Kalau 'terpaksa' bermalam di Teluk Intan, suami akan menempah bilik di Anson Hotel. Bilik Deluxe yang ditempah memang sudah cukup selesa untuk kami bertiga beranak. (Kalau datang berenam pun masih selesa dengan syarat bawa alas tidur @ toto dan bantal sendiri) |
Hotel ini terletak di Jalan Sekolah, Teluk Intan. Bertaraf 2 bintang dengan kadar sewa untuk sehari semalam antara RM90 - RM180 |
Ruang lobinya luas dan selesa tapi tiada restoran yang menyediakan sarapan pagi / makan tengahri mahupun makan malam di sini. Jadi, pandai- pandailah 'bawa diri' untuk cari makanan, ya. :) |
Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso @ Socso) terletak di seberang jalan berhadapan dengan Anson Hotel ini. |
Geram punya pasal, akhirnya kakcik dan BS menyeberangi jalan ke pejabat Celcom untuk membeli PortaWiFi ini! |
Pastinya keselesaan di Anson Hotel sama sekali tidak sama dengan keselesaan yang dinikmati di Hotel Sunway Seberang Jaya. Tengoklah betapa lenanya Budak Sepet itu. Internet percuma pun dapat dilayari tanpa masalah. (^~^) |
salam
BalasPadamsaya pulak jenis tak boleh beralih tempat tido...kalau ke hotel..bermakna membilang saat utk menunggu hari siang la jawabnya..langsung tak boleh tido..
salam
BalasPadamsinggah pagi isnin
semoga bulan 4 memberi banyak kecerian dalam idup
Jarang tdo hotel sbb tu x reti nak banding2 keselesaan.. kira ok je asal dapat tdo, tapi pilihan pertama ialah hotel yg selesa tp murrraaahhh...
BalasPadamKalu berjalan or outstation tanpa perancangan awal, redah saja la mana yang sempat. Asal boleh lelap mata. ok ler tu.
BalasPadamkakcik dah tak ada kat penang lagi ka?
BalasPadamDah balik ke KL Sabtu lepas. :)
PadamLain tempat lain suasana dan perkhidmatannya..tapi saya pun suka kalau bilik luas...hehe
BalasPadamKakcik singgah tak menara condong? :)
BalasPadamDah selalu singgah sebelum ni. :)
Padambleh jg la inap kt sini kalu dtg ke teluk intan ni
BalasPadammak, kat sebelah anson hotel tu la ada laksa hawai. singgah makan tak????
BalasPadamhahaha. mengelabah k.cik bila tak de internet. Tension kan...
BalasPadamada banyak beza hotel 2 bintang dgn 5.. semoga april ini semakin ceria di samping keluarga :)
BalasPadamYang penting dapat tempat rehat dan luruskan pinggang dengan selesa kan Kakcik?
BalasPadamKena tukar Teluk Intan Hotel dah ni patutnya.....
BalasPadammak porta wifi tu berapa rm?
BalasPadamMak beli yang pakej RM68 sebulan, tapi sekarang ada promosi (katanya), jadi mak cuma perlu bayar RM50 sebulan. Pendaftaran dan alat tu perlu bayar RM199.00
Padampergi teluk intan ada makan dekat mastan ghani tak kakcik?
BalasPadamBS lebih suka makan nasi kandar Gulam Rasul. :)
PadamSeronok kakcik dapat selalu ikut abang Bob pi rata2..
BalasPadamAda pejabat Bernas ke kat Teluk Intan?
tak pernah sampai sana..mmg pasal wifi kat hotel tu..buat sakit hati jer..hihi..napa ntah..kedekut sangat nak bg yg percuma,..sepatutunya masuk dlm pakej laa ia tak..hihiih..lenanya anak bujang tuu
BalasPadamMahal tak porta wifi tu?
BalasPadamBagi mak, mahallah juga. Terpaksa punya pasal, belilah juga. :)
Padamsalam kakcik, hotel selesa tido pun lena kan hihi
BalasPadamhehehe oklah tu kakcik !
BalasPadamKakcik ... sebelah hotel ni lah sekolah liya.. sm convent teluk intan.. Hehe teluk anson le tempat dimana liya membesar sehingga kini..lepas ni kalau kakcik lalu sini lagi bagitau liya yer.. manatau liya ada kt kg leh jumpa :)
BalasPadamUish...nmpk selesa betul hotel ni kakcik....
BalasPadamsalam kenal dari fifi..
BalasPadamtq for da info.. fifi nak kene kerje luar kawasan next week di teluk intan.. hotel oh hotel.. masih mencari..