31/1/2013 - Khamis : Bertolak ke Johor di sebelah petang. Terus ke Hotel Selesa, Johor Bharu di mana Angah sedang bertugas sebagai urusetia kursus. Selepas Maghrib, kami (kakcik, suami, Angah dan BS) ke rumah adik angkat kakcik di Pasir Gudang. Kemudian kami ke Pantai Senibong untuk makan malam.
1/2/2012 = Jumaat. Hari cuti bagi 3 buah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Disebabkan tiada temujanji dengan sesiapa, kami keluar dari hotel jam 8.30 pagi dan bertolak balik ke Kuala Lumpur.
2/2/2013 = Sabtu. Kakcik ajak suami untuk mengambil Rose (ibu kepada Adam Firdaus - bukan Adam Syukri) di Institut Pediatrik untuk bersarapan. Bersembang-sembang dengan Rose tentang 'mulut orang yang hanya tahu bercakap berdasarkan khabar angin tanpa menyelidik sama ada ianya fakta atau auta'.
Kami juga bertanya sama ada Rose mahu pulang sebentar ke Melaka untuk 'melihat' keluarganya yang telah 3 bulan ditinggalkan sejak dia menjaga Adam di HKL. Ternyata Rose berat hati untuk meninggalkan Adam walau untuk seketika.
Jam 2.00 petang hari yang sama, kami (kakcik, suami dan BS) ke Saujana Utama - rumah Kakchik Ella. Ella mengadakan kenduri kesyukuran kerana anaknya Aiman telah sihat sepenuhnya selepas terbabit dalam kemalangan beberapa bulan lepas.
Di majlis ini, pertama kali kakcik bertemu secara nyata dengan blogger Alin Marlini. Kali yang entah ke berapa dengan Dato' LF dan Datin, begitu juga dengan Ella. Kemesraan maya yang dinyatakan. |
Semua makanan yang dihidangkan adalah sangat-sangat sedap - termasuklah sirap yang ada rasa kulit kayu manis atau cengkih itu. (eh... betul ke Ella?) |
Balik dari rumah Ella, kami terperangkap dalam kesesakan 'yang sangat- sangatlah sesaknya'. Lebih dua jam kami dalam kesesakan itu yang akhirnya kami ketahui berpunca dari Pesta Ponggal di Batu Caves. |
Sebaik tiba di rumah, tergesa-gesa menunaikan solat yang hampir luput waktu dan kemudian menyalin pakaian. Temujanji seterusnya untuk bertemu kawan suami di Nilai. Kami dibawa pula untuk menjamu selera di Restoran Aunty Aini's. (Khabarnya restoran ini milik keluarga pelakon sensasi lagi kontroversi - Zarina Anjoulie). Kali ini kami disertai oleh adik perempuan kakcik bersama suami dan anaknya.
Terima kasih kepada kawan suami kakcik yang membelanja kami makan makanan yang sangat enak di sini. Kawan suami kakcik datang bersama isteri dan dua anaknya. Murah rezeki mereka, InsyaAllah. |
3/2/2013 = Ahad. Awal pagi, kakcik bersama suami dan BS ke pasar Chow Kit. Kemudian kami membuat temujanji dengan adik dan adik ipar kakcik untuk bersarapan di Batang Kali.
Kami tak pasti ada program apa di sini. |
Sedang bersarapan, Along menelefon minta kami semua balik dan berkumpul di rumah kerana dia hendak membelanja kami makan. Sepatutnya program makan-makan tajaan Along ini berlangsung minggu depan (10/2/2013) sempena hari ulangtahun kelahiran ayahnya. Disebabkan beberapa ahli keluarga akan bercuti berikutan cuti hujung minggu yang bersambung dengan cuti Tahun Baru Cina, program makan-makan itu dipercepatkan. Disebabkan masa yang suntuk, maka pilihan tempat makan pun 'main terjah' saja...
Wah... Padat tul aktiviti ea... Penuhvn full mcm vvip...
BalasPadamkakcik ... padatnya jadual. Terima kasih datang rmh ella ye kakcik. betul la kakvik, air gula sirap tu dimasak dengan daun pandan, kayu manis dan bunga cengkih. Alhamdulillah .. rezeki tetamu dpt mkn yg sedap-sedap di rumah Ella Maaf andai ada apa-apa kekurangan ye kakcik.
