Kawan-kawan kakcik

Selasa, 2 April 2013

Abil dan Gee - Allah tahu apa yang terbaik buat mereka...

Sebuah kisah cinta yang mungkin tidak sehebat kisah-kisah yang sering didendangkan, namun ianya tetap terpahat sebagai satu memori kehidupan bagi Abil sendiri.  

Hari ini, 2/4/2013 -  Gee telah dijemput kembali ke pangkuan Ilahi.  Di usia 39 tahun (Gee menyambut ulangtahun kelahiran ke 39 pada 13 Mac, 2013), Gee pergi meninggalkan Abil yang mencintainya sepenuh hati.  Semoga Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang menempatkan roh Gee @ Fauziah bt Siti Esah di Jannah dan menyirami hati Abil dengan kesabaran serta redha yang bukan sedikit.

Al-Fatihah.

Abil sedang ditemuramah oleh para wartawan

Abil membacakan doa buat almarhum isteri kesayangannya


Tempat pembaringan Gee yang kini tinggal sepi

Siapa yang menenangkan siapa ni?

Kucupan akhir seorang suami

Sewaktu balik, ada lori minyak terbalik di tol keluar menuju Kuala Lumpur.
 Terpaksa keluar di tol menghala ke Selatan dan pusing balik di plaza tol Seremban.

36 ulasan:

  1. ayah neh jiwa lembut betul.. air mata mudah mengalir.. touching ai tgk pic tuh~ sob sob sob...

    BalasPadam
  2. Semuga roh arwah ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman ..ya Allah berikan kekuatan dan ketabahan pada mereka yang tinggal..insya allah

    BalasPadam
  3. sedih plak melihat picnye kakcik...

    BalasPadam
  4. takbir....yg pergi selamat dah..semoga dia sentiasa dlm dakapan Ilahi...yg tinggal...moga abg abil tabah....hari ini abg abil nmpak kuat...esok2 dan esok??!!... normally hari2 slps hari ini amat perit buat yg ditinggalkan...saya pernah dlm situasi abil...sangat sayu..bila rutin kita tetiba jer berubah 360 darjah..semoga ada kwn yg sudi menenangkan abg abil waktu itu n semoga abg abil sentiasa kuat...

    BalasPadam
  5. Assalamuakaikum..tadi pg dpt berita dari blog akk...masih menunggu berita baru...alhamdullilah akk pun dah balik selamat menziarah jenazah...sebak melihat gambar2 ini...sedekah Al'fatihah utuk arwah...tq kak beri gambar2 tekini...moga abg Abel tabah dgn ujian ini...

    BalasPadam
  6. berakhir sudah penderitaan dunia buat Gee...semoga yg ditinggalkan tabah menghadapi..

    BalasPadam
  7. Mungkin selepas kami keluar, Kakcik tiba kot...

    Kalau tak, boleh kita bertemu tadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik sampai dalam pukul 12.00 dan balik sejam kemudian. Aziela sampai pukul berapa? :)

      Padam
    2. Oh, terbalik. Saya yang lewat. Saya tiba pukul 1.30.

      Padam
  8. sedih bca blog warkah buat isteri td..

    BalasPadam
  9. alfatihah untuk arwah..sedih pulak..tapi Allah tau apa yang terbaik untuk mereka..

    BalasPadam
  10. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

    BalasPadam
  11. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarmah....Al-Fatihah.

    BalasPadam
  12. semoga allah meletakkan arwah di Jannahnya...alfatihah...

    BalasPadam
  13. Semoga arwah diletakkan dlm kalangan hsmbanya yg beriman..
    Kasih sayang abil membuatkan arwah tenang di sana..
    Harapi en abil reda dgn pemerhiannya krn telah banyak pengorbanan yg dilakukAnnya..

    BalasPadam
  14. Tkasih. Dah petang baru mama buka blog ni. Al Fatihah.Dari blog KC mama byk tau cerita Abil.

    BalasPadam
  15. Hibanya dengan paparan kakcik ini. Semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan mereka yang dikasihi, dirahmati dan diredhai-Nya. Dan semoga Allah memberi kesabaran kepada ahli keluarga yang tinggal.

    BalasPadam
  16. Baru baca berita ni. X sempat singgah sbb seharian berworkshop. Harap encik abil tabah dan redha atas pemergian isteri. K gee org yg beruntung sbb dapat suami mcm en abil. 1 dalam beribu. Miga ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.

    BalasPadam
  17. al Fatihah..
    moga kakak Gee tenang di sana

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum,
    DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang dicintai Nya. Aminnn.

    BalasPadam
  19. DariNya kita datang kepadaNya jua kita kembali...
    Tamat sudah perjalanan arwah di dunia ini.....moga ruhnya ditempatkan bersama ruh org2 beriman disisiNya ameeenn
    Moga abil tabah ya kakcik....kita yg memandang ni pun terasa sedih pilu..apatah lagi dia kan
    Mood sedih hari ni...:(

    BalasPadam
  20. Innalillahiwainnailaihirojiun..Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman. Al-Fatihah..

    BalasPadam
  21. berapa lama yek ka cik gee terlantar sakit?
    salam takziah

    BalasPadam
  22. Takziah dan al Fatihah utk arwah Gee semoga roh nya tenang di alam sana..

    BalasPadam
  23. tabahnya Abil..
    redha...

    moga syurga tmpat Gee..Inallilahirojiun

    BalasPadam
  24. alfatihah .... moga arwah tenang di sana

    saya pun bercadang juga nak melawat tadi tapi suami pula tak dapat menemankan.. moga Abil dan keluarganya sabar dan redha

    BalasPadam
  25. Innalillahhiwainnailahirajiun.. moga syurga menanti dia disana...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com