Kepada kawan-kawan kakcik yang telah bermurah hati memberikan sumbangan buat Fabian dan ibunya, (anda tahu siapa anda), Diana mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Wang tersebut telah kakcik sampaikan sewaktu kakcik melawat mereka petang semalam. Ternyata Diana sangat terharu dengan kebaikan mereka yang sudi membantunya.
Petang semalam, kakcik dan suami bercadang membawa mereka keluar untuk 'melihat-lihat' Kuala Lumpur, tapi tidak mendapat kebenaran dari pihak hospital. Mungkin lain kali. Kesian melihat mereka yang 'terkurung' berminggu-minggu tanpa dapat dipastikan bilakah mereke boleh 'bebas'.
Gambar ini kakcik rakamkan petang semalam. Nampak wajah sugul Fabian setiap kali kami akan meninggalkan mereka. |
Terima kasih juga kepada adik kakcik DjEpoi yang sanggup meluangkan masa menziarahi dan memberikan sedikit kegembiraan kepada kedua beranak ini |
alhamdulillah moga sumabangan yang diberikan dapat meringankan beban
BalasPadamsemoga segalanya dipermudahkan buat mereka..amin...
BalasPadamDiana dan Fabian mesti dah anggap kakcik dan keluarga bagaikan saudara. Susah nak dapat macam ini kakcik. Kalau ada press yg tahu boleh masuk paper..
BalasPadampasti mereka bosan dok hptl lama2 tp untung la ada org seperti kakcik yg sentiasa ada bersama juga rakan2 lain yg mana sudi melawat mereka.
BalasPadamnanti bila pihak hospital dah lepaskan, boleh la mak dengan ayah bawak mereka jalan jalan pulak. :)
BalasPadamBeruntung Diana dan Fabian dpt kenalan spt Kakcik & keluarga.. Teruskan usaha murni Kakcik.
BalasPadamalhamdulillah.
BalasPadamalhamdulillah..ye setuju..Diana dan Febian sgt2 beruntung kerana masih ada insan yang prihatin..
BalasPadamalhamdulillah!
BalasPadamBanyak ke jumlah sumbangan kakcik? Lepas ni mereka kena berada di sini utk berapa lama lagi? Mungkin ada yang ingin terus membantu memberi sumbangan.
BalasPadamTerus terang, jumlah terkumpul adalah sebanyak RM350.00. RM300.00 kakcik beri secara tunai dan RM50.00 lagi kakcik belikan dua helai seluar untuk pakaian harian Diana kerana dia hanya membawa 3 helai seluar sahaja.
PadamKakcik cuma bantu sekadar terdaya seperti membelikan lampin pakai buang untuk Fabian.
alhamdulillah..semoga fabian cepat sembuh...
BalasPadamsemoga cpt sihat fabian...
BalasPadamcepat sembuh ya fabian..
BalasPadamsemoga Allah merahmati kakcik dan para penyumbang... Harap adik fabian semakin sihat..
BalasPadammudah2an suatu saat nanti dititipkan hidayah buat mereka...