BalasPadamkakcik ala2 vvip la,padat dgn program dan event mcm2.terliur tengok kerang rebus tu.
BalasPadamsonoknyer kakciknur seroja jumpe kawan2 blogger kannns..,e HHHe
BalasPadamnie la namenye aktiviti makan-makan kan bonda..sedap tgk makanan kat atas nie
BalasPadamMmg padat aktiviti hujung minggu..tapi seronok bila brrkumpul ramai mcm tuu...meriah...
BalasPadamWah kakcik berjalan sokmo je yea..Seronoknya laaa..:)
BalasPadamKak Chikkkkkkk....kakchik dekat Johor ke? Alaa rindunya nak makan ke senibong. Hari tu pergi JB nak gi USS tak sempat nak ke sana sebab tak drive..jalan pon tak tahu. Jauh sikit kan..
BalasPadampadatnya aktiviti kakcik.
BalasPadamyg bestnya acara mkn2 ..berkumpul ramai2
meriah :)
Assalamualaikum Kak Cik
BalasPadammoga diberkati
wahhhh meriah!
BalasPadamwahhhh..... sungguh meriah... penuh dengan aktiviti... best...
BalasPadampehhh... kerang rebus kegemarankuuuuu....
BalasPadamsy salute mak sbb masih larat nk ke sana ke sini...smoga terus sihat walafiat.. :)
BalasPadamfuh.. padat dengan xtvt..
BalasPadamseronok dapat berjumpa dengan rakan2 dan saudara-mara.. ;)
buah pun kalau orang bayar manisnya rasa lain macam, kan.. kan...
BalasPadamWahhh... padatnya aktiviti blogger kakcik seroja ni... Yang bagusnya semua aktiviti boleh mengeratkan silaturahim dgn org lain. Cayalah kak cik.
BalasPadamSalam Kak Cik.... wah seronoknya makan kat Senibong. Lama dah tak makan kat situ.
BalasPadamp/s - Kami akhirnya kembali ke blog lama (radinsah.blogspot.com).
Harap sangat kita dapat berjumpa ye Kak Cik.
Ni bukan Jalan2 Cari Makan... ni jalan2 dapat makan... yang best sebab banyak yang makan free... murah rezeki kakcik dan semoga murah juga rezeki orang yang belanja...
BalasPadamjelesnya..saya tak dapat memenuhi jemputan KC ella.. T_T
BalasPadammeriah. terbaikla gamba insta place tu. hehe
BalasPadampenuh betul aktviti kakcik..sure penat tp seronok kan..
BalasPadamAduhai...padat sendat program kakcik ni yer....hebat dan yg bestnya bila melobatkan...MAKAN MAKAN...
BalasPadamperjalanan yg penuh dengan makan2.. bestnya
BalasPadamSubhanallah.. seronoknya tgk jadual kakcik sekeluarga yg terisi dengan perkara2 yang best2 dan baik2 tu.. terkilannya tak dapat nak memenuhi undangan KC hari tu.. klu tak dapat jumpa dgn kakcik juga..
BalasPadamWAH MERIAH XTVT MAKAN2 KAKCIK NI ;)
BalasPadammengah pulak baca catatan kakcik kali ni..hihii...
BalasPadamBest nya dpt gi rumah kakcik Ella tu....saya tak dpt hadir..
BalasPadamSenibong tu saya malas nakgi la kakcik, bagi saya, harganya mahal...Tapi sekali sekala takpa la kot...
aunty aini's tu mmg mak kepada zarina anjolie...saya & fiza tahu, sebab aunty aini's tu makcik sedara sepupu fiza...hahahaha
wah,memang full aktiviti hujung minggu kak cik, paling best bila dapat kumpul dgn ahli keluarga kan...
BalasPadamKalau menu sedap memang bertambahlah nasi.
BalasPadamwah betul2 padat ye jadual kakcik ni
BalasPadamWau! Kakcik ni penuh dgn aktiviti je.....sonok lak baca.
BalasPadam