Kawan-kawan kakcik

Selasa, 2 April 2013

Singgah di Cendol Bakar...

Telah banyak 'ulasan' diberikan tentang Cendol Bakar ini oleh blogger-blogger lain.  Jadi, kakcik tidak berhasrat untuk mengulas dengan panjang lebar lagi.  Gambar-gambar dimasukkan di sini sekadar untuk mengesahkan bahawa kakcik telah pernah singgah di Cendol Bakar ini...
Sebenarnya BS tak minum pun cendol itu.  Maknya
yang tolong habiskan.  BS minum teh tarik (iya, mak
BS selalu kata 'BS macam orang tua', suka sangat
minum teh tarik bila singgah di kedai makan.)


Kami 3 beranak duduk di gerai ini sebab nak pesan
makanan lain...

Gambar ini Encik Suami yang rakam...

...dan gambar ini juga


Rojak - kakcik punya (RM3.50)


Nasi ayam ini tentunya BS punya (RM4.50)


Mee Jawa (kuahnya berwarna putih, tapi rasanya
boleh tahan), En Suami punya (RM3.50)


Kenapa dinamakan Cendol Bakar?  Adakah cendolnya dibakar?  Atau tuan punya gerai itu bernama Bakar?

Jawapannya di SINI

v


v


v


v


v



18 ulasan:

  1. wah.... yum yum... mesti best kan... tgk kat tv pun dah terliur... hehe

    BalasPadam
  2. Ohhhh.... akhirnya terjawab la pelbagai andaian dan tekaan tentang dari mana datangnya nama BAKAR itu.

    Saya tingin nak pegi, tapi kalu boleh pada hari biasa. Hujung minggu biasanya penuh kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kakcik singgah pada Khamis lepas, memang agak selesa sebab belum ramai pengunjung...

      Padam
  3. ya kakcik..dh banyak saya baca pasal keistimewaan cendul bakar ni oleh blogger...sayangnya agak jauh utk saya terjah..:)

    BalasPadam
  4. amboi kakchik terliur haih.. emm slurrp...

    BalasPadam
  5. Sedapnye... Pepagi tgk makanan... Laparrrr... Heeer

    BalasPadam
  6. Saya mmg suka cendol..
    Mesti sedap tu kannn...

    BalasPadam
  7. salam kakcik..

    oh.. itu ke sebabnya.. sebelum ni dengar banyak versi juga ttg cerita nama cendol bakar tu.. sampaikan kami jadi tertarik untuk singgah minum cendol di situ..

    BalasPadam
  8. tak singgah sini lagi .. kena singgah kasi tepek kat blog gakkan.. .baru der bukti...

    BalasPadam
  9. ooooo...........gulanya yang dibakar...mmmm

    BalasPadam
  10. baca tajuk i ingat cendol tu dibakar atau cik bakar punya kedai cendol hahahahah...

    sedapnya le pulak..terliur dah

    BalasPadam
  11. Ooo..betul lah yer, memang gulanya di bakar. First time saya jumpa gambar gulanya di bakar. Exclusive blog Kakcik. Oh yer, macam mana review Kakcik dengan rojak tu?

    BalasPadam
  12. la mati2 ingat nama tokei tu bakar..pernah masuk tv kan?tapi tengok gitu2 je hehe

    BalasPadam
  13. assalamualaikum kakcik...sedapnya terliur rasanya...:)

    BalasPadam
  14. ddulu liya ingat cendol dibakar hehe rupanya daddy qalesya cakap nama tokey cendol ni bakar hehe

    BalasPadam
  15. skrg cuaca tgh panas..memang best makan cendol

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com