil nya tak pasti..heheh

    BalasPadam
  16. assalamualaikum kakcik...betul tu inshaAllah...:)

    BalasPadam
  17. betul tu kak..kita buat kerja kita...apa yang DIA tetapkan bukan dalam pengetahuan kita

    BalasPadam
  18. Saya tak nak mewah, nak sejahtera hidup.selesa bergerak

    BalasPadam
  19. salam kakakku kakcik...
    kunci kebahagiaan adalah ketenangan..kunci ketenangan adalah redha..bersangka baik kepada Allah

    BalasPadam
  20. jodoh, rezeki, ajal, maut dah semuanya di tangan Allah.. masalah yg kita hadapi tanpa pengetahuan org lain pon pemberianNYA jugak..

    BalasPadam
  21. Kita usaha, istiqamah, tawakal..insyAllah kan Kakcik

    BalasPadam
  22. Usaha lif kejayaan. Yg penting jgn putus asa.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com