Kawan-kawan kakcik

Isnin, 8 April 2013

Mencari Makanan Barat Yang Enak? Singgahlah di Moon's Kitchen...

...anda pasti tidak akan menyesal. Dengan hidangan di bawah RM30.00 setiap pinggan, gaya hidangan yang mengalahkan restoran 5 bintang dan keenakan yang tiada tandingan, duit yang dikeluarkan adalah berbaloi. Telah berkali-kali kakcik dan keluarga makan di sini dan ia tetap tidak dapat ditandingi oleh mana-mana restoran makanan barat yang kami kunjungi sebelum ini.

Ia hanya sebuah kedai makan kecil yang terletak di Pandan Indah, Ampang. Bagi yang tak pernah sampai ke sini, petunjuknya ialah Sekolah Menengah Pandan Indah. Bertentangan dengan SMPI, anda akan melihat kedai 7 Eleven. Moon's Kitchen terletak di deretan kedai makan tidak jauh dari 7 Eleven itu (7 Eleven disebelah kiri, surau di sebelah kanan - terus beberapa meter ke hadapan. Bersetentangan dengan rumah pangsa terletaknya deretan kedai makan itu)

Anak-anak kakcik tak pernah jemu makan
kupang yang enak ini.



Chicken Chop yang juga tiada tandingan
rasanya di tekak kami



Spaghetti Bolognaise


Lai Chee Kang


Old English Serloin Steak


Lamb Rib


Apaentahnamanya!


'Iya, sepinggan ini hanya untuk saya tau!'


'Saya akui kesedapannya hingga menjilat tulang!'

33 ulasan:

  1. assalam kak cik...tak pandai acik nak cari tu..tapi bila kak cikkata chicken chop yang sedap teruja acik..acik pernah makan chicken chop yang sedap masa kerje klia dulu je..lepas tu semuanya tak menepati piawaian tekak acik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dokek yo dongan ghumah den...jom den bawakkan Acik ke situ. :)

      (macamlah Acik tahu rumah kakcik di mana, kan?)

      Padam
  2. Assalamualaikum,
    Fuhhhhhh! tgk je pun dah menyelerakan...

    BalasPadam
  3. Da elok western nyer tetiba ada lai chi kang...apakah??? :-)

    BalasPadam
  4. mmmmm. menyelerakanlah kak cik, agak2 nak tukar selera bolehla menyinggah ni ;)

    BalasPadam
  5. mmg nmpk myelerakan tu kak...leh la try..QH suka cri tmpt mkn yg sedap2..tq

    BalasPadam
  6. Sebenarnya dah pasang niat tak nak dinner malam ni, tup tup singgah di sini dan tgok foto2 yg menggugat iman ini..hai lah badan, esuk2 jer lah berdiet nyer..Nak cari chicken choppp.....nak cari chicken choppp.......

    BalasPadam
  7. haah laa nampak sedap sangat, geram lah kat kakcik sebab saya tak dapat makan ni :)

    BalasPadam
  8. kupang tu nampak cukup sedap la kakcik. bila makcik ke kl nanti, kita calling calling ok

    BalasPadam
  9. kalau dekat dengan rumah saya memang selalu akan saya ke sana... :)

    BalasPadam
  10. akak pandai buat deno terliur... emm... sedapnya!

    p/s: AL-FATIHAH buat rakan SLE yang baru meninggal... arwah adik Farah Najwa

    BalasPadam
  11. assalam kakchik..kena masuk dalam list ni bila dil balik m'sia....nampak sangat menyelerakan...salam ukhuwah.....:-)

    BalasPadam
  12. tqs kakcik... kena cari ni & try ni..

    BalasPadam
  13. dekorasinya pun amat menawan kalbu.....tengok gambar pun dah tahu bertapa enaknya...

    BalasPadam
  14. semuanya nampak sedap...kakcik..kat mana restoran ni...

    BalasPadam
  15. Teringin juga ni, kakcik. Tapi ialah... masing-masing dengan rezeki dan peluang masing-masing!

    BalasPadam
  16. hamboi.. model tuh mkn sungguh2.. jahat sgt tuh model duk tayang2.. hahahaha.. sape la model tuh kan...

    BalasPadam
  17. nampak sedap tu kakcik

    BalasPadam
  18. Huish sedapnya nampak semua tu.. yum yum...

    BalasPadam
  19. Haih!!!..petang2 mcm ni dgn perut dah mula lapar semula..nampak pulak menu yg menyelerakan ni...perghhhh rasa mcm balik kerja nnt nak terus pergi kat sini...

    BalasPadam
  20. Semua nmpk sedap kakcik, tp paling teringin kupang tu..

    BalasPadam
  21. Sedapnya.....berselera anak makan... :D

    BalasPadam
  22. Peh!!! Menarik ni Kakcik. Tapi jauhnyeeeeeeee!

    BalasPadam
  23. Salam perkenalan..saya pengedar D'apple Frozen Chicken Chop . kalau gamak mengidam takyah pening2.do it your self. dalam 1 pek ada 1 paha ayam, tepung goreng, sos dan kentang. 6 minit je diperlukan untuk goreng ayam. cepatkan? cer masuk www.facebook.com/dapplekotadamansara.

    saiful, 0193437769

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com